Friday, February 25, 2011

Berterima kasih lah!


Nak share sesuatu disini. Saya rasa saya seseorang yang selalu berterima kasih bila orang lain membantu saya. Tapi saya baru tahu bahawa saya bukan lah seorang yang cukup berterima kasih sehingga lah saya sedar bahawa berterima kasih yang sebenarnya mempunyai kuasa yang lebih besar.

Berapa kali bila kita berterima kasih, kita benar2 bermaksud "terima kasih". Most of the time, kita buat sambil lewa sahaja. Sebab kita rasa dengan ucapan terima kasih itu sudah cukup baik. Lain kali bila kita berterima kasih, sila buat perkara seperti berikut;

1)Ucap kan dengan senyuman dan pandang mata kepada orang yang memberi.
2)Jika perlu, kita boleh menghantar kad/note/email atau apa sahaja yang menunjukkan penghargaan kita.
3)Jangan pandang remeh pertolongan orang tersebut walau pun itu memang tugas mereka. Cth: pelayan restoran atau pemungut sampah.

Jika kita bersungguh2 dengan ucapan terima kasih kita, InsyaALLAH kita akan lebih mudah mendapat bantuan walaupun kita tidak meminta nya.

Consider this story;
Andrew was going for a sales job. He knew he had the least experience and least qualifications to get the job. In face he wasn’t even sure how he’d got the interview. What he did know was he was very thankful to be given the opportunity.
The interview went well, though it was impressed on him again that everyone else was more experienced for the role. As he left the building, he slipped the receptionist an envelope. Inside was a thank you note for the man who had just interviewed him, thanking him for his time and for the opportunity.
That evening, he got the call to say he’d got the job. His new employee was very clear. It wasn’t his qualifications that got him the job. It was the card. If he was able to thank him at this stage, he knew Andrew would be able to build positive relationships with his client which is exactly what he was looking for. Being grateful won him the job.

Tuesday, February 22, 2011

Just remember to breathe..

Someone was complaining about his ex-wife. All I can say is....breathe.

Thursday, February 17, 2011

We make a difference...

Ada seseorang telefon saya dan meminta nasihat. Terus-terang sekali...kan senang begitu. Selalu nya saya jarang beri nasihat jika orang tidak meminta nya. Buat habis gas jer bak kata org Terengganu...ahaks. Tapi saya rasa itu salah...sepatutnya nasihat ni perlu di selit2kan semasa kita berbicara walaupun orang tidak meminta nya.

Tapi yang paling menarik nya, dia kata dia teringat pesan suami saya semasa dia bersekolah dulu. Suami saya kata...selalu2 lah duduk kat library. Nak tidur ke, nak rehat ker, nak buat apa ker ...duduk jer kat library tu. Dia kata dia masih ingat dia "make fun" kepada kata2 suami saya pada masa tu. Masa tu dia terserempak dengan kami di shopping complex. Hahaha....mmg confirm kita orang x ingat dah!

Tapi katanya...mmg dia buat apa yang suami saya pesan semasa dia belajar di UK dulu. Alhamdulillah sampai sekarang dia jadi orang yang suka dengan buku2 dan selalu bawa anak2 nya ke kedai2 buku.

Then it is so true again;
We all make an impact on the lives around us –which means we all have the ability to change the world.
~Nate St. Pierre, Founder of Love Drop

Apa nasihat yang dia minta...x payah lah saya citer pjg kt sini.

Wednesday, February 16, 2011

Happy????

Saya baru sahaja dapat package Potmeirion Botanic Garden yang saya order dari UK. Cantik? Memanglah cantik....secantik harga nya.



Tapi bila dah dapat, saya tidak teruja mana pun. Saya mula merasa kan, apakah saya perlu belikan set Potmeirion tu in the first place? Sebenarnya mmg x perlu pun! Sebab tak ada added value pun pada kebahagiaan saya sekarang. Jadi kensel jer lah niat saya nak beli 1 dinner set Potmeirion baru.


Saya pun dah mula pening kepala nak letak kat maner set yg ada tu yer? Atau saya patut let go barang2 yang lain utk beri ruang pada nya? Or maybe all these material things already lost it touches to my life.......

Then, it is so true that ;
It may take time to discover that not having things makes your life better, not worse ~ Peter Walsh.

Monday, February 14, 2011

Why I was so busy...


Sebab apa saya busy sangat tahun ni...

1) Saya urus kan persekolahan Amirah utk darjah satu dan Ery utk tingkatan satu pada awal tahun. Ery duduk asrama jadi banyak keperluannya. Jaga Amirah tu...macam jaga 10 orang, macam2 ragam nya! Generasi Z lah kata kan...tahu apa yang dia mahu!

