Sunday, August 1, 2010

Kenapa kau datang lagi...


Guru ku berkata....
Jangan kau tumpahkan airmata mu dengan sia-sia
Kecuali kerana Dia

Tetapi hari ini
Ampun kan aku Tuhan
Kerana airmata ku tumpah lagi
hanya kerana dia.

Kenapa kau datang lagi?
Sedangkan telah aku berikan alasan kepada mu
Beribu...

Kenapa kau datang lagi?
Berulang-ulang
Menerjah dan mengetuk
Di setiap inci pintu hati.

Kenapa kau datang lagi?
Kerana aku telah pun kehabisan alasan
Untuk aku beri kan kepada mu

Tetapi entah kenapa
Setiap kali engkau datang di pintu ini
Pasti akan aku buka untuk mu
RINDU.....

Nukilan:
Ainur68
Kuantan, Pahang.

No comments:

Related Posts with Thumbnails