Tuesday, October 26, 2010

Poligami....


Salam,

Huhuhu....best tul tajuk Tanyalah Ustaz kat TV9 2 hari ni. :) Tak tahu lah soalan2 tu dah di "set" kan oleh TV9 atau datang dari penonton2 tu sendiri.

Salah satu soalan; Bagaimana kah pembahagian harta seorang suami kepada isteri2 nya semasa hidup dan juga selepas dia mati? Bagus gak soalan muslimat tu yer....org pompuan ler kata kan! Mana boleh kurang...hehehe :))

Tapi jawapan Ustaz Syukri tu mmg best. Orang mesti expect Ustaz akan jawab yang suami mestilah adil kepada isteri2 nya dan isteri2 akan dapat 1/8 bahagian dari harta sepeninggalan suami nya selepas mati. Tapi jawapan tu memang meleset sama sekali. Mungkin ada yang kata...Ustaz ni x jawab soalan langsung!

Saya suka betul bila Ustaz itu kata....Kalau di pikir2 kan, hidup ni apalah sangat. Hidup ni sebenarnya sementara sahaja, tak guna nak bergaduh atau bertumbuk semata2 kerana harta. Apa yang penting...apakah amal atau bekal yang nak kita bawa masa kita berjumpa dengan ALLAH s.w.t nanti.

BINGO! I think that is the answer for all the questions in life! I hope those who asked can read between the lines...

Wednesday, October 20, 2010

Vietnam Vacation.

Salam,

Lama x visit blog sendiri. Sibuk daa..... Mula2 tu sibuk Ery nak peksa UPSR. Pastu nak renew passport, nak tukar duit, nak pack baju, business akak kena jalan jugak...cari barang, order barang, deliver barang, kerja rumah...berlambak! huhuhu...how much I wish I have a maid!

Well...cik abang bawak gi vacation ke Vietnam. Dah lama dah dia ajak, cuma x free jer. Dapat lah lupakan hal2 rumahtangga dan kerja sekejap. Anyway, thanks to Mulan for the Halal Food guide n info in Vietnam. Tak sempat nak cari semua kedai tu. Managed to go to;

1) 4 Seasons Restaurant
2) Vietnam Halal
3) Bombay Indian Restaurant
4) D'Anjung
5) Dong Du Mosque

Shopping? Sakannnn....nak borong satu Vietnam tu kalau boleh hikhikhik... Big boss kasi green light lagi. Cuma akak tekan brek sket. Do I need or do I want? Masih rational lagi...

Meh layan jap gambar2 ni...

Ho Chi Minh City @ Saigon called by the locals.

Shopping akak...jgn x shopping!

Boating experience @ Mekong River

Merpati 4 sejoli...me n my eldest brother @ Vietnam Halal Restaurant.

Pho Bo noodle...mmg sedap. @ 4 Seasons Restaurant.

Kopi susu dia....pergh kaw giler! @ Dong Du Mosque.

Ada saper2 nak kopi Vietnam? I bought extra, RM35 for 1/2kg. (limited qty - including postage). Email me, okey!

Price not including the cute coffee maker n small teko tu yer....personal collections!

Wednesday, October 6, 2010

Berubah...


Pagi berubah jadi tengahari, tengahari menjadi petang. Kalau panas...adakala berubah menjadi mendung dan bertukar menjadi hujan. Bila hujan ada masa menjadi panas semula dan terbit pula sang pelangi. Pasti berubah. Itulah hakikat hidup sebenarnya. Tidak ada sesuatu yang tidak berubah. Tidak ada yang kekal. Bukan soal adil atau tidak perubahan itu berlaku, tetapi bagaimana harus kita tangani perubahan itu.

Saya sedang memikirkan perubahan yg bakal berlaku tahun hadapan. Tahun depan Amirah akan masuk darjah 1 dan Ery, kalau ada rezeki akan masuk sekolah berasrama utk tingkatan 1. Kak Yong masih di Universiti dan Kak Nyah berada di dalam tingkatan 5, juga masih di asrama. Dan saya....semakin sunyi. Sesunyi bilik2 kosong di rumah..

Masih lagi berkira2 apa yang harus saya lakukan utk mengatasi masalah "sarang" yang semakin kosong ini......(Encik Amri...ehem..ehem)

Monday, October 4, 2010

Tare Zaneem Par


Salam,

Huhuhu...sekali-sekala sedap gak layan citer Hindustan. Lamer dah tak tengok. Kali ni bukan citer cintan-cintun. Something about dyslexia. Go to http://www.dys-add.com/define.html to know more.

But I like when Ram Shankar Nimbukh (Amir Khan) said, "Five different fingers make a hand, why should we stretch the fingers to make it all the same?"

Lesson : Accept our children as they are.

