Monday, August 23, 2010

Suami ku di curi gadis sunti...


Huhuhu...sedihnya! Kesian kan....bukan akak lah! Hehehe...sajer nak wat suspense kat tajuk tu. Tadi aku tengok sorang akak kat dalam TV tu. Kesian dia sebab suami nya berkahwin dengan anak dara berumur 20an pastu ceraikan dia. Sedangkan akak tu sanggup bermadu demi anak2nya.

Macam tu lah resam hidup ini. Tak pernah sunyi dari ujian2 dari ALLAH. The best part ada seorang pemanggil wanita yang berumur 20an membuat panggilan dan mengakui dia akan berkahwin dengan suami orang dan meminta supaya para2 isteri melihat apa kekurangan mereka berbanding dengan anak2 dara ni. I like the 47 years old woman answer, "Saya pun muda juga dulu seperti pemanggil tadi, tunggulah bila mereka2 ni berumur 30 tahun apa perasaan mereka ni bila ada anak2 dara sunti cuba menggoda suami mereka pula... Selalu nya memang sebelum dapat anak2 dara ni sanggup semua nya, tapi bila dah kahwin cerita nya dah jadi lain macam pemanggil yang kemudian tadi. Kalau tak nak bela anak orang lain, baik kahwin dengan orang bujang jer".

Hahaha...nak gelak tergolek2 pulak aku. Well...it is very true, they're still young and they do not know what awaits them in the future. Kebetulan pemanggil yang kemudian tu adalah seorang lelaki yang telah berkahwin dengan anak dara berumur 22 tahun. Selepas dia menceraikan isterinya (atas permintaan isteri nya sendiri)semua anak2 berada dibawah jagaan nya...tetapi isteri baru nya tak suka nak menjaga anak2 nya pulak padahal dia dah beli rumah dan kereta atas nama isteri baru nya tu. Dia tak paham orang pompuan ni kata nya. Kan dah kantoi!

Hmmm...teringat taktik seseorang yang aku kenal bila suami nya bercadang nak berkahwin lagi satu, dia suruh suami nya ambik ke empat2 anaknya. Dia nak hidup single supaya dia senang cari yang lain! You know what...the tactic works!

And nowadays the story has becoming common....

An-Nisa [3]:
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

2 comments:

Didie said...

Mak aihh komen anak dara 20an tuh.. macam bagus sgt!! Dia pun satu hari nanti akan jadi tua jugak. Sempit betul pemikiran anak dara2 gen y nih.. hmmphh..

Ainur68 said...

Kak Nik pun pikir camtu...cam dia tu bagus sangat! Not until the reality checks baru padan muka dia, hahaha :D. Kalau tengok akak yg 47 tahun tu dia memang cool jer orang nya.

Related Posts with Thumbnails