Tuesday, November 20, 2012

Unhappy

There are 2 things that can make you unhappy;

1) Not getting what you want.
2) After getting what you want.

Ego will never be satisfied. Once you are getting what you want, you are creating another want. Then, you are unhappy again. Such a vicious cycle, isn't it?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)



Monday, November 19, 2012

Excuse, excuse and excuse...

One of my friends is complaining about the current state of his business which he launched several months back. Irrespective several promotions, the business is a little bit slow. He gave some excuses.

Well, a few words from me.... welcome to the real world of business. You must be there everyday without fail. No excuse. It is called commitment. Be it rain or shine! Excellent people give results, normal people give excuses. Take your pick :)

Ramai yang berminat nak berniaga sendiri tetapi ramai yang sangka bila business dah on, semua nya autopilot. Tettttt...wrong answer. Bukan senang nak senang weh....

Friday, November 16, 2012

Sukar

Emak saya menjadi semakin sukar sekarang. Bukan buat saya, malah adik-beradik yang lain pun turut terasa. I guess she is moving towards the end of her life cycle. Saya berselisih pendapat dengan nya. Ada sahaja benda yang tak kena walaupun dalam perkara yang mudah.

Saya meminta dia supaya berhenti mengawal orang lain. Saya tahu bahawa dia tidak mahu perkara yang tidak di ingini berlaku terhadap anak cucu cicit nya tetapi jangan sampai keterlaluan. Saya harap di memberi ruang kepada anak2 cucu nya membuat keputusan sendiri. Dia sendiri pernah mengingatkan saya dahulu bahawa dia hidup tidak menongkat langit. At this moment, she is the one who dictating things. She fails to let go. Saya memohon maaf sebelum pulang. Dia masih tidak berpuas hati. Jadi saya "give in" supaya tidak menjadi lebih panjang lebar. Acknowledging her concern before I go.

Kami semua jadi letih dengan nya. Mmg sukar menghadapi kerenah ibubapa yang semakin tua. Harga syurga kami nampaknya menjadi semakin mahal....

Firman Allah s.a.w. bermaksud: "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).






Thursday, November 8, 2012

Nasib baik...

Sewaktu saya memandu, telefon bimbit saya berbunyi; saya angkat ( di larang tiru aksi ini...hehehe)

Puan Y : Assalamualaikum Kak Nik, kenapa tak datang sekali dengan En. Amri?
Saya : Waalaikummusalam. Tak sempat lah. Nak ambil anak dari KAFA. Ini pun dah lewat. En. Amri dah ambil kereta dah?
Puan Y : Sudah. Dia kata nak bawak 40 km sejam jer...hahaha.
Saya : Dia pun takut nak bawak, patut lah dia suruh Kak Nik jer pergi ambik keter tu tadi...kahkahkah.
Puan Y : OK lah, kalau ada apa2 Kak Nik call saya ya. Terima kasih ya Kak Nik
Saya : InsyaAllah. Terima kasih kat awak juga.
Bila En. Amri saya balik; jeng jeng jeng... 


Kah kah kah...Nasib baik akak x pergi ambik, macam keter Cina kahwin jer! En. Amri dah terkantoi dengan car giving ceremony. Mcm menang peraduan lah pulak. Kita orang mmg x expect pun sampai camtu sekali. Dia selamba rock jer pakai t-shirt ngan seluar track dan selipar nya...Hahahaha :D.

Alhamdulillah. Semoga ALLAH s.w.t beri keberkatan dan kebaikan utk kami di dunia dan di akhirat. Amin.

Wednesday, October 31, 2012

2 things

There are 2 things that I wished for when I was young.

1) I always have enough.
2) Wisdom.

Well, it took years for me to learn.... Alhamdulillah, I think ALLAH has bestowed me with.

Ya Allah, jadikanlah aku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu aku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah aku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku.

Monday, October 29, 2012

When dream comes true...

What do you say when your dream comes true? Today one of my wish list items can be slashed out... Alhamdulillah.

Tuesday, October 23, 2012

Ujian

Salam,

Hidup ini memang tidak lepas dari ujian. Susah memang kita selalu kira sebagai ujian tetapi bila senang kita selalu kira sebagai nikmat. Walhal kedua2 nya adalah ujian semata-mata. Sejauh manakah hati kita boleh bersabar bila di timpa kesusahan dan sejauh mana kah hati kita boleh bersyukur bila berada di dalam kesenangan.

Maka selalu lah bertanya kepada hati kita, sejauh manakah kita dapat menjaganya apabila di datangi kedua2 jenis ujian itu. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”

 
ALLAH sedang menguji saya. Semoga saya dapat selalu menjaga hati saya.  Amin.


