Tuesday, February 26, 2013

The story of Vanilla Muffin

Salam,

You all nak tahu tak? kalau x nak tahu pun x per....kwang kwang kwang :P. 

Saya sangat suka vanilla muffin kat Kenny Rogers tu. Ntah x tahu berapa kali saya dah cuba resepi2 yang kat internet ni. Satu haram pun x jadi atau rasa macam kat Kenny Rogers tu. Walaupun ada orang claim resepi dia rasa sama macam Kenny Rogers tu. Tengok resepi pun saya dah tahu...cewah! Tak mungkin baking powder sampai 3 sudu besar utk 4 cawan tepung.... pahit lepang lah muffin tu bak kata orang Terengganu.

Saya pun mula mengolah sendiri resepi dengan mengunakan resepi2 yang ada dan mengguna pengalaman saya setiap kali mem"baking". Akhir nya... tadaaaa...

Nak kata cam Kenny Rogers tu x lah sgt...tapi Mr. Hubby kata lebih sedap dari Kenny Rogers tu (ayat standard En. Amri nak ambik hati akak ler tu...) Paling saya suka sebab muffin saya kali ni "crack" kat atas tu dan gebussss...hehehe :)

Yang paling kesian, Amirah ngan En. Amri sebab ntah berapa batch saya masak utk mendapatkan resepi yang terbaik. Ntah berapa kali Amirah bawak pergi sekolah bagi pada kengkawan nya sebab dia x suka vanilla muffin. Dia cuma sgt suka banana muffin.

Kalau ada sesiapa nak cuba, ini resepi dia. Feel free kalau nak kongsi;


Vanilla Muffin
1- 2/3 cup cake flour (Brand Nona)
1 cup fine sugar (3/4 kalau nak kurang manis)
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
Pinch salt
1 cup milk (or buttermilk)
½ cup corn oil/vegetable oil
1 tsp vanilla essence
1 egg

Method :

1)      Sift cake flour, baking soda and baking powder altogether. Add in sugar and salt in same bowl. Mix well.
2)      Mix together all wet ingredients in another bowl.
3)      Pour all wet ingredients into dry ingredients. Mix just to combine. Don’t over mix.
4)      Scoop into muffin case ¾ full or almost full.
5)      Bake in preheated oven at 200 deg C about 20 mins or until the cake tester comes out clean.

Note : a) Make sure all ingredients at room temperature.
            b) Preheat oven at 220 deg first and lower to 200 deg.
            c) The muffin texture is better if use buttermilk.

Happy trying!

Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya, dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat." (HR. Ar-Rabii')



Monday, February 25, 2013

Wasiat

Hmm...I think it is time for me to make a "wasiat" writing. You all tanya kenapa ya? Bukan kita semua ni pasti mati ker? So, saya dah pun pergi Amanah Raya. They wanted me to photocopy all the properties document 2 copies each (estate2, ladang2, rumah2, kilang2....ahaks),  my I/C 2 copies, beneficiaries I/C 2 copies and Pesanan/Arahan to be included in the "wasiat". Basically, it is quite cheap as compared to any law firm.

Actually, I've seen some damages done due to no proper will writing. People can easily twist and turn whatever you said pertaining to the property when you died. Jadi jangan ambil ringan ya tuan2 dan puan2 semua. Walaupun rumah kita dan kereta kita hanya sebuah sahaja. Bab harta dan wang ringgit ni orang yang kita sangka tinggi ilmu nya pun boleh gelap mata. Rambut sama hitam, hati lain2 .... dak gitu?

Anyway, the only wasiat I can give you to my beloved blog followers (cewah...);

"Kamu makan, kamu simpan dan kamu berikan sebagai sedekah" - [Hadith riwayat al-Muslim].

One thing for sure.... saya nak joli duit saya sebelum saya mati! Itu pun kalau ALLAH izinkan.... 




Friday, February 22, 2013

Sedih

Salam.

Saya berasa sedih. Tapi saya memang tak pandai meluahkan perasaan sedih saya. Kadang kala orang nampak saya macam cool saja. Setiap kali saya berasa sedih, saya lebih banyak diam dari berkata2 kerana saya memang kehilangan kata2.

Kali ini saya nak luahkan kesedihan saya disini. Saya sedih kerana salah seorang sahabat telah  di masukkan ke hospital kerana barah usus tahap 3. Saya sedih sebab saya tidak berkesempatan menziarahi nya semasa dia berada salah sebuah hospital di Kuantan kerana kekangan waktu. Saya sedih sebab dia kini berada di HUKM, KL. Saya sedih sebab saya tak tahu bila saya dapat bertemu lagi dengan dia.

Saya benar2 sedih. Saya menangis....



“Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.” 
[Surah al-Syu'ara: 80]


Ya ALLAH, kau sembuhkan lah sahabat ku..

Thursday, January 17, 2013

Now listen...let me speak!

