Salam,
Pening kepala saya bila ada sorang kawan yang di syaki berkefahaman Wahabi. Habis kengkawan lain kena perli especially kat dalam FB. Maka ramai lah yang terasa hati. Saya ni sebenarnya mmg tak ambik port pun pasal Wahabi ni tapi bila dah jadi macam ni kena lah ambil tahu juga. Maka korek lah ilmu sana-sini dan sinun
Jadi sebagai kesimpulan sendiri (ini hanya pendapat tau...semua pendapat memang boleh di pertikaikan) Saya pun terima hakikat bahawa kita boleh berbeza pendapat dalam bab2 agama ni tetapi jangan senang sangat nak jatuh hukum. Bak kata Saidina Ali ; "Aku belum tentu betul dan kamu belum tentu salah". Kita ni bukan banyak ilmu sangat pun. Bahasa Arab pun tak tahu, hafal Quran pun jauh sekali, lagi pulak nak berdebat perihal dalil2. Kita ni lebih kepada ikut2an sahaja.
Semua orang nak masuk syurga. Macam suami saya kata, semua orang yang masuk disco2 tu pun kalau di tanya dorang nak masuk syurga juga. Syurga tu kan hak ALLAH. Kalau DIA nak masuk kan semua orang dalam syurga pun boleh, kalau DIA nak masuk semua orang ke dalam neraka pun boleh. Bukan kah dia Tuhan?
Dan saya ni cuma hamba ALLAH yang tidak lain mengharap keampunan, keredhaan dan rahmat NYA sahaja. Dengan bahasa yang lebih kasar, saya mmg confirm masuk neraka (nauzubillah) hanya syahadah saya sahaja lah yg mungkin boleh melepaskan saya dari azab neraka. Semoga ALLAH pandang saya dengan pandangan rahmat dan menjauhi saya dari nerakaNYA...
Firman Allah s.w.t:
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan mensia-siakan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).~ Al-Baqarah 143.
No comments:
Post a Comment