Monday, June 29, 2009

Make Money, Not Excuses


Salam,

Ada satu buku yang agak menarik tajuk nya. Make Money, Not Excuses by Jean Chatzky. Belum jumpa lagi free e-book download, tapi dah jumpa blog writer tersebut. The intro goes something like this;

A few years ago - after reporting on money for fifteen years - I finally cracked the code. If you want to get rich, you need only do four things:

1. Make a decent living
2. Spend less than you make
3. Invest the money you don’t spend
4. Protect the financial world you build so that a disaster doesn’t take it all away from you

Sounds easy, I know. So why, then, is it so hard, particularly for women? - Jean Chatzky.

I would agree on certain points. I have one question, do we have to do all that? Why should we sacrifice now, so that we can enjoy later? Will we arrive at LATER? Shouldn't we live our lives to the fullest? For me, life is too short. Even Micheal Jackson died at 51!

Is it necessary to be rich? I think it is good to have some savings but not to the extend of not enjoying your life. Why bother to be rich if you have enough on everything. Thank you to Allah for giving me enough when I need it most. I know that I'm not rich but what is important, I'm really feeling rich and happy!

Last but not least, sabda Rasullullah (s.a.w), " Adalah lebih baik kamu tinggalkan waris kamu sedikit harta daripada tidak berharta". Maaf, tak ingat siapa periwayat hadis ni. Jadi, tak perlu lah jadi orang yang kedekut untuk hidup ini. Bukan kita boleh bawa mati duit yang kita simpan banyak-banyak tu. So, spend some, save some!

Tuesday, June 23, 2009

Teruja


Apa yang teruja nya...? Teruja dengan ilmu Allah. Orang buta yang tak boleh melihat tapi boleh melihat dengan telinga . Memang pelik kerana kita hanya tahu mata sahaja yang di beri tanggung jawab oleh Allah untuk melihat. Kita tak paham dengan apa yang dikatakan dengan aura, tapi ianya wujud bagi yang boleh memahami. Aura atau gelombang itu yang boleh dilihat oleh sibuta dengan telinga nya. Tapi harus di bicara dengan perkataan "klik". Isn't Allah Great? Go to the following website;
http://www.people.com/people/article/0,26334,1212568,00.html
In life, if you think something is impossible, think again!

Tuesday, June 16, 2009

Rejab Kian Hampir



Bismillah hirrahman nirrahim

Pejam Celik pejam celik dah nak masuk bulan Rejab minggu depan. Lepas Rejab, Syaaban lepas tu masuk pulak Ramadhan. Ntah sampai ntah tidak kita ke Ramadhan tahun ni. Begitulah hidup ini, entah semakin banyak amal, entah semakin banyak dosa. Allah s.w.t. sahaja yang tahu. Semoga Allah mengampuni segala dosa2 kita.

Hari ini terima satu e-mail jadi aku sekadar memanjangkannya....

Sama-samalah kita ingat mengingati amalan-amalan mulia untuk bulan yang penuh berkat ini. Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barangsiapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Barangsiapa yang berpuasa pada tanggal 27 Rejab / Isra Mi'raj (Isnin 20hb Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barangsiapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barangsiapa berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1,2&3 Rejab (24,25&26 Jun2009)maka ALLAH akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat

5. Barangsiapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, InsyaALLAH permintaannya akan dimakbulkan ALLAH swt...insyaALLAH

6. Barangsiapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barangsiapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barangsiapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.

Sabda Baginda SAW lagi.."Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as.."Wahai Jibrail, untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibril as.."Ya Muhammad, sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau di bulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban ra bercerita.." Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH swt. Lalu aku bertanya kepada baginda.."Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa pada ALLAH swt meringankan seksaan atas mereka."

Sabda baginda lagi.."Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam sahaja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur." Tsauban ra bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda baginda.."Wahai Tsauban, demi ALLAH zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Kematian adalah permulaan satu kehidupan yg baru yang tidak akan mati-mati lagi. Kembara manusia meninggalkan dunia, akan melangkah ke alam barzah iaitu 'fasa transit' sebelum dibangkitkan di alam mahsyar dan berakhir sama ada di SYURGA atau di NERAKA. Maka mati itu adalah pasti dan hidup kita InsyaALLAH..

wALLAHua'lam. ..

Tuesday, June 9, 2009

The Story of A Farmer and His Watermelon


A Moroccan proverb that says…

Love truth even if it harms you, and hate lies even if they serve you

Prophet SAW has advised us this…

‘Leave that which makes you doubt for that which does not make you doubt, for truthfulness is certainty and tranquility, whilst lying is doubt and confusion.” (Reported by al-Tirmidhi, 2520; al-Nisaa'i, 8/327; and Ahmad, 1/200)

Let me share with you a story of a farmer and his watermelon…

There was a farmer who grew watermelons. He was doing pretty well, but he was disturbed by some local kids who would sneak into his watermelon patch at night and eat his watermelons. After some careful thought, he came up with a clever idea that he thought would scare the kids away for sure.

He made up a sign and posted it in the field. The next day, the kids showed up and they saw the sign which reads, "Warning! One of the watermelons in this field has been injected with cyanide."

The kids ran off, made up their own sign and posted it next to the farmer's sign. When the farmer returned, he surveyed the field. He noticed that no watermelons were missing, but the sign next to his reads, "Now there are two!"

Yikes! I know…

Indeed, our beloved Prophet SAW was right.

For truthfulness is certainty and tranquility, whilst lying is doubt and confusion.

And confused, will the farmer be…

Care for a slice of melon, anyone? :))

Tuesday, June 2, 2009

No Entry




Eh...kan dah kabor dah no entry kat atas tu...tak der citer lah tu!
Hahahaha....sibuklah cuti skolah 2 minggu ni...have fun to all!

Thursday, May 28, 2009

Suze Orman's Financial Plan


I watched Oprah's Best Life this morning as usual..my routine (Thank you Allah, what a good life I have!) Something to share ;

Be honest and stay honest with your financial stand. Be truthful to your partner about your expenses. Spending is related to emotion, the more you hide from your partner, the more you spend.

Spending Action Plan
1- Sit down and discuss with your partner on your expenses. Separates "wants" from "needs".
2- Circle all expenses that are "wants".
3- If you have debts and no savings, eliminate "wants".

Saving Action Plan
1-Save enough to cover 8 months expenses.
2-Decide how much you can save each months and add 20%.
3-Search around for a saving account with highest interest rate (not applicable for Muslim)

Spending Pledge
1-Do not spend money for 1 day
2-Don't use your credit card for 1 week
3-Don't eat at restaurant for 1 month.

Credit cards payment
1- Line up your credit cards from the highest to the lowest
2- Pay the minimum on each card.
3- Pay any extra money to the card with highest interest rate.
4- Once the first card paid off, roll that money over to the another card.
5- Pay bills on time
6- Never go further than credit limit.
7- Stop using credit cards further.

I think one of the reasons why American financial collapsed was due to the overspending. They seriously have extravagant lifestyle. If we don't take any precaution, Malaysians will suffer the same especially credit cards spending. As a Muslim we should take Rasulullah (SAW) advice, be moderate in everything. Ironically, that is the hardest thing to do!

Thursday, May 21, 2009

Bijak kah kita?




Hari ni aku terpanggil untuk bercerita pasal politik sikit. Aku ni bukan nya pandai sangat bab2 ni tapi aku tidak ketinggalan mengikuti perkembangan semasa. Apatah lagi krisis di Perak. Maklumlah, di sanalah tempat tumpah darah ku. Tak percaya, mari tengok IC aku....kih kih kih...

Hari2 aku akan melayari beberapa blog kesukaan dan melawati blog2 yang nampak menarik tajuknya. Bermacam2 cara yang di utarakan untuk mengatasi krisis tersebut. Aku pun kengkadang tumpang sekaki dua bagi komen. Penyelesaian yang paling popular setakat ini , bubarkan DUN Perak. Habis serata alam di pukul canang! Benarkah itu penyelesaian terbaik? Wallahualam.

Aku punya pendirian politik aku sendiri. Jadi aku bukan orang atas pagar! Cuma aku bukan penyokong hardcore. Rata2 kita akan menyebelahi tindakan-tindakan yang lebih pro pada kem kita. Bermacam-macam hujah kita beri utk menjustifikasi kesimpulan kita. Namun ada juga yang beri pendapat secara professional. Contohnya pendapat Nobisha (http://nobisha.blogspot.com/2009/05/perak-cinta-tak-semestinya-bersatu.html). As usual, professionalism will go down the drain. Politics never know professionalism.

Ada yang lebih drastik. Kenapa tak kita buat solat hajat supaya 5 ADUN mati serentak
(2ADUN BN + 3 ADUN Katak).Bukan kah Tuhan akan memakbulkan doa2 orang yang terainaya? Secara spesifik kita minta 5 ADUN tu yang mati.Aku boleh puji idea tu atas 2 sebab. Satu, dia tahu utk meminta dengan Tuhan nya. Dua, otaknya berjalan mencari penyelesaian di "luar kotak".

Aku cuma teringat satu cerita yang lebih kurang begini; Didalam satu negeri, ada seorang abid yang semua doanya di makbul oleh ALLAH. Jadi pada satu ketika, abid itu telah berdoa supaya Allah mengurniakan negeri itu hasil tuaian yang boleh di simpan selama 3 tahun. Maka seperti biasa Allah telah memakbulkan doa si abid. Tapi, bila sampai tahun yang berikutnya semua petani2 mengeluh kerana tiada pekerjaan utk dilakukan dan tikus2 pun mati kelaparan. Maka, tersedarlah si abid itu bahawa beliau telah bertindak seolah2 beliau lebih bijak dari Allah. So, moral of the story...be careful what you wish for!

Jadi sebagai hamba Allah, aku mengaku bahawa Allah jua yang lebih mengetahui apa yang tersurat dan tersirat. Dan sebagai manusia, aku akan sentiasa memohon kebaikan dari Allah di dunia dan diakhirat di atas setiap permohonan ku.

Monday, May 18, 2009

Obsessive-Compulsive Disorder (OCD)

Dalam dunia ni ada bermacam-macam penyakit. Sama ada fizikal atau mental. Kalau penyakit fizikal tu memang mudah nampak atau kita rasa. Swine flu misalnya memang sama macam selsema biasa cuma diikuti oleh cirit-birit dan muntah2. Virus pun dah semakin canggih. Dah pandai "mutate" sendiri. Kalau dulu babi jer yang kena, sekarang ni manusia pun kena. Bottom line, semua tu sebagai peringatan dari Tuhan untuk kita. Cepat2lah kita check diri kita ni, di mana tak kena nya.

Tapi bukan nak cerita pasal Swine Flu, cuma nak cerita pasal satu penyakit mental yang di panggil OCD. Banyak jenis penyakit mental ni yang kadang kala kita sendiri tak perasan yang kita menghadapinya. Kita lebih selesa untuk menwar-war pada semua orang yang kita ni OK. Tak ada masalah. Kita terperangkap dengan "pemikiran" kita. Dan terus mempercayainya. Erti kata lain, "denial syndrome". Jadi utk mengenal pasti apa OCD tu kita tengok simptom2nya. Simptom2nya berbeza2 antara seseorang dengan seseorang yang lain. Di antaranya;

* Ketakutan terhadap kekotoran atau jangkitan kuman.
* Ketakutan menjadi penyebab kemudharatan terhadap orang lain.
* Ketakutan membuat kesilapan.
* Ketakutan jika di malukan atau berkelakuan buruk dikhalayak ramai.
* Ketakutan bila berfikiran kotor atau jahat.
* Keperluan untuk aturan, simetri atau ketepatan.
* Keraguan berlebihan and keperluan utk diberi keyakinan berterusan.

Kompulsi Umum termasuk:

* Kekerapan mandi dan membasuh tangan.
* Keengganan bersalam atau memegang tombol pintu.
* Kekerapan memeriksa keadaan keselamatan seperti kunci pintu atau api dapur.
* Kekerapan mengira, secara mental atau di sebut semasa melakukan kerja2 rutin.
* Selalu menyusun barang2 dengan cara tertentu.
* Memakan makanan mengikut susunatur secara spesifik.
* Buntu dengan perkataan, imej atau pemikiran. Selalu nya menjadi gangguan dan
boleh mengganggu sehingga kedalam tidur.
* Mengulang-ulang perkataan yang sama, ayat atau pun doa.
* Keperluan melakukan tugas yang sama beberapa kali.
* Mengumpul atau menyimpan barangan yang tidak ada nilai yang ketara.

