Monday, January 30, 2012

Half Truth

I received a SMS from my brother;
"All conflict is due to lies? Truth does not have conflict."

Apalagi ler masalah abang saya ni. So I replied;
"Half truth can also cause conflict"

No reply. He didn't call me either. Mujur pun sbb saya tengah sibuk prepare lunch masa tu.

Let us look into the issue. Selalu nya konflik timbul bila ada orang yang tidak bercakap benar atau bercakap separuh benar i.e half truth.

What is the other half? It is either lies or ugly truth. Or only half the story...citer tak habis ler tu! (There is always 2 sides of the story anyway). Kalau kita dengar citer macam ni yang akan jadi masalah sebab kita boleh salah faham (misunderstood), salah anggap (misjudge) atau yang paling teruk beri salah penyelesaian (wrong solution).

Sebenarnya "ugly truth" tu yang paling kita tak sanggup. Kita tak boleh terima hakikat yang lagi separuh itu adalah kesalahan atau kesilapan kita. Kalau kita yang salah bermakna...kita yang kena berubah, bukan orang lain. As the saying goes; change is good but you first!

My principle is simple; tell the whole truth nothing but truth or don't tell anything at all!

So I can stay out of trouble and be happy :)

Thursday, January 26, 2012

Track record.

Salam,

Ini citer siaran tertunggak. Citer pasal abang saya yang tak puas hati dengan seseorang yang related dengan we all. Standard lah abang saya tu... suka call saya kalau ada benda2 yang buat dia upset atau frustrated. Kena tadah telinga sekejap...

Memang lah kalau kena kat saya...saya pun upset jugak macam dia. Tak pasal2 dia pulak di persalahkan kerana percaya kan orang tu utk buat sesuatu. Sedangkan dia cuba bersangka baik. So, saya tanya apa dia nak buat? Dia kata dia akan buat sendiri. Hehehe...sebenarnya bukan saya menolong sangat, tolong dengar jer. Selesai masalah!

Sebenarnya track record mamat tu pun memang tak boleh di percayai. So, the moral of the story ; before you ask someone to do something...check their track record.

Sunday, January 22, 2012

Don't ask, don't tell!

Salam,

The other day, sementara nak tunggu kereta kena repair kat service centre sorang kawan saya volunteer utk menemani saya pada hari tu. Let me call her kak A, OK. Kita orang pergi minum dan jalan2.

One thing about Kak A ni, dia memang suka bercerita. Mind you, I'm a talkative person but Kak A ni lagi lah "talkative"nya. Most of the time dia lah bercerita, kalau saya nak cerita pun.... sure cerita saya sekerat jalan. Mesti dia potong cerita.

Tapi saya tak rasa "annoying" pun dengan dia sebab.... dia kan kawan saya. Separuh hari dengan dia...you don't even realise that time flies! The best part; makin banyak dia cakap makin byk rahsia dia keluar. I don't even ask. I just listened.

I remember my husband reminded me; If people don't ask, don't tell! Well my husband...you secret is safe with me :) Hehehe... :)

Anyway, thank you kak A sebab teman kan saya dan saya sayanggggg kak A :)

Friday, January 20, 2012

Selamat Hari Jadi Teman :)

Salam,

Hari ni hari lahir seorang teman yang saya kasihi. Walau pun dia tidak bersama saya pada hari ini, di saat dan di ketika ini, saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan untuk nya di dunia dan diakhirat. Jika panjang umur, murah rezeki...InsyaAllah kami akan bertemu lagi.

Thursday, January 19, 2012

Kadangkala DIA bagi, kadangkala DIA ambil.

Awal2 tahun lagi dah macam2 hal. Tapi nak kata apa kan. Sebagai manusia saya redah jer...jangan komplen banyak.

Bila DIA nak ambil; TV LCD 46" kat rumah ni semakin blur. Mula2 tu lantak lah...janji akak boleh tengok. Tapi lama2 semakin putih skrin dia. Pergi hantar kedai nak repair. Lepas 1~2 minggu cina repair tu kata...spare part dia RM1K, warranty dia boleh bagi 2~3 bulan jer. Kak nak repair ke tak nak? Kalau x nak dia boleh beli tapi harga RM200 jer dia boleh offer utk buat spare part TV lain. Harga asal...korang pikir lah sendiri, TV Samsung di beli 3 tahun lalu! *-* berpinar2 mata ku... Kena keluar duit pulak utk beli TV baru lah jawab nya....

