Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

Rezeki

Kesian nya saya pada sorang kawan tu. Business nya teruk betul semenjak dia balik ke kampung halaman nya. "Kak Nik, saya ingat kat kampung laman lagi mudah saya cari rezeki, rupa2 nya salah sangkaan saya. Menyesal nya saya balik ke sana," kata nya.

Dia sedang berkira2 utk bekerja semula dan menutup kedai nya. Juga berkira2 utk menjual perniagaannya untuk melangsaikan hutang2 nya. Sedih betul rasa nya bila saya kenang2 kan nasib nya. Saya pulak rasa nak nangis! Rasa2 saya, tidak ada silap nya cuma sememang nya ALLAH telah menyempitkan sedikit rezeki nya. Saya insaf sekali lagi. Insaf akan kekuasaan ALLAH. Jika ader sesaper yang pikir dia kaya atau senang di atas kepandaian dan kebolehan nya, tolong pikir lagi sekali ya sayang...

Buat sahabat saya, bersabarlah.Minta lah pertolongan dari ALLAH dengan solat dan sabar. Ujian ALLAH itu akan sentiasa ada untuk sesiapa sahaja yang nama nya hamba ALLAH. Lari ikut maner pun...kita tetap hamba. Cuma saya mengingatkan nya dan diri saya juga, walau bagaimana teruk sekali pun...sentiasa lah berfikiran positif. Kerana dengan berfikiran negatif, ia tidak membantu kita apa2 pun. All will look bleak and hopeless. Negative thinking never pays. If she has to start all over again ,then do it! Life must go on and just remember to breathe. Once again, if you lose, don't lose the lesson. Do not regret my dear. Everything happens for a reason. It is just sometimes we failed to see the reason at the moment. We make plan but believe me ALLAH has better plan for us.

Semoga ALLAH melapang kan rezeki nya seluas2 nya!

Thursday, December 2, 2010

Life is hard!


Pergh...harga minyak naik lagi! Rakyat marhaen dah tentu mengeluh. Kalau harga minyak petrol naik...tunggulah ada barang yang naik harga. Kalau bukan beras, gula atau minyak masak, ikan,daging atau sayur diam x diam akan naik pelan2. Pasti ramai yang akan tekan2 kalkulator sampai pecah!

Anyway, benda2 camni memang saya dah agak dah (I'm not talking about politics here....hehehe). Nama lagi hidup sudah pasti ada yang berubah. Cuma yang x berubah ialah cara rakyat Malaysia yang suka berbelanja lebih dari kemampuan.

Baru2 ni saya terserempak dengan seorang anak buah ofis lama. Wah...pakai Estima lagi! Hmm...banyak betul duit dia yer. Menang loteri kut! Hahaha... Tapi cam pelik lah jugak, walau 2nd hand harga nya boleh tahan setahu saya. Kawan saya tu anak nya 5 dan masih bersekolah dan isteri nya tidak bekerja (FYI, dia bukan nya kakitangan Executive). Mana korek duit nak bayar bulan2 dan tanggung bil bulan2 tu? Pakai Estima dah tentu minyak nya parak dan kalau sekali servicenya...huhuhu. Baik sangka saya, tentu dia ada side income.

Dulu saya pun teringin pakai Estima tu tapi bila congak2...tak mampu lah akak! Bukannya saya dengki...jauh sekali. Cuma saya tidak suka bila ramai yang mengadu tak cukup duit. Hidup ini susah kata mereka. Dan paling saya tidak suka bila mereka kata saya ni lain lah...banyak duit!

Kengkadang dorang ni tidak nampak yang kesusahan itu berpunca dari diri sendiri. Tak boleh nak settle for the second best, nak berlumba2 atau nak menunjuk2. Atau nak jaga reputasi yang tak tara mana pun! Ada yang kata, kalau x buat macam tu alamat nya tak merasa lah! Bagi saya tak merasa pun tak aper asal kita tidak di belenggu dengan hutang yang tidak berkesudahan dan terpaksa bekerja keras siang dan malam untuk hidup yang sebentar cuma ini. Yang paling teruk nya dorang selesaikan masalah dengan mengguna kan credit card! Masalah yang belit dah jadi semakin terbelit. Di manakah misteri nya kalau kita rasa hidup ini susah? Yang penting kita ada rumah untuk berteduh, kenderaan utk bergerak dan makan minum pakai yang cukup dan tidak perlu meminta2 dari orang lain. Hidup lah sekadar kemampuan kita.

Tetapi bukannya tidak ada orang yang betul2 susah. Kerana orang2 yang betul2 susah ni sememangnya nak makan pun tak cukup. Usah kan nak berbelanja beli itu dan ini. Orang2 seperti ini memang layak utk kita beri simpati dan bantuan.

Last but not least; It is not how much you earned but how you spent is important. Live life, love life.

Friday, November 12, 2010

Takdir


Salam,

First of all let me thanks to ALLAH for giving me chance for just another day. My life is being busy lately and thanks again to ALLAH for giving me reasons for this life.

Kali ni nak citer pasal takdir. Sebab aper yer....sebab...dia ada ikan! (Teringat iklan Haliborange masa kecik2 dulu...hehehe) How time flies! Rasanya dah tak nampak Haliborange kat pasaraya dah skarang. Hahaha..termelalut lah pulak.

Last week saya attend satu gathering yang di "arrange" oleh Har. Terima kasih Har. Seronok dapat jumpa kawan2 baru di sekitar Kuantan ni. Next time kita tugeder2 lagi OK. Itulah kebaikan FB yg dapat merapatkan silaturahim.

Tapi bukan nak citer pasal tugeder2 tu, nak citer pasal berjumpa housemate masa belajar kat UK dulu. We haven't met for almost 12 years....once again thank you to FB. I was so touched when she introduced me to her daughter, "This is the auntie that I put the photo of ours on the fridge door at home, the one with the snowman." Huhuhu...she really treasures our moment together after 20 years!

She is a Chemical Engineer by qualification but now she is a florist by profession. Macam mana tu yer....boleh saper2 bagi tahu tak? She is renting a shop in Cyberjaya Street Mall and doing quite well. Cempaka Sari Florist nama kedai dia...sedap kan nama tu. Sorry, malas lak nak upload gambar kat sini. The link is http://cempakasari.com/omni/omni.

"Nik, I never ever thot that I will be doing this!" she told me. "So tell me..." jawab saya. "I kena buang kerja sbb tak nak hantar rasuah RM130K cash kat pengarah @#$," kata nya. "Masa tu I jadi Environment Manager kat @#$$%^," sambung nya. "I was pregnant with my youngest child at that moment and luckily I gave birth the next day. Selamat lah I dari kena hantar duit rasuah tu. That is not the only method of bribery, tapi ada macam2 benda kena hantar sebelum tu. Tapi bila balik jer dari cuti bersalin, I terus kena buang kerja," cerita nya. So the story went on and on. To cut short, the "Pengarah" was transferred to Putrajaya and hold other non-enforcement position. (Hmm...tak kena lak soal siasat SPRM, heran jugak yer..) Hello...we are talking about environment here! Undang2 dunia boleh lah terlepas...kan..kan..kan.

So,kawan I tu pun "tanam anggur" lah for about a year. Oleh kerana kawan I tu ada bakat dalam bab gubah mengubah ni, kawan hubby dia mintak tolong buat hamper utk Hari Raya. Mula2 tu 1, pastu jadi 6 dan pastu jadi beratus lak...sampai penuh bakul2 dalam rumah dia. Hubby dia pun suggest dia bukak kedai. Then the rest was history. Camtu lah citer nya.

I will always remember one quote; We makes plan...but ALLAH laughs at our plan! Jadi jangan lah kita rasa kita ni pandai sangat. Kita boleh rancang apa saja, tapi ALLAH lah pelaksana yang terbaik! Jangan susah2 hati, buat jer yang terbaik dan kemudian serah kan jer kepada Nya. Cheers!

P/S : Akak ni pun dulu x pernah terfikir nak wat kerja trading spare-part ni hah... ingatkan nak makan gaji sampai pencen. Dulu2 pun ingatkan kahwin ngan orang Perak, rupa2nya jodoh ngan orang Terengganu...Apa leh buat,ini lah nama nya takdir. Hehehe..;)

Tuesday, October 26, 2010

Poligami....


Salam,

Huhuhu....best tul tajuk Tanyalah Ustaz kat TV9 2 hari ni. :) Tak tahu lah soalan2 tu dah di "set" kan oleh TV9 atau datang dari penonton2 tu sendiri.

