Wednesday, February 29, 2012

Saya pernah jumpa.



Salam,

Saya pernah jumpa seorang wanita yang tidak menutup auratnya tetapi bersopan-santun dan lemah-lembut orangnya, yang berjaya mencairkan kemarahan saya di atas ketidakcekapan nya.

Saya juga pernah jumpa seorang wanita yang berpurdah tetapi suka berbahasa kasar dan suka menunjuk2 amalan nya, sehingga habis di umpat orang dengan kata2 "Bajet macam dia bagus sangat!"

Saya teringat kata2 Ustaz Shah Rujhan dalam satu kuliahnya; Akhlak yang baik itu ibarat bunga, ramai yang pasti suka pada nya. Kalau tidak masakan pakaian puan2 semua berbunga2, kenapa tak beli baju gambar tong gas sahaja?

Saya cuba muhasabah diri saya...bagaimana pula akhlak saya?

Last but not least; Cukuplah seseorang dikatakan berilmu jika ia takut kepada Allah, dan cukuplah seseorang dikatakan bodoh jika ia bangga dengan amalnya.

Monday, February 27, 2012

Berlapang dada lah...

Salam,

Minggu baru ni saya pergi wedding seorang kawan. Memang ramai tetamu yang datang, maklum lah arwah bapa nya seorang yang berpangkat Dato'. Walaupun saya dan keluarga sampai dalam pukul 2 ptg, pada waktu itu makanan dah tinggal kat bawah tray dah. Kelihatannya 2,3 orang ahli keluarga cuba refill hidangan2 tersebut.

Saya pun ambil apa yang patut dan terpaksa mencari dan mencuci gelas sendiri utk minuman. Terdapat pasangan yang dah pencen bersama cucu mereka duduk semeja. Suami nya tak bersungut pun tetapi si isteri tak habis komplen tentang masalah katering tersebut.

Sememangnya majlis tersebut ada kekurangan tetapi saya rasa biarlah berlapang dada kerana bukan mudah utk uruskan kenduri-kendara ni. Cuba urus sendiri, tengok. Saya pasti tuan rumah sudah mencuba sedaya upaya utk memberi yang terbaik. Yang penting kita hadir utk memenuhi undangan dan pulang dengan perut yang kenyang.

Saya teringat salah satu definisi tentang EGO. "Ego is when you feel how you should be treated". Atau cakap Melayu nya, ego adalah bila kita rasa bagaimana kita harus di layan. Jadi berlapang dada lah...

"...Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. "

(Al-Baqarah: 237)

Thursday, February 23, 2012

Bila fahaman berbeza...

Salam,

Pening kepala saya bila ada sorang kawan yang di syaki berkefahaman Wahabi. Habis kengkawan lain kena perli especially kat dalam FB. Maka ramai lah yang terasa hati. Saya ni sebenarnya mmg tak ambik port pun pasal Wahabi ni tapi bila dah jadi macam ni kena lah ambil tahu juga. Maka korek lah ilmu sana-sini dan sinun

Jadi sebagai kesimpulan sendiri (ini hanya pendapat tau...semua pendapat memang boleh di pertikaikan) Saya pun terima hakikat bahawa kita boleh berbeza pendapat dalam bab2 agama ni tetapi jangan senang sangat nak jatuh hukum. Bak kata Saidina Ali ; "Aku belum tentu betul dan kamu belum tentu salah". Kita ni bukan banyak ilmu sangat pun. Bahasa Arab pun tak tahu, hafal Quran pun jauh sekali, lagi pulak nak berdebat perihal dalil2. Kita ni lebih kepada ikut2an sahaja.

Semua orang nak masuk syurga. Macam suami saya kata, semua orang yang masuk disco2 tu pun kalau di tanya dorang nak masuk syurga juga. Syurga tu kan hak ALLAH. Kalau DIA nak masuk kan semua orang dalam syurga pun boleh, kalau DIA nak masuk semua orang ke dalam neraka pun boleh. Bukan kah dia Tuhan?

Dan saya ni cuma hamba ALLAH yang tidak lain mengharap keampunan, keredhaan dan rahmat NYA sahaja. Dengan bahasa yang lebih kasar, saya mmg confirm masuk neraka (nauzubillah) hanya syahadah saya sahaja lah yg mungkin boleh melepaskan saya dari azab neraka. Semoga ALLAH pandang saya dengan pandangan rahmat dan menjauhi saya dari nerakaNYA...

Firman Allah s.w.t:
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan mensia-siakan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).~ Al-Baqarah 143.

Wednesday, February 22, 2012

The opposite of...

Salam,

What is the opposite of talking? I bet most of people will say...LISTENING. All this while I'll give the same answer. Unfortunately, that is not the fact.

Apalah akak ni merepek kan....tapi rasanya nak merepek meranyor sket hari ni. For most of us actually, the opposite of talking is waiting....waiting to talk back! As far as I'm concerned....memang betul pun. I'll do it most of the time!

Jadi hari ni rasanya kena belajar lagi untuk jadi pendengar yang baik. Bila kita jadi pendengar yang baik, InsyaAllah kita akan kurang bercakap dan akan kurang menilai orang lain.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Wallahualam.

Monday, February 13, 2012

Tell the truth or lie?

True story. A husband asked his wife to bank in some money. The wife just feel a little bit lazy that day. When the husband came back, she just told him that she already banked in; just b'cos she did not want her husband to make a lot of noise.

