Wednesday, September 26, 2012

Risau

Setiap kali Kak Nyah pulang dari Melaka atau kembali semula ke Melaka dengan menaiki bas, saya pasti risau. Risau akan keselamatan dia. Saya selalu akan melihat2 jam dan mengagak-agak di manakah anak saya sekarang. Sekali-sekala saya akan SMS dia. Terutama bila waktu ketibaan sudah hampir. Sama ada pulang ke Kuantan atau kembali semula ke Alor Gajah. Kerana dia pernah tertidur dan terlajak hingga ke Melaka Central.

Baru sekarang saya faham kenapa Kak Ani jiran lama saya selalu sahaja ke Melaka kerana anak bongsu nya pun belajar di UiTM. Rajin betul dia walhal setahu saya dia bukan nya berapa sihat sangat. Then, it is so true that you must be in someone's shoes before judging! Kalau Kak Nyah continue degree di UiTM Melaka juga, boleh pitam emak macam ni...

Allahumma ya hafiz ya muhaimin, Engkau peliharalah anak2 kami!

P/S : At this point, I wonder how my mom felt when I was pursuing my degree in the UK last time?

No comments:

Related Posts with Thumbnails