Monday, March 28, 2011

Sakat K*P*K

Hari ni bukan nak citer hal lucah...jauh sekali, malah lebih jauh dari cerita lucah kt Dewan Parlimen tu. Citer kali ni tentang satu ilmu yang rupa nya ramai orang2 muda tidak tahu. Meh sini akak nak menurun ilmu sket...

Mungkin ada di kalangan ibu2 muda yang anak nya especially yang baru2 lahir tu, tiba2 baby tak mahu hisap susu badan. Walhal selama hari ni dia molek2 ada hisap seperti biasa. Baby boleh menangis sampai keras kediri atau seperti orang kena dera bila kita rapatkan badan nya utk menyusu. Dia akan paling kan mukanya jauh dari susu ibu nya. Kalau terjadi perkara yang demikian, itu nama nya SAKAT KOPEK. Buat lah macam mana pun, mmg dia tak nak menyusu. Bagi lah susu kiri atau kanan, mmg dia tak nak nya. Tak tahu lah camner kopek tu boleh sakat dia.

Cara nya...memang kena cari bidan kampung ler! Mintak ubat. Selalu nya bidan akan mandikan si ibu. Trust me...anak tu akan hisap macam biasa selepas kita selesai mandi! Pelik kan tapi benar sbb memang akak ni pernah kena macam tu. 2 kali lak tu..

Yang tak kena SAKAT KOPEK....ayah si baby ler, saper lagi...kwang kwang kwang. (Abang jangan marah aaah, nanti kena jual!)

Wednesday, March 23, 2011

Yang ni lagi sorang!

Sabor jer lah ngan bebudak ni...nak marahkan bebudak, rasa nya emak bapak budak pun nak kena marah juga ni.Yang ni lagi sorang , tapi nak wat macam mana kan...memasing ada pikiran memasing. Hari ni result SPM dah kluar. So, mmg ler akak ni selalu sibuk nak menanya anak2 buah yg dah ambik SPM tahun sudah. Jadi hari ni sibuk ler telepon anak buah yang kat Dungun tu.

Saya : Camner ngan result?
Anak buah : Tak bagus ler moksu, dpt 1A jer.
Saya : Apa yang A?
Anak buah : English.
Saya : Kelas gitu...BM camner
Anak buah : Dapat B.
Saya : Result yang lain?

So, dia pun bagi lah details. Conclusion nya 5 sahaja yang credit tapi core subjects tak dapat credit. Good things; all passed. Alhamdulilah. Agak kecewa kerana trial nya dia dapat 3A (He could have done better I bet). Cuma time SPM hari tu dia telah di masukkan ke hospital terkena demam denggi. Ambik exam dalam ward. Nasib dia, nak wat camner kan.

Saya : So, sekarang awak nak buat apa?
Anak buah : Kalau ambil TESL boleh tak moksu?
Saya : Ntah, kena tengok balik lah requirements dia. Selalu nya nak 5 credits. Cuba awak check website UPSI.
Anak buah : Kalau SPA boleh lepas tak?
Saya : Awak nak ambik course apa kat SPA tu?
Anak buah : MA (Medical Assistant)
Saya : Lepas kut. Awak check lah dulu. Tapi kan, awak nak ambik TESL ker, atau SPA ni?
Anak buah : Ntah....ikut emak. Ikut emak kata apa.
Saya : Astaqfirullah halazim, kenapa nak ikut emak awak pulak! Awak nak jadi apa sebenar nya?
Anak buah : Saya cadang nak ambik Mechanical Engineering.
Saya : Dengar sini, ini hidup awak bukan hidup emak dengan abah awak. Awak decide!
Anak buah : Kalau ambik SPM lagi sekali boleh tak?
Saya : Memang lah boleh, tp buang masa jer lah.
Anak buah : Bila moksu nak balik Dungun? (Soalan cepucemas betul budak ni! Nak mintak tolong ler tu....)
Saya : Moksu tak ada kesempatan lagi ni. Minggu ni ada mesyuarat PIBG Syirah. Macam ni lah, awak check dulu kat Politeknik atau UiTM. Ambil sijil atau pre-diploma dulu pun tak apa. Ambil course yang awak nak.
Anak buah : OK, thanks. Nanti saya check.

Dear parents....I'm speechless.

Tuesday, March 22, 2011

Bad News

No news is good news. Tapi kali ni the bad one. My hubby came back with the news; "Most probably my company will be closed down for good", kata nya. Well....everything happens for a reason.

Hubby : Kalau Abang kena transfer tempat lain, awak nak ikut?
Saya : Saya ikut lah, kecuali kalau Abang x bagi kan..
Hubby : Hahaha...dah agak dah! Anak sekolah camner?
Saya : At least, tunggu sampai Kak Nyah habis SPM.
Hubby : Habis tu, awak nak tinggal kan rumah ni? Tak sayang ke?
Saya : Hmm...hati saya sikit pun tak sangkut bang. Kalau saya mati, saya tinggal kan jugak rumah ni! Who cares.

End of discussion. My thoughts are;
1) Kalau tak ikut, cuma saya saja tinggal dengan Amirah...bosan gilos!
2) My business; I'll start again at the new place. No big deal since I can do a lot of things in this life. I'm not dead yet!
3) Rumah ni...refer above.
4) I'll be happy in any part of this world...even happier with the presence of my hubby.

Fullstop.

Monday, March 21, 2011

Is Happiness Around The Corner?


