Monday, August 9, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan al Mubarak!



Ahlan wasahlan ya Ramadhan! Semoga aku sempat sampai ke Ramadhan ini...Ya Allah jadikan Ramadhan kami kali ini lebih lebih baik dari sebelum2 nya. Semoga kami semua mendapat keampunan, rahmat dan pelepasan dari azab api neraka. Amin.

Marilah sama2 kita menghidupkan Ramadan kali ini. Teringat pesanan emak setiap kali puasa masa aku kecik2 dulu. Bangun sahur....pelihara lah ibadat. Dari Abu Said al-Khudri radhiallahu 'anhu, dia berkata bahawa Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam bersabda (yang ertinya): “Sahur itu makanan yang barokah, janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya meneguk seteguk air, kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yg sahur.”

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

No comments:

Related Posts with Thumbnails