Wednesday, September 26, 2012

Risau

Setiap kali Kak Nyah pulang dari Melaka atau kembali semula ke Melaka dengan menaiki bas, saya pasti risau. Risau akan keselamatan dia. Saya selalu akan melihat2 jam dan mengagak-agak di manakah anak saya sekarang. Sekali-sekala saya akan SMS dia. Terutama bila waktu ketibaan sudah hampir. Sama ada pulang ke Kuantan atau kembali semula ke Alor Gajah. Kerana dia pernah tertidur dan terlajak hingga ke Melaka Central.

Baru sekarang saya faham kenapa Kak Ani jiran lama saya selalu sahaja ke Melaka kerana anak bongsu nya pun belajar di UiTM. Rajin betul dia walhal setahu saya dia bukan nya berapa sihat sangat. Then, it is so true that you must be in someone's shoes before judging! Kalau Kak Nyah continue degree di UiTM Melaka juga, boleh pitam emak macam ni...

Allahumma ya hafiz ya muhaimin, Engkau peliharalah anak2 kami!

P/S : At this point, I wonder how my mom felt when I was pursuing my degree in the UK last time?

Wednesday, September 19, 2012

Pelarian

Apa kata kalau kita adalah pelarian? Bukan berbulan2 tetapi puluhan tahun. Hidup seperti tiada hala tujuan. Punya cita2 tetapi segalanya punya halangan. Punya tempat teduh dan makanan seharian bermakna sudah cukup baik. Jika di beri pekerjaan di tanah tumpangan...itu lebih baik.

Tetapi kita bukan pelarian. Kerana kita tidak di takdirkan Tuhan. Adakah kita masih lagi mengeluh kerana tiada rumah besar, kereta besar atau pangkat biasa2 sahaja? Masih menyesal kenapa tidak begitu tetapi begini? Janganlah begitu...kerana semuanya pemberian Tuhan.

Berlapang dada lah di atas setiap ujian. Kerana kita lebih baik nasib nya dari seorang pelarian...


Tuesday, September 18, 2012

Bersyukur dan menghargai

,
Bagaimana cara yang betul utk bersyukur dan menghargai apa yang kita ada? Saya tidak tahu sama ada cara saya betul atau tidak. Tapi itu tidak penting kerana semua orang ada cara masing2.

Yang pasti nya saya baru tahu bahawa bersyukur dan menghargai juga hendak lah ada elemen ikhlas di dalam nya. Bila kita bersyukur dan menghargai apa yang kita ada, kita tidak meletakkan apa2 prasyarat.... no string attached. Kita tidak rasa bimbang jika nikmat atau kemudahan itu di tarik balik.

Cuba pikir semula, adakah kita terikat dengan kebimbangan tersebut? Sebagai contoh; saya pasti kita masih bimbang jika ALLAH tarik semula nikmat mata kita yang boleh melihat ini.

Cukup bersyukurkah kita?

Thursday, September 6, 2012

Kebetulan?

Kita selalu kata kebetulan tapi ada kah ianya benar2 kebetulan?

Hari ni saya pergi service kereta di Toyota Centre. Kebiasaan nya lepas2 raya camni saya selalu bawak kuih raya utk sorang staff yang dah jadi kawan baik saya di situ. Tapi hari ni masih ada balance carrot-pineapple cupcakes semalam. Saya bawa 2 bekas cc tu bersama dengan biskut raya.

Semasa sampai di situ, saya  terus parking di reception area dan tiba2 ada sebuah Hilux datang mencelah parking di sebelah saya. Mak aii...laju nya; sorang awek keluar dan terus masuk Toyota office. Since saya dah tak judging sesiapa pun...saya biarkan sahaja. Not my problem.

Bila saya jumpa kawan saya, awek tadi dah ada duduk kat depan dia. Saya cuma senyum...nak bagi salam takut bukan orang Islam pulak. Pastu saya terus hulurkan bekalan segala bagai tu kat kawan saya.

To make the story short, kawan saya offer 1 bekas cupcakes kat awek tu. Awek Melayu rupanya. Hmm...ingatkan cc tu utk Toyota staff jer, oleh sbb kuih-muih tu pun dah di beri pada kawan saya...ikut pandai dia lah kannn. No string attached any more.

Nak jadi citer, awek tu bila dah makan cc saya...tempah 200 biji terus!





Kebetulan lah sangat....

Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (Al-Baqarah: 126 & 212).

Tuesday, September 4, 2012

Syawal 1433

Salam,

Raya yang sangat kecoh...tapi best! Raya utk budak2 tapi emak bapak budak pun sama naik... Hehehe :P









Emak, saya mohon ampun dan maaf...huhuhu.


Time berbaris masa nak bermaaf-maafan...ikut turn beb!








Malam raya...






Bunga api..

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.
Related Posts with Thumbnails