It is my intention in life to be happy but it is my greater intention to be happier when I see my Creator! He who gives me life, takes it away and everything else in between.
Sunday, August 22, 2010
Ilmu dan amal
Salam.
Aku tertarik dengan kisah Abu Zar yang amat pemurah. Petikan akhir dari cerita yang aku jumpa di internet. Meh kita share citer ni sama2...sharing is caring;
Abu Zar memanggil orang dari Bani Sulaim itu. Beliau bertanya: “Adakah kamu sengaja mengingkari arahan saya atau kamu sebenarnya terlupa dengan arahan saya itu?”
“Saya tidak terlupa. Saya sebenarnya merasakan bahawa unta pertama itu sesuai bagi kenderaan tuan. Unta itu sangat jinak. Tuan amat memerlukannya. Manakala unta kedua sesuai dijadikan makanan dan diberikan kepada orang miskin itu,” jawab orang dari Bani Sulaim itu.
Abu Zar berkata lagi: “Saya beritahu kamu bilakah sebenarnya saya memerlukan harta itu? Iaitu semasa saya berada di dalam kubur. Ada tiga perkara yang berhak ke atas harta saya itu.
“Pertama, takdir. Tiada sesiapa yang berhak menghalangnya sama ada baik atau buruk. Harta itu tetap diambilnya.
“Kedua, pewaris harta itu. Mereka hanya menunggu saat kematian saya. Selepas saya mati, mereka bakal memperoleh harta itu.
"Ketiga ialah diri kita sendiri. Sekiranya kita dapat menguruskan harta itu, kita tidak perlu berkongsi dengan dua perkara tadi. Kita perlu menguruskan harta itu dengan sebaik mungkin.”
Bagi Abu Zar, beliau tetap memberikan harta yang paling disayanginya kepada orang yang memerlukannya sebagai bekalan hari selepas kematiannya. Orang dari Bani Sulaim itu memahami penerangan Abu Zar.
Oleh yang demikian kita perlu membelanjakan harta kita ke jalan yang disukai oleh Allah. Barang yang mahu kita berikan kepada orang lain adalah dari barang yang paling kita sayang.
Begitulah antara cerita Abu Zar. Soal nya sekarang semua kita dah tahu pun tentang ilmu sedekah ni, tapi mampukah kita beramal dengan ilmu ni? Marilah menilai semula sedekah2 kita selama hari ni....aduhai, macam mana nak ikut akhlak Rasullulah? Nak ikut akhlak para sahabat pun kita rasa tak mampu!
Ustaz ada berpesan, sedekah yang paling afdal adalah diwaktu kita rasa kedekut dan waktu kita rasa takut miskin....Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment