Tuesday, October 23, 2012

Ujian

Salam,

Hidup ini memang tidak lepas dari ujian. Susah memang kita selalu kira sebagai ujian tetapi bila senang kita selalu kira sebagai nikmat. Walhal kedua2 nya adalah ujian semata-mata. Sejauh manakah hati kita boleh bersabar bila di timpa kesusahan dan sejauh mana kah hati kita boleh bersyukur bila berada di dalam kesenangan.

Maka selalu lah bertanya kepada hati kita, sejauh manakah kita dapat menjaganya apabila di datangi kedua2 jenis ujian itu. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”

 
ALLAH sedang menguji saya. Semoga saya dapat selalu menjaga hati saya.  Amin.


No comments:

Related Posts with Thumbnails