Monday, September 27, 2010

Khazanah Raya I

Salam,

Dah nak habis raya dah...dan dah lama aku tak update blog. Tapi kalau sesiapa yang belum puasa 6 tu...dan lagi kalau nak puasa tu! Eh...tak baik cakap aku lah,kena tukar cakap "saya". Dah kena sound dgn Amirah. Marah kalau emak dia cakap "aku"...hehehe :)OK, let me try to change the "gantinama". Here we go...

First of all thanks to my hubby for driving us to kampung in Perak (orang Perak ghuper nye akak ni yer...hehehe).Bukan saya tak ader cerita, tapi terlalu banyak cerita sampai tak tahu nak citer yang mana satu. Maklum lah balik beraya kat kampung sendiri kali ni, 2 tahun sekali..tentu byk citer. Cuma spt kata kawan saya...banyak mengumpat bila time2 raya ni. Ye lah...syaitan dah terlepas dari rantai nya, apa lagi...sebulan dia tak guna jarum halus nya tu. Bila kita bertanya khabar sedara-mara, maka akan melarat2 lah cerita nya. Sedar tak sedar...alamak! ter"mengumpat" lah pulak. Astaqfirullah hil azim.

Jadi, yg mana boleh jadi pengajaran..beringatlah (walau ada pengajaran mmg x leh compromise bab mengumpat ni). Kalau kita boleh mengumpat orang lain, ingat...orang lain pun boleh mengumpat kita balik. Jadi kita maaf jer lah kalau ada orang yang dah mengumpat kita tu. Tak payah dakwa-dakwi kat akhirat nanti, tak yah nak makan daging busuk sedara sendiri....x lalu weh! (Lamer ooo kat padang masyar 50,000 tahun akhirat tu...) Cubalah sedaya boleh utk memelihara diri dari mengumpat tu. (Nak mengingat diri sendiri jer ni...)

Masa Raya2 ni lah kita orang dapat ziarah kubur arwah ayah. Dah lamer rupa nya ayah saya meninggal, dah 29 tahun pun. Berbanding usia ayah yang cuma 52 tahun semasa meninggal. Aduhai...agak nya berapa lama lagi ayah akan berada di alam barzakh sementara kiamat? Belum kira usia datuk nenek dan moyang2 yang terdahulu. (Berbaloi ker hidup kita ni agak nya kalau nak ingkar perintah ALLAH...fikir2X lah) Semoga ayahanda saya di tempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan beroleh rahmat ALLAH hendak nya. Amin.


Nik Bolia Bin Abd Rahman Saeidi telah kembali kerahmatullah pada 19 Syawal 1401H / 19hb August 1981. Al-Fatihah.


Sebahagian dari anak2 cucu cicit membaca Yasin dan Tahlil di kawasan tanah perkuburan kampung Sg. Ular.

Ok, nanti sambung lagi...busy lah skarang ni. Chow dulu...assalamualaikum.

Monday, September 6, 2010

Kemaafan Ku Pohon



Salam,

Di kesempatan yang masih ada ini, izinkan ku pohon keampunan dan kema'afan dari semua di atas segala kesalahan dan kesilapan. Semoga semua nya bergembira di Hari Raya yang mulia ini disamping keluarga tercinta. Dan semoga ALLAH s.w.t. menerima semua amalan2 kita.

Jika panjang umur, murah rezeki kita berjumpa lagi.InsyaALLAH.

Thursday, September 2, 2010

Irish Beef Stew

Bulan2 puasa ni hari2 duk mikir nak masak apa. Kalau susah sangat akak jadi kutu rayau blog. Jenguk sana jenguk sini...tengok resepi2 kat blog orang lain. Kalau ader yang nampak cam senang atau pun ingredients mmg dah ader kat rumah, on ajer. So, 2~3 hari sudah terjumpa satu resepi, tp jgn tanya jumpa kat blog mana...mmg akak x hengat nyer. Sorry ler owner punya blog yer I x boleh nak give the credit to you...hehehe sowwwy!

So...inilah hasil nya. Ini jer yang berjaya diselamatkan utk ambik gambar ;-)




Tapi akak buat sikit jer sbb cam x confident jer tengok ingredients dia. Takut masuk tong sampah. But...it turned out nice! Rasanya ala2 Irish Lamb Stew gitu yg mcm kat Secret Recipe (mmg dah lama akak cari resepi ni...my hubby's favorite). Mula2 tu kita orang cicah ngan roti Gardenia jer, tp cam x best sbb roti tu masin sket. Lepas berbuka jer akak pun aper lg... menguli tepung nak buat bun (kes x puas hati ler nih). Pergh...barulah kaw!

Amirah makan x hengat dunia. Esok nya Ery tanya, "Beef Stew semalam ada lagi x emak?". "Sorrylah sayang dah habis Amirah makan!" jawab ku. "Kuah pun x der?" tanya nya. "Elek!" kata ku. "Nanti emak masak lah lagi...masak banyak!" tambah nya.

