Monday, February 27, 2012

Berlapang dada lah...

Salam,

Minggu baru ni saya pergi wedding seorang kawan. Memang ramai tetamu yang datang, maklum lah arwah bapa nya seorang yang berpangkat Dato'. Walaupun saya dan keluarga sampai dalam pukul 2 ptg, pada waktu itu makanan dah tinggal kat bawah tray dah. Kelihatannya 2,3 orang ahli keluarga cuba refill hidangan2 tersebut.

Saya pun ambil apa yang patut dan terpaksa mencari dan mencuci gelas sendiri utk minuman. Terdapat pasangan yang dah pencen bersama cucu mereka duduk semeja. Suami nya tak bersungut pun tetapi si isteri tak habis komplen tentang masalah katering tersebut.

Sememangnya majlis tersebut ada kekurangan tetapi saya rasa biarlah berlapang dada kerana bukan mudah utk uruskan kenduri-kendara ni. Cuba urus sendiri, tengok. Saya pasti tuan rumah sudah mencuba sedaya upaya utk memberi yang terbaik. Yang penting kita hadir utk memenuhi undangan dan pulang dengan perut yang kenyang.

Saya teringat salah satu definisi tentang EGO. "Ego is when you feel how you should be treated". Atau cakap Melayu nya, ego adalah bila kita rasa bagaimana kita harus di layan. Jadi berlapang dada lah...

"...Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. "

(Al-Baqarah: 237)

No comments:

Related Posts with Thumbnails