Wednesday, June 29, 2011

Good Ingredients...

Do not underestimate good ingredients. Good ingredients really make good products. Trust me...

Baru2 ni saya jumpa dengan sepupu yg tinggal di Perak. Since dia datang ziarah emak saya dia bawa bersama buah tangan. Sedap betul biskut makmur yang dia buat. Sebab kuih tu cair dalam mulut...walla.

Itu mengingatkan saya pada biskut arab yang saya buat masa saya belajar kat UK dulu. Saya bukan lah pandai tapi tak tahu mengapa biskut tu cair dalam mulut. Kalau tak percaya tanya suami saya. Sebab dia dengan tidak segan silu ambil biskut tu dari dalam container tanpa minta permission dari saya! Masa tu kita orang jemput kengkawan berbuka puasa di hall universiti.

Bila balik Malaysia, saya buat semula biskut arab tu sebab suami saya suka tapi tak menjadi sebagaimana dulu. Bila saya tanya sepupu saya rahsia nya, dia kata kena guna minyak sapi jenama QBB. Tak boleh yang lain. Kakak saya kata, kena guna tepung cap kunci.(I guess tepung kat UK tu mmg kelas lah..sangat ringan bukan macam kat sini sbb kalau saya tersilap bancuhan pun, it still turned out fine)




OK set. Mak oii...susah rupanya nak cari minyak sapi QBB kat Kuantan ni. Tepung cap kunci pun dah lama tak nampak! Kalau cap wau dengan cap sauh tu senang sket. As usual, my everdearest hubby akan cari sampai jumpa.... QBB dia jumpa kat Giant Kijal dan tepung cap kunci jumpa di Tunas Manja Kemaman. Mahal betul QBB tu rupanya..harga nya double dari Windmill Gheeblend. Patut pun orang tak jual.

Maka hasil nya...taraaaaa



Hmmm....melt in the mouth! Amirah kata, "Sedapnya biskut emak ni!". Eh, belum raya lagi ker? Ada akak kesah... hehehe :))

Moral of the story : Always give your best in order to get good results!

Thursday, June 23, 2011

Hello kengkawan...

Dah lama tak jenjalan...rasanya hari ni boleh jalan2 ziarah blog korang. Harap2 korang sihat2 semua. Akak ni menjalani hidup biasa2 saja. Sekadar mengisi hari2 membesar kan anak2 dan membesar kan badan...ahaks. Dalam pada itu mencari2 keredhaan Tuhan. Apa lagi hidup ini kalau bukan menunggu mati yang pasti. Dalam pada itu kena SABAR dengan 3 perkara;
1) Sabar dalam mengerjakan TAAT.
2) Sabar dalam menahan diri dari MAKSIAT.
3) Sabar dalam menghadapi UJIAN HIDUP.
Semoga kita semua sukses!

Tuesday, June 21, 2011

Yeay...BONUS time!

Alhamdulillah bonus hubby dah declare, tapi dah boleh agak 30% dah tentu kena tolak! Tolak campur tolak campur...tinggal seciput jer. Camtu lah kena rompak dengan government. Tak cukup profit company kena tax, gaji staff pun kena tax, pakai kereta kena bayar road tax, rumah pun kena bayar tax, tak cukup rumah tanah pun kena tax pastu kalau makan kat restoran pun kena tax jugak!

Jgn cakap lah bab harga bebarang skarang....huh wat sakit jiwa jer! Well...bottom line, I'm still counting my life's other blessings.
Related Posts with Thumbnails