Next time nak cuba masak guna kambing pulak.....tungguuuuu!

Monday, August 30, 2010

Bonus

Yeay yeay...ada bonus!(Macam lah akak punya bonus...hehehe). Alhamdulillah, half a loaf is better than none. Declare 2 bulan pun tak per ....janji ader kan.(FYI, Petronas profit was down by 23% for the year ended 31st March 2010)

Teringat pesan sorang Ustaz; Harta itu letak kan nya di tangan jangan di hati. Kalau di hati akan jadi bakhil kalau di tangan InsyaAllah akan jadi dermawan.

Sunday, August 29, 2010

My Archilles heel.

Salam.

Hmmm...ada cuti 3 hari. Since akak tengah ABC ni (Allah Bagi Cuti daa...)Baik pulun wat kuih Raya. Tapi kan, dalam bab masak-memasak ni ini lah bab akak paling lemah skali, archilles heel kata omputih. Tiap kali wat cookies sure akak rasa cookies akak tak sedap! Tak sesedap cam kuih tunjuk kat kedai tu. Selalunya asal cantik jer x sedap , asal x sedap jer cantik... lemah betul!

Tahun ni memang confirm akak tak beli kuih tunjuk (budget maaa...huhuhu bonus cik Abang x der lah pulak tahun ni! Kalo tidak leh tumpang sekaki...) Hehehe...just kidding. Exceli akak takut kalo beli kang x sedap according to my taste (hmmm...cerewet tul makcik ni). Kalo beli pun kuih2 raya yang akak dah biasa beli jenama tu. Tak lah kuih tu ended up dalam tong sampah. Tak baik membazir tau...kawan syaitan. Meh kita layan kuih2 raya akak tahun ni...


Yang ni nama nya chocolate n almond chips cookies. Resepi...sendiri punyer! Sebab resepi yang standard tu mmg x sesuai dengan akak ngan anak2 punya citarasa. I like the crunchiness. Amaran: Time x puasa jer boleh buat...choc drizzle tu menggoda iman!


Ini my favorite, tart nenas...can't live without it every year. Selalunya main tunjuk, tp tahun ni dah jumpa resepi yang sesuai ngan citarasa dengan sedikit olahan...org cerewet ler katakan!


Yang ini pulak namanya biskut enak hitam putih (biskut MJ)...tp x enak mana pun! Hampeh. Terjumpa resepi yg guna hazelnut, ingat kan OK...x leh pakai! Biskut tawar ader lah... Ery kata next time emak adjust lah ingredients dia. Akak kata, "No next time!" Ended up I put some white chocolate on top. Cik abang kata...OK aper! Ala, nak ambik hati akak ler tu...Rasa2 nya kuih ni yang ended up dalam tong sampah nanti, huhuhu... :(

Tuesday, August 24, 2010

How much is enough?


Salam.

Hari ini sudah 14 hari kita berpuasa. Aku doakan semoga kita berterusan di dalam rahmat dan lindungan ALLAH s.w.t. Amin.

Early this morning I heard in the news that one of the sports celebrities is finally divorced and the wife walk away with more than USD100mil. Wow...that is much! Then I have second thot, is that really really enough for her considering her ex worth more than billions?

I remembered the time when I quit my job 3 years ago in order to be a home maker and doing some small business with my own savings (3 years eh...). I was subjected to the envy of all the ladies in the office. One of the colleagues made a remark that she will feel comfortable if she has RM10K in her account. RM10K is considered enough for her. They wished they were me (it has been almost every lady dreams to quit their jobs and spend their life at home you know...pity us). What they did not know was, I still did not have enough during that time. Still short here and there but I quit my job anyway.

How much I wish I have RM100K the least in my account, then I considered it as enough. But then...what would I do if I hit that amount, OMG that is not enough! What can you do with RM100K nowadays? The answer is...not much. Home renovation could take you RM10~20K or more, your child's university education takes another RM30K~40K, performing Hajj /Umrah or holidays with the family may take you another RM30K, emergency fund at least another RM10K. What is left...then you are poor again! Let alone a down payment for the BMW!!!! Then you have to work for it again and again and ...again.

Then I started to realise, enough doesn't mean that you have a lot of money or have a lot of material things. Enough is what you feel inside your heart. Enough is when you feel blessed with what you have but not with what you don't.

Let's go back to the celebrity's ex-wife, I believe that it may not be enough to her considering her current lifestyle that she is having at the moment, she must be craving for more. Then it must be true that; It's not your salary that makes you rich, it's your spending habits ~Charles A. Jaffe.

May ALLAH gives us enough.

Monday, August 23, 2010

Suami ku di curi gadis sunti...