Sharing is caring ;)

For lots of people, happiness is just around the corner. They just need to get their degree, a particular job, a promotion, or a raise. Maybe they're waiting to get married or have a child. Perhaps they will be happy when they retire.

Alfred D' Souza said, "For a long time it seemed to me that life was about to begin. But there was always some obstacle in the way, something to be gotten through first, some unfinished business, time still to be served, or a debt to be paid. Then life would begin. At last it dawned on me that these obstacles were my life." John Lennon put it another way, "Life is what happens while you are making other plans."

The point is our lives are happening now. If we are to get the satisfaction and fulfillment we want, we have to learn to draw pleasure and joy from everything that happens to us and around us because these experiences are the very essence of our life. The more conscious we are that life consists of the journey, not the destination, the more likely we are to get the most out of it.

So, if there are things you want to do, begin to fit them in now or accept the fact that you can be happy whether or not you do them.

Happiness isn't just around the corner. It's now or it's never.

The good news is you have everything you need to be happy. Philosophers, poets, and scientists all agree it can't be attained through money, prestige, or power. Happiness is not a fact, it's a mindset. All you need is optimism and gratitude.

~Michael Josephson

Tuesday, March 15, 2011

Bukan paksaan.


Masih ingat tentang anak saudara saya yang belajar di SM Teknik, Kuantan? Masa dia mula datang dulu dia di masukkan kedalam aliran Kejuruteraan Awam. Sebenar nya saya agak pelik kerana sepanjang pengamatan saya dia seorang yang suka kan kereta. Tanya sahaja tentang kereta...jenis, model, power, design, enjin...pendek kata apa sahaja. Memang dia sangat arif. Sampai kan tayar kereta saya yang baru mula nak botak pun dia dah nampak! Tapi kenapa kejuruteraan Awam, bukan Mekanikal?

Jadi, timbul lah perbualan berikut ;

Saya : Kenapa Ammar ambil Awam bukan Mekanikal? I thought you like all these engines things?
Ammar : Ibu kata Awam senang berbanding dengan Mekanikal. (sbb ibu dan ayah dia ambil Civil Engineering)
Saya : Ammar suka Awam ker Mekanikal?
Ammar : Ntah...Ammar tak kisah! Ibu kata kalau Awam senang nak pass. Senang sket Amar masuk matriks nanti. Tapi nanti masa matriks Ammar boleh tukar course kan?
Saya : Nak tukar course apa pulak?
Ammar : Mekanikal.
Saya : Budak ini...bertuah betul! Kalau macam tu ambil jer lah mekanikal. Kalau subject senang tp awak tak suka, nanti jd susah. Tapi kalau subject susah tapi awak suka nanti akan jadi senang. Ammar...this life is yours, you decide!

Pendek citer...dia tukar course."Baru lah menarik sket, kalau tidak asyik tengok kayu dengan batu-bata jer", kata nya. Pendek kan lagi citer, first ujian baru2 ni dia dapat 5A some B's, C's and 1 D (which I believed he can improve it), dia dapat nombor 1/29 (Hmm...I'm impressed). He was just enrolled himself for F1 school competition. On top of it, "Ammar ingat nak ambik Engineering kat Jepun lah" (before the Tsunami and earthquake...maybe he changed his mind now, but it doesn't matter). The most important thing , that's the spirit my boy! Don't settle for less.

I believe in one thing in raising kids, let them live their dreams...not ours!

P/S : Ayah dia dah pening2 lalat sbb dah janji beli kan SLR type camera kalau dia dapat nombor 1!

Thursday, March 10, 2011

Salah orang daaa....

Pagi ni hantar Amirah pergi kesekolah seperti biasa. Hantar sampai pintu pagar. On the way ke kereta tiba2 ada orang tegur, " Tak mengajar ker hari ni?". Saya tersenyum dan membalas sapaan tersebut, "Saya bukan Cikgu, mungkin awak tersalah orang kut"."Maaf lah yer, sebab muka nak sama dengan sorang Cikgu tu," jawab nya. "Tak mengapa," kata saya.

Saya dah lali dah dengan anggapan begitu. Dah terlalu ramai yang menyangka saya seorang guru. Hmmm....garang agak nya muka saya ni kan? Atau ada tertulis "CIKGU" kat muka saya yang saya tak nampak kut....

Yang pasti nya saya memang seorang "CIKGU" untuk anak2 saya. Cikgu yang tergarang di dalam dunia ini! MUAHAHA...*evil laugh**

Teringat saya pada perbualan dengan Amirah 2 hari lepas;

Saya: Nanti Amirah mengaji dengan emak lah tiap2 malam.
Amirah: Ustazah ajar dah hari2.
Saya : Ya lah, malam2 mengaji lagi nanti cepat habis.
Amirah : Tak per, tak per...emak jangan susah2 hati, ustazah dah ajar dah...

Bertuah betul...I'm speechless.

Tuesday, March 1, 2011

Masuk Asrama


Di suatu hari yang hening. Ketika burung2 berkicau dan semuanya membuat kerja masing2 (baca cam skrip Hantu Kak Limah Balik Rumah...)

Saya: Amirah..sayang emak jangan masuk asrama ya? Nanti tak ada orang nak teman emak kat rumah.

Amirah : Alaaaa...kalau camtu macam mana Mirah nak jadi pandai?

Aduhai, maner lah dia dapat idea kalau masuk asrama boleh jadi pandai! Mungkin sebab semua kakak2 dia dah masuk asrama....kwang3x. (Padan muka akak!)
Related Posts with Thumbnails