2) Kak Nyah dah Tingkatan 5. Result Tingkatan 4...hmmm sakit jiwa betul! Pergi pulak kesekolah dia berjumpa dengan guru2 berkenaan. So, kena pikir nak buat macam mana nak improve result dia! No play play gurl....

3) Rumah saya di masuki air pada 6 Jan. Jadi bukan satu kerja mudah utk membersihkan nya sbb cuma ada suami saya, saya dan Amirah sahaja kat rumah ni. Sampai hari ni pun masih belum habis settle lagi. Especially soal kain baju dan perabut2. Anyway, we are still working on the way out macam mana nak buat kalau hujan extraordinary lebat in the future.

4) Anak lelaki adik saya dapat sekolah Teknik, Kuantan. Jadi saya melayan tetamu utk beberapa hari dan melayan kerenah anak buah yang mengaruk tak nak tinggal di asrama. Standard lah tu bebudak ni...minggu2 "bercerai susu" kata kakak saya! Sekarang ni dia nampak OK duduk kat asrama tu. Walaupun call ibu dia 3x sehari dan saya kena ambil dia every week!

5) Opah saya meninggal dunia on 14th Jan , refer to my previous entry.

6) Suami saya ada kerja di Miri on 24th ~ 27th Jan. Mula2 tu malas nak ikut sbb Amirah bersekolah. Pastu...pikir punya pikir, nanti bila pulak boleh pergi ya? So, pejam kan jer lah mata...tak bodoh nya Amirah kalau ponteng sekolah 4 hari! Pinjam kata2 adik ipar saya...kwang3x.

7)Ery bertukar sekolah dari Jerantut ke Rompin...again look into this entry.

8) There was a family day for VCMSB at Bukit Gambang Resort City last Friday. We enjoyed it very much tapi bila balik...kain baju lagi nak kena settle! Huhuhu... Before balik, kita orang jenguk Ery kat Muadzam Shah.

9) Anak buah pulak nak datang this week sbb dia ada kejer kt Kuantan. Terima tetamu lagi.

I'm still sick with cough n flu, lagi apa mau citer...it is just a middle of February 2011 and I'm all exhausted!

Last but not least...I'm still thankful to ALLAH for all these b'cos I'm alive, full of life and never lack of it! :D

Thursday, February 10, 2011

Alhamdulillah for the sickness

Well...after few days struggling with sore throat, hari ni kalah jugak...no voice. Batuk + selsema + tak sedap badan. Anyway, I'm still counting my life blessings. Masih boleh bangun dan buat kerja seperti biasa walau pun at a very slow rate. Masih boleh hantar ambil anak dari skolah dan masih boleh berFB dan blogging...ahaks. Alhamdullilah b'cos ALLAH gives me more health than sickness.

Kepala ni masih lalok sbb makan ubat batuk lepas hantar Amirah tadi. Alhamdulillah sbb ....banyak sebab lah pendek citer. So, let us share this short story;



Semoga kita menjadi orang yang lebih mensyukuri hidup ini.

Tuesday, February 8, 2011

Dari Jerantut Ke Rompin...


Dah hampir 3.30 pagi...bukan tak boleh tidur, tp terjaga dari tidur! Kena kacau...hahaha :D. Lagi pun tidur awal jugak tadi sbb telan ubat selsema...so sekarang dah rasa segar.

Siang tadi pergi hantar Ery ke MRSM Muadzam Shah, Rompin. Terasa rindu lah pulak kt dia. Dia OK jer. Mungkin sbb dah sebulan bersekolah kt SMKA T.A.H.A.P di Jerantut. Sebenarnya mmg saya tidak menyangka dia akan dapat MRSM tu. Sbb dah berapa kali apply utk kakak2 dia...mmg selalu nya x berjaya. Lagi pun dia tak attend pun interview MRSM. Maner logik nya nak dapat! So saya agak kelam kabut sikit persediaan nya. Mmg nak jadi rezeki dia kut. Saya cuma sedar bila saya "accidentally checked" keputusan MRSM online pada 1hb Feb. Tarikh daftar 7hb! Cuma ada satu hari sahaja yang sempat utk Medical Check up. Pastu cuti CNY and we were headed back to KL sbb dah janji ngan Afifah utk jenguk dia. Ini pun masih belum settle soal berhenti sekolah kat TAHAP tu. Well...a lot of things to be done!

Anyway, lesson learned : Bukannya "accidentally checked" sebenar nya sebab kalau ALLAH nak takdir begitu, begitu lah jadi nya...kita pusing ikut maner pun. Kita ni kan HAMBA!
Related Posts with Thumbnails