Semenjak 2 menjak ni x habis2 citer pasal subjek listen3x tu. Sampai budak Mat Lutfi tu buat parody lagi...amek kaw. Now listen...let me speak. Moral of the story:

1) Respect is earned not entitled.
2) Communication is about speaking and listening. Not waiting to answer back.
3) Do not underestimate your opponent, be prepared!

Mind you, we are handling Gen X and Y nowadays. Lagi kacau bebudak Gen Q. Budak baya Amirah tu pun boleh buat akak pening. Knows what she wants, manipulative and tough negotiator!

Kekadang akak ni pun kena tegur jugak dengan anak2... antara ayat2 nya;

a) Emak ni, tak baik buruk sangka...
b) Jangan lah marah, dengarlah dulu...
c) Cakaplah baik2...
d) Emak jer yang kesah, orang tu x kesah pun...biar lah dia.

Pengalaman yang muda mungkin kurang tetapi tidak bermakna mereka salah sentiasa. Kekadang kita juga perlu belajar dari mereka kerana kita bukan lah manusia yang tahu semua dan serba sempurna.

Untuk Puan Pah President SW1M tu... I do not take any side as the video only a fraction of the whole. What is obvious; belajar2 lah mintak maaf kat budak Bawani tu. Ular menyusur akar, takkan hilang bisa nya.

Wednesday, January 16, 2013

Tentang Ikhlas.

Salam,

Saya belajar sesuatu tentang ikhlas.

Ikhlas adalah apabila kita menyembunyi kan amalan baik kita sebagaimana kita menyembunyi kan amalan buruk kita.

Seperti kata Sahl bin Abdullah apabila beliau di tanya, "Apakah perkara yang paling susah ke atas diri seseorang?". Jawab beliau, "Ikhlas. Kerana nafsu tidak mempunyai apa2 keuntungan di dalam nya".

Betapa halus nya sifat ikhlas ini sehingga para ulama menyatakan orang yang ikhlas pada amalannya ialah yang tidak di ketahui oleh malaikat untuk mencatat amalannya dan tidak di ketahui oleh musuh untuk merosakkan nya.

Semoga saya terus bermujahadah dengan ikhlas, kerana saya tahu saya masih belum benar2 ikhlas. Ya Allah, bantu lah saya.

Sunday, January 6, 2013

Remember

Selamat Tahun Baru Masihi 2013. Hari ini kita lebih lebih tua dari semalam dan lebih hampir kepada kematian. Jadi, saya lebih suka mengingati diri saya sendiri.

A simple reminder to me...

Nik Daniyah...once death comes upon you, you will leave behind everything you possess. Your fortune, status, personal belongings, in brief, nothing you cherished in this world, will be any longer with you. Your naked body, wrapped in a simple cloth, will be placed in a pit. Meanwhile, your soul will turn to Allah, alone. Neither your social status, your name nor your wealth will be of any help to you. These were merely to test you. You are not their real owner; you have everything because Allah gives them to you. If Allah takes them back for some reason, you will never be able to retrieve them. Never forget that nothing happens to you except for what Allah has decreed for you. 

May Allah bless my soul.

Wednesday, December 26, 2012

Trip to Bali

Tahun ni kita orang makan angin kat Bali. Pergi ramai2 dengan adik-beradik...lagi best dari pergi satu family jer. 


@ Bali Safari n Marine Park

@ Gunung Batur

@ Tanah Lot

Tinggal di hotel di kawasan Kuta dan berjalan2 ke Jimbaran Bay, Gianyar,Ubud dan Kintamani. Mmg 4H3M tu tak cukup. No wonder abang saya pergi ke Bali 7 kali tapi dia kata masih tak habis jalan lagi. Apalagi setakat 4 hari macam kita orang ni. Keluar awal pagi, balik malam. Shopping sampai orang tutup kedai....hehehe :)

Kalau citer dan tunjuk gambar2 mmg x cukup satu entry ni, tp hari ni x ada mood nak tulis panjang2. Cuma saya nak citer pasal "personal enlightenment" bila saya pulang dari Bali. 

Saya selalu travel ke negara2 maju tetapi ini kali pertama saya pergi ke negara yang miskin penduduk nya. Senang citer, saya lebih bersyukur pada setiap pagi saya bangun berbanding pagi2 yang sebelum nya. ALLAH boleh pilih saya jadi rakyat Indonesia, India, Palestine, Syria, Bosnia,China atau Afghanistan. Tetapi ALLAH telah takdir kan saya jadi seorang rakyat Malaysia, Melayu dan ISLAM. Apakah nikmat yang lebih besar dari itu?

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang hendak kamu dustakan? ~ Surah Ar-Rahman ayat 36.

Thursday, December 20, 2012

Bidadari



Ery kata; Nanti kat akhirat emak jadi orang paling cantik pada ayah sebab emak jadi ketua bidadari. 

