Monday, August 30, 2010

Bonus

Yeay yeay...ada bonus!(Macam lah akak punya bonus...hehehe). Alhamdulillah, half a loaf is better than none. Declare 2 bulan pun tak per ....janji ader kan.(FYI, Petronas profit was down by 23% for the year ended 31st March 2010)

Teringat pesan sorang Ustaz; Harta itu letak kan nya di tangan jangan di hati. Kalau di hati akan jadi bakhil kalau di tangan InsyaAllah akan jadi dermawan.

Sunday, August 29, 2010

My Archilles heel.

Salam.

Hmmm...ada cuti 3 hari. Since akak tengah ABC ni (Allah Bagi Cuti daa...)Baik pulun wat kuih Raya. Tapi kan, dalam bab masak-memasak ni ini lah bab akak paling lemah skali, archilles heel kata omputih. Tiap kali wat cookies sure akak rasa cookies akak tak sedap! Tak sesedap cam kuih tunjuk kat kedai tu. Selalunya asal cantik jer x sedap , asal x sedap jer cantik... lemah betul!

Tahun ni memang confirm akak tak beli kuih tunjuk (budget maaa...huhuhu bonus cik Abang x der lah pulak tahun ni! Kalo tidak leh tumpang sekaki...) Hehehe...just kidding. Exceli akak takut kalo beli kang x sedap according to my taste (hmmm...cerewet tul makcik ni). Kalo beli pun kuih2 raya yang akak dah biasa beli jenama tu. Tak lah kuih tu ended up dalam tong sampah. Tak baik membazir tau...kawan syaitan. Meh kita layan kuih2 raya akak tahun ni...


Yang ni nama nya chocolate n almond chips cookies. Resepi...sendiri punyer! Sebab resepi yang standard tu mmg x sesuai dengan akak ngan anak2 punya citarasa. I like the crunchiness. Amaran: Time x puasa jer boleh buat...choc drizzle tu menggoda iman!


Ini my favorite, tart nenas...can't live without it every year. Selalunya main tunjuk, tp tahun ni dah jumpa resepi yang sesuai ngan citarasa dengan sedikit olahan...org cerewet ler katakan!


Yang ini pulak namanya biskut enak hitam putih (biskut MJ)...tp x enak mana pun! Hampeh. Terjumpa resepi yg guna hazelnut, ingat kan OK...x leh pakai! Biskut tawar ader lah... Ery kata next time emak adjust lah ingredients dia. Akak kata, "No next time!" Ended up I put some white chocolate on top. Cik abang kata...OK aper! Ala, nak ambik hati akak ler tu...Rasa2 nya kuih ni yang ended up dalam tong sampah nanti, huhuhu... :(

Tuesday, August 24, 2010

How much is enough?


Salam.

Hari ini sudah 14 hari kita berpuasa. Aku doakan semoga kita berterusan di dalam rahmat dan lindungan ALLAH s.w.t. Amin.

Early this morning I heard in the news that one of the sports celebrities is finally divorced and the wife walk away with more than USD100mil. Wow...that is much! Then I have second thot, is that really really enough for her considering her ex worth more than billions?

I remembered the time when I quit my job 3 years ago in order to be a home maker and doing some small business with my own savings (3 years eh...). I was subjected to the envy of all the ladies in the office. One of the colleagues made a remark that she will feel comfortable if she has RM10K in her account. RM10K is considered enough for her. They wished they were me (it has been almost every lady dreams to quit their jobs and spend their life at home you know...pity us). What they did not know was, I still did not have enough during that time. Still short here and there but I quit my job anyway.

How much I wish I have RM100K the least in my account, then I considered it as enough. But then...what would I do if I hit that amount, OMG that is not enough! What can you do with RM100K nowadays? The answer is...not much. Home renovation could take you RM10~20K or more, your child's university education takes another RM30K~40K, performing Hajj /Umrah or holidays with the family may take you another RM30K, emergency fund at least another RM10K. What is left...then you are poor again! Let alone a down payment for the BMW!!!! Then you have to work for it again and again and ...again.