Will you do that? Tell the truth or lie?

To diagnose the case; I won't do it. It was just a simple thing...tell your husband the truth. Berdosa kalau menipu! Walaupun sedikit. But, for some people it was nothing. I won't blame the wife b'cos the husband's noise is so unbearable to her! She knows him better. Sometimes thing can be so simple for someone but hard for others.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sesiapa yang menipu bukan dari kalanganku."

A Moroccan proverb that says…
Love truth even if it harms you, and hate lies even if they serve you.

Wallahualam.

Saturday, February 11, 2012

Berapa nilai nya?

Salam,

Hari ni rasa mcm nak citer pasal ceramah Maulidur Rasul kat surau hari tu, ustaz tu kata kat alam dunia ni lah tempat yang ada utk kita beramal. Alam roh dan alam janin dulu mmg kita tak boleh beramal. Alam barzakh dan alam akhirat pun kita dah tak boleh. Kalau masuk syurga pun mmg confirm tak payah beramal...itu pun kalau masuk lah. Yang ada cuma sekarang. Sekarang lah peluang yang kita ada untuk memperbanyakkan amalan. Satu pesanan dari Ustaz tersebut, "Kalau van jenazah dah reverse depan pintu rumah kita, jangan haraplah nak beramal lagi!"

Bila ustaz cakap macam tu...baru tersedar betapa kita ini lalai sungguh dengan dunia, terpesona dengan dunia ni. Contoh nya diri saya sendiri, saya sanggup habis beribu ringgit untuk beli TV baru tapi berapa ringgit kah yang saya masukkan kedalam tabung masjid , surau atau tabung anak2 yatim? Saya cuba mengira2 peratusan antara kedua nya... Ya Allah betapa murah nya saya letakkan nilai akhirat saya! Sedang kan saya pasti bahawa saya akan lebih lama mati dari usia hidup saya...

Wahai Tuhan bantu lah saya untuk muhasabah diri....


Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu) maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik sesungguhnya kami sekarang telah yakin". ~ As-Sajdah Ayat 12

Wednesday, February 8, 2012

Cash or Credit?


Salam,

Hari tu kan...TV akak kan dah rosak. Jadi kena lah beli TV baru kan. Sebelum sampai kedai, akak dah pasang niat. Nawaitu nya budget dalam RMXX gitu. Tapi bila sampai kedai...salesman cina tu punya lah pandai. Dia tunjuk TV 46" LCD Panel, 3D. Bila akak kata..you memang pandai ya, dia kata dia memang pandai sebab dia trained salesman! Sabor jer lah.... siap guna blu-ray decoder lagi nak tunjuk betapa 3D nya gambar. Perghhh....akak punya iman bergegarlah jugak! Tapi tengok harga luruh jantunglah pulak...

Mr. Hubby dan Amirah mmg tergoda. Namun akak ni tetap teguh kan iman. Hubby tanya camner, akak kata; I can survive even without the TV. Kesian kat dia jer sebab nak main PS3 dia tu. TV lama yang gedabak ada kat rumah mmg tak compatible pulak. Akhir nya we settled for size 40". Tapi budget tu burst lah sket.

Then came the second question; cash or credit? Hubby kata we pay by credit zero interest for 12 or 24 months. Saya kata cash. We couldn't agree on this issue. Since the stock was not available at that moment, we decided to sleep over the issue.

The next day, Mr. Hubby still refused to part with his cash. Then, I told him my concern. He remained silence. Later, when the TV arrived...he paid all in cash! Hehehe.... menang jugak saya akhir nya! :)

Menang atau kalah bukan isu nya, tapi nak berhutang atau tak nak berhutang saja. Theoretically, we should enjoy zero interest. Tapi kali ni...saya rasa cukup2 lah hutang tu. It is choking me to see the credit card balance. I just want a debt free life as much as possible.

Life is short...apa nak jawab kat Tuhan nanti weh!

Friday, February 3, 2012

Habis sabar...

Ya Allah jadi kan lah aku seorang yang sabar!

Hari ni rasanya dah habis sabar (macam lah akak ni sabarlah sangat...) Malas rasanya nak marah budak lelaki Cina yang kerja ngan contractor Putra Square tu. Memang tak salah dia pun tapi sebab dia yang deal dengan saya since day one beli rumah kedai kat Malay Town tu...jadi dialah yang kena marah.

Agreement S&P dah sign since September 2011 tapi nak bagi kunci bukan main seksa lagi. Kalau nak citer apasal delay tu mmg panjang sebab ada orang yang tak bertanggungjawab kat PASDEC dengan OSK Investment (biar satu dunia tahu korang x bertanggungjawab...) Hampir setiap minggu sejak tahun lalu saya ulang alik ke contractor office tu. Nak dapat form utk apply api + air pun seksa.

Selepas marah budak tu, saya marah boss dia pulak... last2 baru dapat kunci! Sabor jer lah. Rasa bersalah tu mmg ada sebab saya tahu dorang tu cuma menjalan kan tugas sahaja.

Next week saya rasa nak pergi belanja dorang minum air lah....Maaf kan saya!

"If you make a mistake when dealing with people, admit it, apologize for it, fix it, and move on. People really don’t expect you to be perfect. They do, however, expect you to be honest…and make a great recovery. "
Related Posts with Thumbnails