Mungkin simptom2 diatas tu ada pada kita. Sama ada kita mempunyainya secara berlebihan atau sederhana saja. Tapi jika ada hampir semuanya, lebih baik jumpa psikatri! Kita perlu di tolong....

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu

Eh...terlambat seharilah pulak masuk blog ni utk ucap Selamat Hari Ibu pada semua ibu-ibu. Semalam dengan tak semena2 rasa cam nak balik KL jer jumpa emak. Buat surprise sikit! Pagi2 hari lagi tanya kat hubby...."Bang, kita balik KL nak hari ni?" "Kita balik lepas Syirah tuisyen, pas dinner kita balik semula Kuantan, camner?". Hubby pun kata, "Boleh, tapi awak drive pergi abang drive balik, OK?" "Bereh!" Kol 10 aku pun call emak, tapi wish dia Selamat Hari Ibu dan sembang lebih2 kurang. Pastu siap beg sikit. Kol 12.40 pm shot balik KL. Sampai KL dalam kol 4 ptg.

Hehehe...terkejutlah emak (tapi emak suka)! Ooo...abang Nikmat dah ada kat rumah emak rupanya. Di pendekkan cerita malam tadi pergi dinner bawak emak dan opah kat Cozy Corner di Great Eastern Mall. Emm... sedapnya makan. So tak nak emo2 kat sini. Terima kasih atas segala pengorbanan emak yang bukan sedikit utk kami 16 beradik. Semoga Allah sentiasa merahmati emak. SELAMAT HARI IBU! Utk suami ku...terima kasih banyak2.

Wednesday, May 6, 2009

Decluttering Your Life


Cantik dan kemas...tapi bukan rumah ku.


I've been very busy lately. Biasalah tu. Nama lagi hidup. Always things to be done. Just to share one book that I've just discovered. The contents seem interesting. It is about decluttering your life. The tittle is It's All Too Much by Peter Walsh. Sebenarnya bukan setakat sampah sarap yang ada dalam rumah kita sajer tapi cara kita mengendalikan financial dan relationship juga kena ada konsep "decluttering" ni.

It's All To Much excerpt :

Imagine the life you want to live. I cannot think of a sentence that has had more impact on the lives of people I have worked with. ... When clutter fills your home, not only does it block your space, but it also blocks your vision.
*
You need space to live a happy, fruitful life. If you fill up that space with stuff for "the next house," your present life suffers. Stop claiming your house is too small. The amount of space you have cannot be changed -- the amount of stuff you have can.
*
I know it sounds strange, but if you start by focusing on the clutter, you will never get organized. Getting truly organized is rarely about "the stuff."
This is the bottom line: If your stuff and the way it is organized is getting you to your goals... fantastic. But if it's impeding your vision for the the life you want, then why is it in your home? Why is it in your life? Why do you cling to it? For me, this is the only starting point in dealing with clutter.
*
If it's taken you ten years or more to accumulate your mess, it's impossible to make it disappear overnight. Letting go is a learning process. You might need to start slowly, and it may take time to discover that not having things makes your life better, not worse.

There are only three options for each and every item you come across in this, your initial purge:
1) Keep. This is the stuff that you want to stay in your home. You use it all the time. It's crucial to the life you want to live. Or (let's be honest) you don't really use it, but can't bear to part with it just now.
2) Trash. Remember that every bag you fill is space you've created to live and love your life. Everything you decide to throw away is a victory. Make it a competition to see who can fill more trash bags.
3) Out the door. So you've had trouble getting rid of stuff because it's "valuable"? Well, here's your chance to either make a little money or let someone put it to real use. The items that go into the "out the door" zone are items that you are either going to sell--a yard sale, on consignment, or even online--or you are going to donate to a charitable organization. Other items here include things that are being returned to their rightful owners or to someone who has a real use for that item. Once in this pile, the item never comes back into your home.

Itulah sedikit sebanyak yang boleh di kongsi kat sini. Seingat aku memang hari2 ada jer barang2 yang aku buang. Tapi rumah tak kemas mana pun...hehehehe. So, happy decluttering your home and your life!