Then I started to realise, enough doesn't mean that you have a lot of money or have a lot of material things. Enough is what you feel inside your heart. Enough is when you feel blessed with what you have but not with what you don't.

Let's go back to the celebrity's ex-wife, I believe that it may not be enough to her considering her current lifestyle that she is having at the moment, she must be craving for more. Then it must be true that; It's not your salary that makes you rich, it's your spending habits ~Charles A. Jaffe.

May ALLAH gives us enough.

Monday, August 23, 2010

Suami ku di curi gadis sunti...


Huhuhu...sedihnya! Kesian kan....bukan akak lah! Hehehe...sajer nak wat suspense kat tajuk tu. Tadi aku tengok sorang akak kat dalam TV tu. Kesian dia sebab suami nya berkahwin dengan anak dara berumur 20an pastu ceraikan dia. Sedangkan akak tu sanggup bermadu demi anak2nya.

Macam tu lah resam hidup ini. Tak pernah sunyi dari ujian2 dari ALLAH. The best part ada seorang pemanggil wanita yang berumur 20an membuat panggilan dan mengakui dia akan berkahwin dengan suami orang dan meminta supaya para2 isteri melihat apa kekurangan mereka berbanding dengan anak2 dara ni. I like the 47 years old woman answer, "Saya pun muda juga dulu seperti pemanggil tadi, tunggulah bila mereka2 ni berumur 30 tahun apa perasaan mereka ni bila ada anak2 dara sunti cuba menggoda suami mereka pula... Selalu nya memang sebelum dapat anak2 dara ni sanggup semua nya, tapi bila dah kahwin cerita nya dah jadi lain macam pemanggil yang kemudian tadi. Kalau tak nak bela anak orang lain, baik kahwin dengan orang bujang jer".

Hahaha...nak gelak tergolek2 pulak aku. Well...it is very true, they're still young and they do not know what awaits them in the future. Kebetulan pemanggil yang kemudian tu adalah seorang lelaki yang telah berkahwin dengan anak dara berumur 22 tahun. Selepas dia menceraikan isterinya (atas permintaan isteri nya sendiri)semua anak2 berada dibawah jagaan nya...tetapi isteri baru nya tak suka nak menjaga anak2 nya pulak padahal dia dah beli rumah dan kereta atas nama isteri baru nya tu. Dia tak paham orang pompuan ni kata nya. Kan dah kantoi!

Hmmm...teringat taktik seseorang yang aku kenal bila suami nya bercadang nak berkahwin lagi satu, dia suruh suami nya ambik ke empat2 anaknya. Dia nak hidup single supaya dia senang cari yang lain! You know what...the tactic works!

And nowadays the story has becoming common....

An-Nisa [3]:
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Sunday, August 22, 2010

Ilmu dan amal


Salam.

Aku tertarik dengan kisah Abu Zar yang amat pemurah. Petikan akhir dari cerita yang aku jumpa di internet. Meh kita share citer ni sama2...sharing is caring;

Abu Zar memanggil orang dari Bani Sulaim itu. Beliau bertanya: “Adakah kamu sengaja mengingkari arahan saya atau kamu sebenarnya terlupa dengan arahan saya itu?”

“Saya tidak terlupa. Saya sebenarnya merasakan bahawa unta pertama itu sesuai bagi kenderaan tuan. Unta itu sangat jinak. Tuan amat memerlukannya. Manakala unta kedua sesuai dijadikan makanan dan diberikan kepada orang miskin itu,” jawab orang dari Bani Sulaim itu.

Abu Zar berkata lagi: “Saya beritahu kamu bilakah sebenarnya saya memerlukan harta itu? Iaitu semasa saya berada di dalam kubur. Ada tiga perkara yang berhak ke atas harta saya itu.

“Pertama, takdir. Tiada sesiapa yang berhak menghalangnya sama ada baik atau buruk. Harta itu tetap diambilnya.

“Kedua, pewaris harta itu. Mereka hanya menunggu saat kematian saya. Selepas saya mati, mereka bakal memperoleh harta itu.

"Ketiga ialah diri kita sendiri. Sekiranya kita dapat menguruskan harta itu, kita tidak perlu berkongsi dengan dua perkara tadi. Kita perlu menguruskan harta itu dengan sebaik mungkin.”

Bagi Abu Zar, beliau tetap memberikan harta yang paling disayanginya kepada orang yang memerlukannya sebagai bekalan hari selepas kematiannya. Orang dari Bani Sulaim itu memahami penerangan Abu Zar.

Oleh yang demikian kita perlu membelanjakan harta kita ke jalan yang disukai oleh Allah. Barang yang mahu kita berikan kepada orang lain adalah dari barang yang paling kita sayang.

Begitulah antara cerita Abu Zar. Soal nya sekarang semua kita dah tahu pun tentang ilmu sedekah ni, tapi mampukah kita beramal dengan ilmu ni? Marilah menilai semula sedekah2 kita selama hari ni....aduhai, macam mana nak ikut akhlak Rasullulah? Nak ikut akhlak para sahabat pun kita rasa tak mampu!

Ustaz ada berpesan, sedekah yang paling afdal adalah diwaktu kita rasa kedekut dan waktu kita rasa takut miskin....Wallahualam.

Takziah

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Ali Imran : 185)

Innalillahhiwainnaillahirojiun. Aku ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan takziah kepada seorang teman serta seluruh ahli keluarga nya kerana beliau telah kehilangan seorang abang pada 1 Ramadhan dan kehilangan bapa mertuanya pada 11 Ramadhan 1431H. Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas kedua2 ahli keluarga beliau. Al-Fatihah.

"Demi sesungguhnya! Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" [Al-Baqarah 2 : 155]

Semoga beliau dan ahli keluarga nya termasuk didalam golongan orang2 yang sabar. Amin.

Wednesday, August 18, 2010

Puasa : Training in Progress II


Yeay! Alhamdulillah, Amirah dah berjaya complete satu hari puasa semalam! Balik jer sekolah dia terus mintak air, pastu dia kata dia lapar...terpaksa buying time lagi. Dia merengek2, semua jadi tak kena. Dia suruh aku garu lengan nya...aku garu. Bila missed tempat garu, dia marah! Aku ikut dia kehulu kehilir dia marah jugak! Cuma kali ni tak tergolek2 atas lantai. Dia negotiate nak berbuka pukul 1, aku tak kasi.

Bimbang juga dia curi2 minum masa aku tinggalkan dia sebentar masa ambik Ery dari sekolah. Aku pun tak nak pesan dia jgn curi2 minum sebab nanti macam kasi idea pulak utk dia curi2 minum. Surprisingly...bila aku balik dari ambik Ery dari sekolah, dia terus cakap "Emak, Mirah tak minum pun!" dengan nada ceria. Hmmm....akak ni cam musykil jer! Bila check sinki kat dapur memang x der pun cawan ker aper ker kat dalam tu...budak2 selalu nya bukan pandai sorok barang bukti pun...hahaha :) "OK, good," kata ku. Aku cuma kata,"Betul ya Amirah tak minum, emak tak tahu kalau Amirah tipu emak tapi ALLAH tahu!" "Betul!" kata nya. Malas nak tanya banyak kali, nanti dia kata aku tak percaya kat dia pulak.

Cuma agak heran sket...dia main macam biasa jer sampai waktu berbuka. Suruh tidur pun dia tak nak (emak dia yang tidur.....hihihi). Like there are some duracell batteries hidden inside her, somewhere.... Bila aku tanya dia pada waktu Asar tu, "Amirah asyik main2 jer tak henti2 tu...tak lapar ngan dahaga ker?". Dia jawab "Tadi Mirah lapar ngan dahaga, tp sekarang dah tak dah!" Hmmm....tinggi betul ilmu anak aku nih!

Anyway, one stack Sugus for Amirah as promised!