Bila DIA nak bagi; Ada orang nak sewa RUMAH KEDAI kita orang kat Malay Town tu. Yezzzzerrrr....dengan bank pun kita orang belum start bayar. Tapi dah dapat deposit 3 bulan sewa dan deposit api+air. Bermula Februari dengan kontrak sewaan 5+2 tahun!

Bila DIA nak ambil semula; Bulan ni servis 2 buah keter dah hampir RM2K, tiba2 absorber Innova tu bocor .Minggu ni nak balik KL pulak... terbang pulak RM1K utk tukar absorber tu!

Bila DIA nak bagi balik; Customer call tanya pasal pyrex sight glass punya harga. Nak repeat order dan nak 2 unit pulak tu. Margin agak bagus utk order ni...yahoooo!

Hidup ni memang macam tu, ALLAH boleh bagi dan boleh ambil sebab semua nya DIA yang punya. Kita boleh pilih utk tersenyum atau pun menangis. Bottom line...we are not in total control of this life. Tak perlu berdukacita sangat kalau kita rasa tidak berdaya sbb hakikatnya kita memang hamba yang tidak berdaya. Bak kata Ustaz AA Gym...kita bungkus dan serah kan semula kepada ALLAH. Habis cerita...

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Surah At-Talaq ayat 2~3)

Wednesday, January 18, 2012

Saya TERGODA.......

Ya ampunnnnn...mmg tergoda akak ni. Cer citer kalau ada saper2 yang tak tergoda kalau tengok set ni;



Akak dah tawaf set ni banyak kali tau...dalam hati duk tanya, nak ambik, tak nak ambik,nak ambik, x nak ambik. Kalau ambik nak taruk kat mana? Yang kengkawan kata...Ala, rumah Kak Nik kan besar. Letak jer kat mana2!

Pastu akak pun buat soalan standard kat diri sendiri kalau ada godaan seumpama ini;

1) Can I afford it? Answer : YES.
2) Do I want it? Answer : YES
.... and here's the final question
3) Do I need it? Answer : NO

Perghhh......nasib baik ada satu NO. Terselamat dari godaan! Tapi ada kawan akak yg dah tergoda...jadi inilah gambar set tu kat rumah dia! Akak jamu mata jer lah...

Tuesday, January 17, 2012

Wish List

Salam,

You all ada wish list tak? Saya ada satu wish list... tapi dah kena padam oleh engineer kecik kat rumah ni. Sbb saya tulis kat white board. Next time...saya nak tulis guna permanent marker!

The best part, ada satu wish yang rasanya macam susah gak nak dapat...tp saya tulis jugak sbb saya tak peduli. (Kes baca buku "The Secret" lah ni..)




Anyway, alhamdulillah dengan izin ALLAH saya dapat dah wish ni. So, I would encourage you people to make your own wish list. Last but not least; yakinilah

Firman ALLAH s.w.t "Berdoalah, nescaya aku perkenankan" (Al-Mukminun ayat :60)

Kalau nak tahu apa dia....tungguuuuuuuuuuuuuuu :)

Thursday, January 5, 2012

Menjadi lebih sabar

Salam,

Dah masuk pun tahun baru 2012 masihi...tahun ni saya berazam ingin menjadi seorang yang lebih sabar. Sememangnya saya ni bukan nya seorang yang penyabar. Tambahan pula cadangan nya nak menunaikan Haji kalau ada rezeki tahun ini...Perghhhh, boleh ke tidak nak bersabar kat Tanah Suci nanti dengan kerenah manusia. Kat Malaysia ni pun rasa nya macam dah gagal 100%.

Awal tahun persekolahan pun dah byk menguji kesabaran. Hari ni jer dah terpaksa sound sorang ibu yang nak potong Q semasa membayar yuran KAFA. Memang dalam dunia ni akan sentiasa ada orang yang berperangai macam tu. Ada juga hamba Allah yang diam kan saja bila ada orang potong Q dia. Terpaksa jadi "pembela" sekejap. Sabor jer lah...itu belum lagi citer bab2 di jalan raya...sabor jer lah lagi! Ada masa2 nya anak2 akan menegur saya kalau saya terlebih sound, prinsip saya mudah...orang akan buli kita kalau kita benarkan mereka membuli kita. Sekali lagi... sabor jer lah!

Benar sungguh kata2 para ulama, kebaikan itu terhimpun di dalam 2 perkara;
1) Sabar 2) Ikhlas

Mestilah sabar dalam semua urusan dan hendaklah ikhlas pula didalam semua perkara. Semoga ALLAH terus memberi hidayah kepada kita semua. Amin.
Related Posts with Thumbnails