Wednesday, September 26, 2012

Risau

Setiap kali Kak Nyah pulang dari Melaka atau kembali semula ke Melaka dengan menaiki bas, saya pasti risau. Risau akan keselamatan dia. Saya selalu akan melihat2 jam dan mengagak-agak di manakah anak saya sekarang. Sekali-sekala saya akan SMS dia. Terutama bila waktu ketibaan sudah hampir. Sama ada pulang ke Kuantan atau kembali semula ke Alor Gajah. Kerana dia pernah tertidur dan terlajak hingga ke Melaka Central.

Baru sekarang saya faham kenapa Kak Ani jiran lama saya selalu sahaja ke Melaka kerana anak bongsu nya pun belajar di UiTM. Rajin betul dia walhal setahu saya dia bukan nya berapa sihat sangat. Then, it is so true that you must be in someone's shoes before judging! Kalau Kak Nyah continue degree di UiTM Melaka juga, boleh pitam emak macam ni...

Allahumma ya hafiz ya muhaimin, Engkau peliharalah anak2 kami!

P/S : At this point, I wonder how my mom felt when I was pursuing my degree in the UK last time?

Wednesday, September 19, 2012

Pelarian

Apa kata kalau kita adalah pelarian? Bukan berbulan2 tetapi puluhan tahun. Hidup seperti tiada hala tujuan. Punya cita2 tetapi segalanya punya halangan. Punya tempat teduh dan makanan seharian bermakna sudah cukup baik. Jika di beri pekerjaan di tanah tumpangan...itu lebih baik.

Tetapi kita bukan pelarian. Kerana kita tidak di takdirkan Tuhan. Adakah kita masih lagi mengeluh kerana tiada rumah besar, kereta besar atau pangkat biasa2 sahaja? Masih menyesal kenapa tidak begitu tetapi begini? Janganlah begitu...kerana semuanya pemberian Tuhan.

Berlapang dada lah di atas setiap ujian. Kerana kita lebih baik nasib nya dari seorang pelarian...


Tuesday, September 18, 2012

Bersyukur dan menghargai

,
Bagaimana cara yang betul utk bersyukur dan menghargai apa yang kita ada? Saya tidak tahu sama ada cara saya betul atau tidak. Tapi itu tidak penting kerana semua orang ada cara masing2.

Yang pasti nya saya baru tahu bahawa bersyukur dan menghargai juga hendak lah ada elemen ikhlas di dalam nya. Bila kita bersyukur dan menghargai apa yang kita ada, kita tidak meletakkan apa2 prasyarat.... no string attached. Kita tidak rasa bimbang jika nikmat atau kemudahan itu di tarik balik.

Cuba pikir semula, adakah kita terikat dengan kebimbangan tersebut? Sebagai contoh; saya pasti kita masih bimbang jika ALLAH tarik semula nikmat mata kita yang boleh melihat ini.

Cukup bersyukurkah kita?

Thursday, September 6, 2012

Kebetulan?

Kita selalu kata kebetulan tapi ada kah ianya benar2 kebetulan?

Hari ni saya pergi service kereta di Toyota Centre. Kebiasaan nya lepas2 raya camni saya selalu bawak kuih raya utk sorang staff yang dah jadi kawan baik saya di situ. Tapi hari ni masih ada balance carrot-pineapple cupcakes semalam. Saya bawa 2 bekas cc tu bersama dengan biskut raya.

Semasa sampai di situ, saya  terus parking di reception area dan tiba2 ada sebuah Hilux datang mencelah parking di sebelah saya. Mak aii...laju nya; sorang awek keluar dan terus masuk Toyota office. Since saya dah tak judging sesiapa pun...saya biarkan sahaja. Not my problem.

Bila saya jumpa kawan saya, awek tadi dah ada duduk kat depan dia. Saya cuma senyum...nak bagi salam takut bukan orang Islam pulak. Pastu saya terus hulurkan bekalan segala bagai tu kat kawan saya.

To make the story short, kawan saya offer 1 bekas cupcakes kat awek tu. Awek Melayu rupanya. Hmm...ingatkan cc tu utk Toyota staff jer, oleh sbb kuih-muih tu pun dah di beri pada kawan saya...ikut pandai dia lah kannn. No string attached any more.

Nak jadi citer, awek tu bila dah makan cc saya...tempah 200 biji terus!





Kebetulan lah sangat....

Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (Al-Baqarah: 126 & 212).

Tuesday, September 4, 2012

Syawal 1433

Salam,

Raya yang sangat kecoh...tapi best! Raya utk budak2 tapi emak bapak budak pun sama naik... Hehehe :P









Emak, saya mohon ampun dan maaf...huhuhu.


Time berbaris masa nak bermaaf-maafan...ikut turn beb!








Malam raya...






Bunga api..

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.
Related Posts with Thumbnails