Monday, August 16, 2010

Nikbat...or nikbad?? dan ketupat sotong

Tak sure mana satu betul ejaan nya nikbat ker nikbad...wallahualam. Tak kira lah apa pun ejaan nya, janji benda nya betul! Aper benda tu yer? Kalau orang2 pantai timur ni tak tahu...jadi orang pantai barat jer lah! Hehehe... :)

Ini lah nikbat.

Makanan ni ada masa bulan puasa sahaja kat sini. Akak pun tak tahu kenapa camtu. Nampak macam bahulu rendam dalam air jer kan? Yang ini yang dah akak masak, tapi kalau belum masak memang rupa nya macam kuih bahulu. Rasa asal nya memang tawar, jadi kena masak air gula sampai mendidih dulu pastu kita terjun kan nikbat ni. Memang menjadi favorite satu rumah nikbat ni. Mak oii...mahal lah pulak dah harga nya tahun ni..3 hengget 10 bijik kat Kuantan ni ha cik Joyah oii!



Yang ni satu lagi makanan orang pantai timur, ketupat sotong. Itu sotong... kita sumbat dengan itu pulut... dan kita masak dengan hirisan halia, bawang merah dan sedikit halba. Jgn lupa santan ngan garam lah pulak! I tell you...this is also one of the family favorites. Enak di makan begitu saja...Kalau masak tak leh sikit2 lak tu, kurang-kurang 2 kilo! Mujur puasa2 ni 1 kilo dah cukup. Huhuhu....banyak nya kolestrol!

Aper2 pun selamat berpuasa dan selamat beramal ibadat...jangan kisah nak makan jer! Hehehe... :)

Saturday, August 14, 2010

Puasa : Training in Progress



Alhamdulillah. Dah 4 hari kita berpuasa. Amirah masih lagi mencuba...semua nya sekerat hari! Letih juga nak buying time dia sementara nak tunggu separuh hari tu. First day puasa dah mintak nasi pukul 10 pagi, sampai tergolek2 atas lantai! Tapi bertahan jugak sampai pukul 1 ptg. Dia marah bila aku ketawa tengok dia...sabor jer lah. Second day....balik sekolah terus mintak air. Semalam pulak boleh puasa sampai pukul 2 ptg. Hari ni...kita tengok saper yang kena! Pandai pulak dia negotiate bab timing ni...anak emak, born negotiator...hehehe :)

Surprisingly...senang pulak nak kejut sahur. Nak kejut pergi skolah lagi susah aku ingat. Hahaha...sayang anak emak!

Monday, August 9, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan al Mubarak!



Ahlan wasahlan ya Ramadhan! Semoga aku sempat sampai ke Ramadhan ini...Ya Allah jadikan Ramadhan kami kali ini lebih lebih baik dari sebelum2 nya. Semoga kami semua mendapat keampunan, rahmat dan pelepasan dari azab api neraka. Amin.

Marilah sama2 kita menghidupkan Ramadan kali ini. Teringat pesanan emak setiap kali puasa masa aku kecik2 dulu. Bangun sahur....pelihara lah ibadat. Dari Abu Said al-Khudri radhiallahu 'anhu, dia berkata bahawa Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam bersabda (yang ertinya): “Sahur itu makanan yang barokah, janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya meneguk seteguk air, kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yg sahur.”

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Sunday, August 8, 2010

Donut Decorating Class




Yeay yeay dah boleh decorate donut dah! Lepas ni sure kemaruk wat donut pulak. Jangan badan pun naik cam donut sudahlah....hehehe :). Nak belajar buat aper pulak lepas ni ya? Belajar jangan tak belajar, sampai lah kita ......

Wednesday, August 4, 2010

Sabar dan redho...



I do not expect this. Someone who was gone missing from my life and then I encountered again almost a year ago is actually a "test" that ALLAH has given to me. Who am I to complaint?

Dengan iman aku yang lebih nipis dari kulit bawang ni menuntut aku untuk bersabar juga. Kalau boleh redho lagi baik. Ntah lagi setahun, dua tahun, 10 tahun....atau sampai ALLAH menjemput aku. Wallahualam.

