Thursday, September 6, 2012

Kebetulan?

Kita selalu kata kebetulan tapi ada kah ianya benar2 kebetulan?

Hari ni saya pergi service kereta di Toyota Centre. Kebiasaan nya lepas2 raya camni saya selalu bawak kuih raya utk sorang staff yang dah jadi kawan baik saya di situ. Tapi hari ni masih ada balance carrot-pineapple cupcakes semalam. Saya bawa 2 bekas cc tu bersama dengan biskut raya.

Semasa sampai di situ, saya  terus parking di reception area dan tiba2 ada sebuah Hilux datang mencelah parking di sebelah saya. Mak aii...laju nya; sorang awek keluar dan terus masuk Toyota office. Since saya dah tak judging sesiapa pun...saya biarkan sahaja. Not my problem.

Bila saya jumpa kawan saya, awek tadi dah ada duduk kat depan dia. Saya cuma senyum...nak bagi salam takut bukan orang Islam pulak. Pastu saya terus hulurkan bekalan segala bagai tu kat kawan saya.

To make the story short, kawan saya offer 1 bekas cupcakes kat awek tu. Awek Melayu rupanya. Hmm...ingatkan cc tu utk Toyota staff jer, oleh sbb kuih-muih tu pun dah di beri pada kawan saya...ikut pandai dia lah kannn. No string attached any more.

Nak jadi citer, awek tu bila dah makan cc saya...tempah 200 biji terus!





Kebetulan lah sangat....

Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (Al-Baqarah: 126 & 212).

No comments:

Related Posts with Thumbnails