Huhuhu...sedihnya! Kesian kan....bukan akak lah! Hehehe...sajer nak wat suspense kat tajuk tu. Tadi aku tengok sorang akak kat dalam TV tu. Kesian dia sebab suami nya berkahwin dengan anak dara berumur 20an pastu ceraikan dia. Sedangkan akak tu sanggup bermadu demi anak2nya.

Macam tu lah resam hidup ini. Tak pernah sunyi dari ujian2 dari ALLAH. The best part ada seorang pemanggil wanita yang berumur 20an membuat panggilan dan mengakui dia akan berkahwin dengan suami orang dan meminta supaya para2 isteri melihat apa kekurangan mereka berbanding dengan anak2 dara ni. I like the 47 years old woman answer, "Saya pun muda juga dulu seperti pemanggil tadi, tunggulah bila mereka2 ni berumur 30 tahun apa perasaan mereka ni bila ada anak2 dara sunti cuba menggoda suami mereka pula... Selalu nya memang sebelum dapat anak2 dara ni sanggup semua nya, tapi bila dah kahwin cerita nya dah jadi lain macam pemanggil yang kemudian tadi. Kalau tak nak bela anak orang lain, baik kahwin dengan orang bujang jer".

Hahaha...nak gelak tergolek2 pulak aku. Well...it is very true, they're still young and they do not know what awaits them in the future. Kebetulan pemanggil yang kemudian tu adalah seorang lelaki yang telah berkahwin dengan anak dara berumur 22 tahun. Selepas dia menceraikan isterinya (atas permintaan isteri nya sendiri)semua anak2 berada dibawah jagaan nya...tetapi isteri baru nya tak suka nak menjaga anak2 nya pulak padahal dia dah beli rumah dan kereta atas nama isteri baru nya tu. Dia tak paham orang pompuan ni kata nya. Kan dah kantoi!

Hmmm...teringat taktik seseorang yang aku kenal bila suami nya bercadang nak berkahwin lagi satu, dia suruh suami nya ambik ke empat2 anaknya. Dia nak hidup single supaya dia senang cari yang lain! You know what...the tactic works!

And nowadays the story has becoming common....

An-Nisa [3]:
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Sunday, August 22, 2010

Ilmu dan amal


Salam.

Aku tertarik dengan kisah Abu Zar yang amat pemurah. Petikan akhir dari cerita yang aku jumpa di internet. Meh kita share citer ni sama2...sharing is caring;

Abu Zar memanggil orang dari Bani Sulaim itu. Beliau bertanya: “Adakah kamu sengaja mengingkari arahan saya atau kamu sebenarnya terlupa dengan arahan saya itu?”

“Saya tidak terlupa. Saya sebenarnya merasakan bahawa unta pertama itu sesuai bagi kenderaan tuan. Unta itu sangat jinak. Tuan amat memerlukannya. Manakala unta kedua sesuai dijadikan makanan dan diberikan kepada orang miskin itu,” jawab orang dari Bani Sulaim itu.

Abu Zar berkata lagi: “Saya beritahu kamu bilakah sebenarnya saya memerlukan harta itu? Iaitu semasa saya berada di dalam kubur. Ada tiga perkara yang berhak ke atas harta saya itu.

“Pertama, takdir. Tiada sesiapa yang berhak menghalangnya sama ada baik atau buruk. Harta itu tetap diambilnya.

“Kedua, pewaris harta itu. Mereka hanya menunggu saat kematian saya. Selepas saya mati, mereka bakal memperoleh harta itu.

"Ketiga ialah diri kita sendiri. Sekiranya kita dapat menguruskan harta itu, kita tidak perlu berkongsi dengan dua perkara tadi. Kita perlu menguruskan harta itu dengan sebaik mungkin.”

Bagi Abu Zar, beliau tetap memberikan harta yang paling disayanginya kepada orang yang memerlukannya sebagai bekalan hari selepas kematiannya. Orang dari Bani Sulaim itu memahami penerangan Abu Zar.

Oleh yang demikian kita perlu membelanjakan harta kita ke jalan yang disukai oleh Allah. Barang yang mahu kita berikan kepada orang lain adalah dari barang yang paling kita sayang.

Begitulah antara cerita Abu Zar. Soal nya sekarang semua kita dah tahu pun tentang ilmu sedekah ni, tapi mampukah kita beramal dengan ilmu ni? Marilah menilai semula sedekah2 kita selama hari ni....aduhai, macam mana nak ikut akhlak Rasullulah? Nak ikut akhlak para sahabat pun kita rasa tak mampu!

Ustaz ada berpesan, sedekah yang paling afdal adalah diwaktu kita rasa kedekut dan waktu kita rasa takut miskin....Wallahualam.
Related Posts with Thumbnails