Wednesday, April 29, 2009

Memukat

Pernah gi memukat tak? Aku tak pernah gi memukat kat laut sebelum ni, pergi mencandat sotong pernahlah. Last week before pergi Janda Baik malam tu Azam ajak pergi memukat kat jalan pergi Kuantan Port. Habis semua di ajak nya. Anak2 yang kecik pun bawak. Siap dengan bekal lagi. Aku tolong sibuk jer lah. Hubby aku ikut Mat Azam meredah laut dalam gelap-gelap tu. Aku ingat dia cuak gak mulanya, tapi bila tengok ikan lekat kat pukat tu hilanglah cuak dia. Dia sorang jer pakai lifejacket. Nampak sangat tak biasa. Abang jangan marah aaaa..... Ala, memukat tepi pantai ajer. Banyak juga dapat ikan. Udang harimau pun ada, pari pun ada. Tapi paling banyak dapat ikan gelama. Balik kol 12.00 malam. So mari layan gambar2 nih...







Tuesday, April 28, 2009

Halatuju anak-anak kita

Sakit kepala dah pun hilang. Alhamdulillah hilang sakit selepas telan panadol 2 biji. Bukan panadol yang menyembuhkan tapi Allah. Jangan kita terlepas pandang hal kekuasaan Allah di atas segala sesuatu. Kita cuma berusaha, selebihnya kita serahkan pada Allah. Bukankah, hidupku matiku untuk tuhan sekalian alam.

Tidur lewat kat Janda Baik bukan gossiping apa2 pun cuma bertukar2 fikiran dengan kakak-kakak aku yang dah melalui kerenah anak2 sewaktu memilih halatuju selepas peperiksaan SPM. Begitulah hakikatnya bila anak2 dah mula membesar. Cerita2 kita semakin berubah. Anak aku yang sulung dah pun berada didalam tingkatan 5. Pejam celik dia akan menduduki SPM hujung tahun ini. "Apa cita2 kakak?" aku tanya Afifah."Ntahlah emak, kakak jadi surirumah jer boleh tak?" Aduh....sabar jer lah ngan anak aku ni!

Kata Yang Cho biasalah tu. Anak2nya pun macam tu juga. Kebanyakkan nya tidak tahu apa peluang yang ada. Cuma dia kata aku dah buat perkara yang betul kerana awal2 lagi membuat survey tentang IPTA/IPTS yang ada kat negara ini. Bukan apa, tak mahu terkial2 bila result SPM keluar nanti. Mana sempat nak buat semua2 tu. Sekurang2nya Afifah boleh buat target dia SPM nanti. Shoot for the moon, if you fail you will land amongst the stars!

Bila sembang2 tu barulah aku tahu punyalah banyak IPTA/IPTS kat Malaysia ni. Bukan macam aku 20 tahun dulu...huhuhuhu...dah tuanya aku! Cuma aku pening yang mana dah government certified, yang mana belum. Kata anak buah aku MQA adalah satu badan yang bertanggungjawab hal2 akreditasi ni. So, find the one with MQA certified and indeed MQA is reliable. Itu belum cerita tentang jurusan2 yang ditawarkan. Kena pilih jurusan yang betul dan di institusi yang betul. Bottom line, bila graduate anak akan mudah dapat kerja. Yang selalu menjadi masalah IPTA selalu tawar jurusan yang bukan 1st choice anak2, itu sebab ramai budak2 masuk IPTS. Keluarlah nama2 institusi yang tak pernah aku dengar sebelum nih , Kuito lah, IMU lah, Manipal lah dan ntah apa2 lagi.

Bila masuk IPTS emak bapak pening kepala nak cari pinjaman. Nasib baik aku ni dah beli insuran pendidikan utk anak2 awal2 lagi. Tapi rasanya kalau setakat nak masuk first year tu bolehlah cover lagi. Tapi setiap semester mana nak korek beb???? Kalau result Afifah bagus Petronas bolehlah kasi biasiswa sebab anak Petronas, tapi result sekurang2nya 9A2....boleh ker kakak????? Nampaknya emak kena buat solat hajat banyak2 utk kakak ler....kepada Allah kita berserah!
Related Posts with Thumbnails