Sunday, August 22, 2010

Takziah

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Ali Imran : 185)

Innalillahhiwainnaillahirojiun. Aku ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan takziah kepada seorang teman serta seluruh ahli keluarga nya kerana beliau telah kehilangan seorang abang pada 1 Ramadhan dan kehilangan bapa mertuanya pada 11 Ramadhan 1431H. Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas kedua2 ahli keluarga beliau. Al-Fatihah.

"Demi sesungguhnya! Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" [Al-Baqarah 2 : 155]

Semoga beliau dan ahli keluarga nya termasuk didalam golongan orang2 yang sabar. Amin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails