Wednesday, July 25, 2012

Jujur dan ikhlas

Selamat berpuasa. Semoga puasa mendidik kita utk menjadi orang2 yang bertaqwa.

Pernah tak kita dengar citer2 macam ni;

Citer 1 :
Kita bertemu dengan seorang kawan, kita bertanya, " Dari mana ni?". Dia jawab, " Baru balik dari masjid. Pergi sedekah telekung untuk bulan Ramadan nanti."

Citer 2 :
Kita bertemu dengan sorang kawan lepas tu kita bersembang. Dia bercerita. "Hari tu saya bertemu dengan si A, masa tu saya baru balik dari bank in duit utk sedekah kat anak2 yatim..bla bla bla.."

Citer 3 :
Seorang kawan mengadu kat kita. " Sampai hati si B tu buat saya macam ni. Mintak tolong sikit pun x boleh. Padahal hari2 kita tolong hantar ambik barang2 dia. Bukan saya nak mengungkit."

Kita selalu rasa kita ikhlas bila berbuat sesuatu. Tetapi tahu kah kita, perbuatan tersebut di atas sebenarnya menunjukkan kita belum betul2 ikhlas kerana kita masih menyebut2 atau mencerita amal perbuatan kita. Walau apa pun keadaan nya, kita perlu menyembunyikan sedaya mungkin amalan atau pun pertolongan kita kepada orang lain. Umpamanya bila tangan kanan memberi, sorok kan lah tangan kiri.

Ada 3 tanda orang yang jujur;
1) Merahsia kan amalan nya.
2) Merahsia kan ibadah nya.
3) Merahsia kan musibah nya.

Cerita2 di atas tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun tetapi sekadar mengingat kan diri saya yang selalu lupa.

Tuesday, July 17, 2012

Ego (Part II)

Semalam saya pergi bank. Kak Nyah mintak tolong saya beli PIN utk peperiksaan MUET dia. Sampai di bank dah pukul 3.30ptg. Bila ambil nombor, keluar nombor 1174. Kat bawah tu tulis "now serving" 1157. Amboi...ramai lah pulak. Kaunter buka cuma dua. Dalam hati tertanya2, nak tunggu ker tak nak. Pikir punya pikir... tunggu jer lah sebab rasanya malas nak keluar pergi town lagi. Lagi pun dah janji ngan Kak Nyah nak bagi PIN tu semalam jugak.

Punya lah slow service kat bank tu. Satu customer pun dekat 10min. Bila nak habis ni.... Dalam hati ni dah timbul rasa geram dan tak sabar tetapi saya cuba kawal perasaan. Saya cuba tukar pemikiran saya, saya fokus perkara lain. Saya berzikir dan berkata pada diri...giliran saya akan sampai "sooner or later". Kebetulan nya saya tidak membawa apa2 buku bacaan bersama saya semalam. Selepas beberapa nombor giliran bertukar, tiba2 ada sorang pompuan dan anak pompuan nya masuk kat kaunter tanpa nombor nya di panggil. Saya  cuba bersangka baik; mungkin dia ingin bertanya sesuatu tetapi nampaknya dia membuat transaksi di kaunter tersebut. Lelaki yang duduk berhampiran saya juga perasan dgn keadaan tersebut. Dia pun bersungut. Rasa macam dah ringan jer kaki saya utk ke kaunter dan "sound" kat situ tetapi saya teringat sesuatu; "Ego is when you feel that you deserve to be treated better".

Akhir nya saya batal kan niat saya dan bersangka baik sahaja. Walaupun saya ada pilihan utk menegur cashier supaya tidak melayan sesiapa yang potong Q di lain kali di waktu giliran saya nanti. Tetapi saya tidak melakukannya. Kengkadang di dalam hidup ni, memang kita akan sentiasa terjumpa  dengan orang seperti itu. Tak kira di mana sahaja. Yang penting, "just make peace within yourself and you will be fine". Anggap lah itu satu kebaikan yang kita buat dan biar lah Allah sahaja yang mengira2 kebaikan kita, bukan orang lain.








Monday, July 16, 2012

Bila mencari....

Salam,

Alang2 mencari biar sampai jumpa. Sekarang ni kalau nak apa...kau google jer, InsyaAllah jumpa. Emak bapak jer x boleh google. Pergi balik rumah emak ayah kalau nak jumpa dorang.

Dah lama saya cari resepi kuih semperit yang lama.Mula2 saya terjumpa satu resepi pastu saya pun test, turned out x berapa sedap sangat. So, ini hasil nya.



Pastu jumpa satu resepi yang dia claim resepi lama. Tapi saya rasa memang betul pun sebab dia guna tepung cap kupu2 tu... alah Brown & Polson yang macam gambar ni. Gula pun guna gula yang di kisar bukan gula kastor atau pun gula icing tu.

Nostalgic betul tepung jagung ni kan...teringat masa kecik2 dulu sebab saya selalu tolong kakak2 saya buat kuih raya. Biasalah kan...si adik ni lah tukang pukul marjerin dengan gula. Masa tu mana ada duit nak beli mixer, pukul pakai tangan jer lah. Yang best nya bila marjerin tu terkena tangan...hah sedap nya menjilat jari! Masa tu ada hari saya puasa, ada hari x puasa...suka hati jer. Bebudak lah katakan. Satu lagi tugas saya adalah menumbuk gula. Tak main lah blender...mana ada. Tapi semua tu bukan sebab saya kena buli, memang saya suka buat kejer2 tu. Kekadang tu kakak2 x nak bagi saya buat...buat berterabur jer ada lah. Hehehe... :)

So sambung balik citer...jadi saya pun mencubalah resepi tu. Walla...dah pun jadi, kelopaknya tak lah layu selepas di bakar. Cantik tu x lah sangat tapi yang penting rasa nya. Inilah dia nya;


So, boleh lah masuk list kuih raya tahun ni. Tempahan? Sori lah yek....akak ambik tempahan biskut makmur jer. Itu pun tahun ni limited quota. Saya nak berterawih sbb tahun sudah saya dah ketinggalan baaanyak! Semoga saya selamat sampai ke Ramadhan tahun ini. Ya Allah panjangkan umur ku.... SELAMAT BERPUASA. :)

Thursday, July 12, 2012

Nyaris...

Hari tu kan... BMW ada buat sale untuk keter model lama. Dorang nak let go semua model lama sebab nak kluar model baru.  Mr. hubby ajak akak ni pergi BMW showroom kat Jalan Besar tu. Perghhh...discount boleh dapat sampai RM30K utk model 3 series....tempted giler beb!

Pastu kita orang congak2 rasanya memang boleh lepas bayar bulan2 sebab satu keter mmg habis bayar bulan July ni. Tapi kita orang kena let go keter Altis tu lah kan. Nak buat apa keter banyak2. Masalah nya...Altis tu baru 2 tahun pakai, BMW nak cuma RM75~80K jer untuk trade in. Hmmm.....tak kuaser akak nak top up bayar balance pada bank, pastu downpayment untuk  BMW lagi. Cancel jer lah niat tu...belum ada rezeki lagi.

Ntah2 ALLAH nak bagi rezeki kita orang BMW 5-series kut! Akak ni kalau x ada pun tak per, tapi kalau ada tu...lagi tak per....Ahaksss :)

Hidup mesti positif beb, bukan kena bayor pun!!!!

Friday, June 29, 2012

Huwaaaaaaa... D':


Picture paints a thousand words...now you know why I am crying! Kenapa lah ko kalah ngan Italy...kalau Spain tu boleh lah akak ni terima :[

Wednesday, June 20, 2012

Effective Islamic Parenting

Salam,

Tadi masa sedang mengemas, terjumpa satu kertas di dalam laci. Tulisan nya sangat menarik hati saya. Maaf, ianya dalam bahasa Inggeris. Saya olahkan sedikit di sini isi kandungan nya kerana terdapat perkataan yang agak negatif dari perspektif saya. Walau bagaimana pun, masih dalam bahasa Inggeris.


EFFECTIVE ISLAMIC PARENTING
(Read every morning)

1                     I’m raising my child to be a successful Khalifah of Allah who will create a truly Islamic World.

2                     Today I will do my best to know and understand all the influences upon my child development.

3                     Today, I will do my best to help my child understand the power of positive influence to take her/him to Allah.

4                     Today, I will do my best to enhance the power of positive influences upon my child to take her/him towards Allah.

5                     Today, I will do my best to notice some positive things my child does or says and tell her/him how much those things are appreciated by me and by Allah.

6                     Today, I will do my best to say something positive when correcting my child’s wrong behavior.

7                     Today, I will love my child unconditionally and express the love at time which is most beneficial to my child.

8                     Today, I will do my best to be an example of a good and right Muslim for my child.

9                     Today, I will pray for Allah’s help that I can be a good parent for my child.

 Mari kita baca dan amalkan. InsyaALLAH.

Wednesday, June 13, 2012

Mode : Malas

After 3 weekends jalan-jalan tanpa rehat, minggu ni saya nak lepak kat rumah dan malas keluar. Malam2 boleh layan EURO 2012....yeayyyyy. Alamak.... barang dapur dah habis laaaa!

Ada akak kesah?? Tunggu cik abang bising baru akak keluar, tapi dengan dia lah!
Best nya dapat bermalas-malas ni~~~~~ :P

P/S ; Kak Yong cuti sem 3 bulan, dah ada chauffeur untuk run the errand...yahooo!

Thursday, June 7, 2012

Sambung citer...

Hari ni nak sambung citer pasal hari Jumaat lepas. Ingatkan lepas hubby saya balik dari  Kerteh kita orang boleh terus bertolak. Oh ya...pasal staff tu, rupanya arwah meninggal di klinik. Technician hubby sempat bawak dia ke klinik. Kalau meninggal di workshop, habis lah management kena gulai dengan HQ....termasuklah hubby saya skali!

Sambung semula citer.....hubby saya balik dah pukul 5:30 ptg. Angkut barang masuk keter dan pergi ambil Kak Nyah kat pusat memandu. Mujur dia lulus kali ni.  Lepas saja ambil dia, terus saja bertolak. Tiba2.....jeng jeng jeng, sampai jer kat traffic light Semambu ada sorang apek turun kan cermin kereta dia bagi isyarat tunjuk tayar belakang kereta....tayar dah hampir flat rupa nya!

Perghhhhh......can life be that hard in one day? Lepas tu kita orang proceed to the nearest  petrol station. Pam angin macam tak ada kesan, last2 ambik tayar spare dan tukar. Allah was generous enough to send us one good guy helping us when in need. Dah hampir maghrib baru boleh teruskan perjalanan. Bila sampai kat tol keluar Gambang, tiba2 bila sentuh kad "touch n go" ~ "invalid card" pulak terpancul kat skrin tu. Tak pernah2 jadi macam tu. Cuak. Pastu cuba lagi skali, OK pulak. Sabor jer lah...


Sampai Melaka dah pukul 1 pagi.Itu pun kita orang redah ikut jalan Felda, nasib baik jalan cantik (thanks to the government!). Lagi satu hal pulak, saya dah booking hotel tp bila kami nak locate hotel guna GPS, hotel tu tak ada register dlm list...sabar lagi. Pusing2 sekali dua...x jumpa jugak. Last2, walk in jer kat satu service apartment. Kau hentam jerlah labu!

Badan  pun dah letih, mata pun dah mengantuk.....tidur jer lah. Esoknya semua berjalan lancar. Lesson learnt....it is not the situation that irritates you, but how you take it. We managed to laugh at all the adversities because we know that sometimes life can offer us some lemons and we choose to make a lemonade! After all life is perfect as we see it..... :)


Hari ni...kena travel lagi. Dah penat tahap gaban!

Friday, June 1, 2012

Perancang TERBAEKKKK!!!


Rancang nak travel pergi Melaka awal pagi hari ni sbb esok nak register Kak Nyah kat Uitm Alor Gajah. Tiba2 Kak Nyah gagal ujian memandu hari Rabu minggu sudah , jadi kena re-test...tapi kena hari ni, pastu kena pukul 2 ptg pulak! OK, fine...I accepted this. Lepas test baru boleh bertolak terus...

Tiba2 tadi staff ofis hubby called, ada staff kontraktor meninggal kat workshop di kilang sbb dia lelah lepas masuk kilang. Innalillah. Mak aii....x kesahlah kalau dah sampai ajal dia di hari Jumaat yang mulia ni, tp kenapalah kat workshop hubby saya lak! Huwaaaa..... pukul berapa nak bertolak pergi Melaka ni!!!!!!

Siapakah perancang terbaekkk..... kalau bukan DIA. Redho jer lah...

Wednesday, May 23, 2012

How confident?

Salam,

How confident you are that ALLAH will answer your prayer? The other day, someone that I know who I consider wara' since he was young passed a remark to me; "You make me realised that when I say my doa I'm only 50++% cofidence that ALLAH may answer my doa.You're like 99% confidence". Hey bro...what happened to the other 1%? Muahaha....

Seriously, me and my husband really surprised with that remark! Bukan apa, brader tu adalah seorang yang sangat menjaga solat, berpuasa sunat dan suka memberi nasihat. Sangat2 jauh banyak amal nya berbanding saya. Kenapa tidak 100% yakin bahawa ALLAH akan mengabulkan doanya?

Prinsip saya mudah sahaja, saya bukan seorang hamba ALLAH yang taat, saya sangat banyak dosa, saya sangat banyak kesalahan and you can even call me fasik or munafik, I don't mind. Tetapi walau siapa pun saya...saya tetap hamba ALLAH yang sangat2 bergantung kepadaNya. Saya tidak boleh lari dari Nya kerana dia tetap tuhan saya. Tuhan orang2 yang Muslim dan yang kafir. Dia lah Tuhan yang maha pengasih dan maha penyayang. Dia maha kaya dan tidak akan miskin jika Dia mengabulkan doa saya. Hanya Dia lah yang saya ada.

"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu". Surah Al-Ghaafir ayat 60

How confident  are you?

Monday, May 21, 2012

I'm soooo tempted!!!!

Tempted betul lah akak ni nak beri free advice masa kat Supermarket hari tu. Sebab nya ada customer tanya kat promoter pasal spaghetti sauce Prego. Seems like promoter tu pun bukan lah biasa sangat tentang sos tu.



Just feel like giving free info to the other customer but I have to refrain myself from doing so....let the promoter does her own job and me....mind my own business! ( Susah betul nak control EGO ni rupa nya ~~~)

Sunday, May 20, 2012

Regret

Salam,

Someone told me that he has a regret. Otherwise, his children might have a better life and he probably has a better post. Well....I think it is normal that we have regret in life. That is what makes us human.

However, my advice to him was.... just let go. We cannot bring our time back and rest assured that Allah knows what is best for him. His life is good at the moment and the only problem, he is comparing it with his friends.

Don't carry our regret as it does not do any good to our present life. Nothing ever happened in the past that can prevent us from being present now; and if the past cannot prevent us from being present now, what power does it have?

Move on.


Related Posts with Thumbnails