To look on a positive side, ALLAH gives me reason to remember Him more. To be solely depended on ALLAH. To submit myself to ALLAH. It is not that bad actually. Sesungguhnya iman itu terdiri atas dua bahagian: sebahagian sabar dan sebahagian lagi syukur. Kata orang sabar itu adalah yang paling mulia, tapi redho itu paling tinggi. Ustaz aku kata sabar itu tiada batas nya. Maka bersabarlah selagi mampu kerana ALLAH pasti membalas nya.

“Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu, akan disempurnakan pahalanya dengan tiada terhitung”. (QS Az-Zumar : 10).

Berkata Umar Abdul Aziz ‘Allah tidak memberi kenikmatan kepada seseorang hambaNya dengan suatu kenikmatan kemudian Dia mengambil kenikmatan itu daripadanya. Lalu digantikanNya dengan kesabaran, melainkan apa yang dijadikan ganti itu lebih baik daripada apa yang diambilnya.’

Doakan untuk aku. Semoga aku termasuk dari golongan orang2 yang sabar dan redho. InsyaALLAH. Amin.

Who said I'm that lucky?

Monday, August 2, 2010

Sifat Qana'ah


Sifat Qana'ah ialah MERASA CUKUP dengan apa yang ada sebagaimana yang di kurniakan oleh Allah.

Jiwa berasa lapang dengan rezeki yang diberikan Allah SWT kepadanya dan hilang rasa tamak terhadap yang tidak tercapai. - Muhammad bin Tirmizi

Berasa cukup dengan apa yang sudah dimilikinya yang telah memenuhi kepentingannya, sama ada berupa makanan, pakaian atau sebagainya. – Abu Zakaria Ansari

Puas dengan apa yang dimiliki tetapi tetap berusaha gigih, serta mempunyai sifat luhur dan 'afaf; iaitu enggan meminta-minta, berlaku sederhana dalam kehidupan dan berbelanja serta mencela (mengelak) meminta-minta tanpa keadaan darurat (keperluan mendesak) - Imam an-Nawawi.

Dari Abu Muhammad iaitu Fadhalah bin Ubaid al-Anshari r.a. bahawasanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Untung besarlah kehidupan seseorang yang telah dikurnia petunjuk untuk memasuki Agama Islam, sedang hidupnya itu adalah dalam keadaan cukup dan pula ia bersifat qana'ah." (HR Tirmidzi)

Abu Bakar al-Maraghi pernah berkata, “Orang yang bijaksana itu mengurus urusan dunianya dengan qana'ah, urusan akhiratnya dengan bersegera, ilmu dan bersungguh-sungguh.”

Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh berjaya orang yang beragama Islam dan rezekinya cukup dan berasa cukup dengan segala yang diberikan oleh Allah kepadanya”. (HR Muslim)

Majoriti ahli tafsir mengatakan bahawa kehidupan yang baik di dunia ialah dengan qana'ah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidaklah kekayaan itu dengan banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga kita menjadi hamba ALLAH yang sentiasa merasa kecukupan di dalam hidup. Amin.

Sunday, August 1, 2010

Kenapa kau datang lagi...


Guru ku berkata....
Jangan kau tumpahkan airmata mu dengan sia-sia
Kecuali kerana Dia

Tetapi hari ini
Ampun kan aku Tuhan
Kerana airmata ku tumpah lagi
hanya kerana dia.

Kenapa kau datang lagi?
Sedangkan telah aku berikan alasan kepada mu
Beribu...

Kenapa kau datang lagi?
Berulang-ulang
Menerjah dan mengetuk
Di setiap inci pintu hati.

Kenapa kau datang lagi?
Kerana aku telah pun kehabisan alasan
Untuk aku beri kan kepada mu

Tetapi entah kenapa
Setiap kali engkau datang di pintu ini
Pasti akan aku buka untuk mu
RINDU.....

Nukilan:
Ainur68
Kuantan, Pahang.

Related Posts with Thumbnails