Ayah Ery kata; Tak payah tunggu kat akhirat...kat dunia ni pun emak lah orang yang paling cantik!

Kembang hidung jambu akak ni. Terima kasih lah darling kerana masih lagi ambik hati pompuan tua ni...hehehe :)

Wednesday, December 5, 2012

Chocolate Molten Lava

Pada suatu hari yang hening...saya menonton Masterchef US Season 3 . Pastu kan, tengok macam best jer dorang buat chocolate molten lava cake. Memang dah lama nak cuba, tapi tak pernah pun buat. Saya pun apa lagi...cari cik google lah, cari resepi. Ntah x hengat resepi mana lah ntah, sebab berlambak resepi kat internet ni.

Jadi buatlah sikit...tapi dapat byk jugak, ahaks... :P



So, tiba masa nya untuk check sama ada jadi atau tidak molten lava nya....jeng jeng jeng!



Not bad. Pastu makan dengan vanilla ice-cream...perghhhh. Tak sempat nak ambik gambar dah...









Monday, December 3, 2012

Returning favor.

Salam.

Someone called me early in the morning. She and her staff are offering their helps in case I need to pack my things up if I'm ready to move...errr did I tell you that I MAY BE moving to somewhere? Never mind...we will come back to it later.

In fact, she wanted to returning favor to me. Anyway...what favor? Seriously, I always remember this quote if I'm helping other people;

"Remember your bad deeds to others and forget all your good deeds to others."

For me, it is such a liberating feeling if I'm able to help others and I will NEVER ever expect anything in return. If people are returning favor to me, the good things will come back to them eventually.

Last but not least;

"Kindness is an inner desire that makes us want to do good things even if we do not get anything in return. It is the joy of our life to do them. When we do good things from this inner desire, there is kindness in everything we think, say, want and do."
~Emmanuel Swedenborg

Sunday, November 25, 2012

Jawapan nya......

Salam,

Ada yang bertanya, best tak bawak BeeMer? Fulaweh....kalau dulu my manageable speed was 110~120km/hr, tapi sekarang dah tukar 140~150km/hr. Pernah try speed 180km/hr tapi rasa macam x confident jer. Anak buah saya cakap, Mak Yang tekan jer minyak tu.... jangan tengok meter!

My BIL kata kalau nak test power BeeMer tu, Cik Yang cuba bawak 200km/hr dalam hujan dan tekan brake! Jawapan nya..... thanks but no thanks, hehehe :) Apa2 pun bawak BMW mmg best. The ultimate machine lah kata kan....

P/S: Akak bimbang jer dapat "surat chenta". Nak check saman pun rasa x ada guts ni ha....amek kaw!

Thursday, November 22, 2012

Gold investment

Salam,
Sebenar saya tidak berapa pasti sama ada saya membuat keputusan yang tepat. Saya telah menukarkan sebahagian wang simpanan saya kepada dinar emas (bukan lah saya ni banyak duit sangat...). The main justification is to protect my savings against inflation. Please consider these situations;

A) If I have RM730.00 (approximate price of 1 dinar) now and I still keep it in 10 years time, can I buy the same items that I bought now? Assuming I keep it in my Tabung Haji account with the dividend of 5% a year. Simple calculation; RM730 x 5% x 10 years = RM365. Plus RM730 then my money will be RM1095.  Then again I have to assume that the current financial world is not collapsing due to this "riba" system or no war at all.

B) If I buy 1 dinar now and I keep it for another 10 years, can I buy the same items that I bought now? FYI, the gold prices are keep on increasing. It is protecting any financial collapse or against war.

There are of course a couple of risks;
1) The risk of keeping the gold
2) It is not as liquid as cash.

Here comes the "what if" situation. What if I need the money immediately. In the short run, I'm risking of losing due to the selling n buying prices in the market. Actually gold is a long term investment not a short term one unless you are doing trading.

So, the possible solutions that I can think of are;

A) I have to be confidence the amount of money that I may not be used in the very near future. 
OR
B) I  can mortgage the dinar in Ar-Rahnu and pay some fee, take the cash and dump into my Tabung Haji. At least I will get the dividend yearly and the zakat is well taken care of. The only thing is I must be disciplined enough not to use the money unless it is necessary.

Anyway,what worry me most is.....apalah nak jawab kat akhirat nanti bila Allah tanya dari mana datang dan kemana di belanjakan! Perghhhh......gerenti berpeluh2 nak jawab. Orang2 yang miskin tentu tersenyum simpul sebab dorang dah masuk syurga 500 tahun awal dari kita! 1 Tahun akhirat bersamaan 1000 tahun dunia pulak tu. Ada brani?

Rasullullah bersabda;
"Kamu makan, kamu simpan dan kamu berikan sebagai sedekah" - [Hadith riwayat al-Muslim].


Related Posts with Thumbnails