Salah satu soalan; Bagaimana kah pembahagian harta seorang suami kepada isteri2 nya semasa hidup dan juga selepas dia mati? Bagus gak soalan muslimat tu yer....org pompuan ler kata kan! Mana boleh kurang...hehehe :))

Tapi jawapan Ustaz Syukri tu mmg best. Orang mesti expect Ustaz akan jawab yang suami mestilah adil kepada isteri2 nya dan isteri2 akan dapat 1/8 bahagian dari harta sepeninggalan suami nya selepas mati. Tapi jawapan tu memang meleset sama sekali. Mungkin ada yang kata...Ustaz ni x jawab soalan langsung!

Saya suka betul bila Ustaz itu kata....Kalau di pikir2 kan, hidup ni apalah sangat. Hidup ni sebenarnya sementara sahaja, tak guna nak bergaduh atau bertumbuk semata2 kerana harta. Apa yang penting...apakah amal atau bekal yang nak kita bawa masa kita berjumpa dengan ALLAH s.w.t nanti.

BINGO! I think that is the answer for all the questions in life! I hope those who asked can read between the lines...

Tuesday, April 28, 2009

Halatuju anak-anak kita

Sakit kepala dah pun hilang. Alhamdulillah hilang sakit selepas telan panadol 2 biji. Bukan panadol yang menyembuhkan tapi Allah. Jangan kita terlepas pandang hal kekuasaan Allah di atas segala sesuatu. Kita cuma berusaha, selebihnya kita serahkan pada Allah. Bukankah, hidupku matiku untuk tuhan sekalian alam.

Tidur lewat kat Janda Baik bukan gossiping apa2 pun cuma bertukar2 fikiran dengan kakak-kakak aku yang dah melalui kerenah anak2 sewaktu memilih halatuju selepas peperiksaan SPM. Begitulah hakikatnya bila anak2 dah mula membesar. Cerita2 kita semakin berubah. Anak aku yang sulung dah pun berada didalam tingkatan 5. Pejam celik dia akan menduduki SPM hujung tahun ini. "Apa cita2 kakak?" aku tanya Afifah."Ntahlah emak, kakak jadi surirumah jer boleh tak?" Aduh....sabar jer lah ngan anak aku ni!

Kata Yang Cho biasalah tu. Anak2nya pun macam tu juga. Kebanyakkan nya tidak tahu apa peluang yang ada. Cuma dia kata aku dah buat perkara yang betul kerana awal2 lagi membuat survey tentang IPTA/IPTS yang ada kat negara ini. Bukan apa, tak mahu terkial2 bila result SPM keluar nanti. Mana sempat nak buat semua2 tu. Sekurang2nya Afifah boleh buat target dia SPM nanti. Shoot for the moon, if you fail you will land amongst the stars!

Bila sembang2 tu barulah aku tahu punyalah banyak IPTA/IPTS kat Malaysia ni. Bukan macam aku 20 tahun dulu...huhuhuhu...dah tuanya aku! Cuma aku pening yang mana dah government certified, yang mana belum. Kata anak buah aku MQA adalah satu badan yang bertanggungjawab hal2 akreditasi ni. So, find the one with MQA certified and indeed MQA is reliable. Itu belum cerita tentang jurusan2 yang ditawarkan. Kena pilih jurusan yang betul dan di institusi yang betul. Bottom line, bila graduate anak akan mudah dapat kerja. Yang selalu menjadi masalah IPTA selalu tawar jurusan yang bukan 1st choice anak2, itu sebab ramai budak2 masuk IPTS. Keluarlah nama2 institusi yang tak pernah aku dengar sebelum nih , Kuito lah, IMU lah, Manipal lah dan ntah apa2 lagi.

Bila masuk IPTS emak bapak pening kepala nak cari pinjaman. Nasib baik aku ni dah beli insuran pendidikan utk anak2 awal2 lagi. Tapi rasanya kalau setakat nak masuk first year tu bolehlah cover lagi. Tapi setiap semester mana nak korek beb???? Kalau result Afifah bagus Petronas bolehlah kasi biasiswa sebab anak Petronas, tapi result sekurang2nya 9A2....boleh ker kakak????? Nampaknya emak kena buat solat hajat banyak2 utk kakak ler....kepada Allah kita berserah!
Related Posts with Thumbnails