Tuesday, December 29, 2009

Pokok Liar

Pokok2 ulam raja...
Yang tumbuh segar di belakang rumah ku....
Terdapat satu pokok liar yang tumbuh di celah-celah nya...
Dan bunganya amat menarik hati ku...

Kenapa tiba2 aku rasa pokok liar itu seperti satu metafora buat aku. Seperti satu memori yang tidak aku perlukan tetapi ia tetap muncul dan terlalu indah untuk aku buang......dan aku sendiri tidak ada jawapan nya.

Friday, December 25, 2009

Kenangan Terindah

Salam,

Down to memory lane.... Today is our 18th Wedding Anniversary. Mari layan kenangan terindah ini...
Aku terima nikahnya...
Ini maskahwin nya..

“Dan antara tanda kebesaran Allah itu Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup supaya kamu mendapatkan ketenangan atau kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan antara kamu berdua mawaddah dan rahmah.” (Surah al-Rum, ayat 21)

First encounter:
“You all boleh pergi tengok bilik” kata brader Saharudin. “Nanti kita orang suruh “senior” you all satu hari tu tolong hantar beg ke bilik” tambahnya. Dia merujuk pada student MARA yang satu hari lebih awal sampai di University berbanding student JPA. Tak lama lepas tu aku pun menunggu kat floor hostel. Terpancul lah sorang student lelaki “senior” satu hari tu kat lif.“Mak oi…berat nya beg ni. Bawak lesung batu ker aper…” katanya. Aku tersenyum jer. Muka "senior" tu macam cina sket, berambut pendek , berjacket coklat dan berkasut Fung Keong. Mmmm...tak handsome langsung!

Second encounter:
Di sebuah bookstore (dah tak ingatlah namanya) aku berjalan melihat2 buku. Terperasan macam ada orang yang memandang. “Rasa macam kenal jer. Oh ya… mamat yang angkat beg aku hari tu” kata ku didalam hati. Dia tersenyum kat aku, aku membalas senyumannya dengan kelat. Nampak macam nak menegur aku jer tapi tak kuasa aku nak melayan. Aku buat derk dan aku pun blah.

Third encounter:
Semester break 1990. Bosan giler duduk kat bilik sorang2. “Nik, jom teman I pergi hantar Syed kat Bradford Interchange.” Zura mengajak aku. “OK, boleh jugak. Syed nak ke mana?” tanya ku. “Nak pergi Heathrow Airport, flight dia malam ni.” Jawabnya. “Syed nak balik Malaysia sebab kakaknya nak berkahwin” tambah Zura. Kita orang pun naik bas dari University hostel. On the way, “Eh..tu macam Amri, dia berjalan kaki jer sorang2.” tegur Syed semasa kami di dalam bas. “Saper Amri tu?” aku tanya Zura. “Kawan Syed, budak Electronic Engineering.” Jawab Zura. Kami sampai dulu kat terminal bas, Amri masih belum tiba. Bila Amri sampai, “Laa…...mamat ni rupanya, padanlah aku tak cam, panjang betul rambutnya.”

The proposal:
“Kerana apa Amri nak kan Cik Yang tu? Kerana rupa nya ker, kerana budi bahasa nya ker atau kerana aper?” soal emak aku kepada nya. Dan jawapannya…“Kerana Allah”. The rest is history…..

Abang, thank you for being the best husband to me and may Allah bless our marriage till the end. Happy 18th Anniversary.

Thursday, December 24, 2009

PMR 2009


Alhamdulillah....6A pun dah cukup bagus buat emak. Tahniah! Love you to infinity and beyond...hehehe! Semoga Allah memberkati setiap usaha Kak Nyah dan memberi yang terbaik untuk Kak Nyah. Amin.

Friday, December 18, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431H.


Salam,

Selamat menyambut tahun baru. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Untuk mengubah sikap
kita perlu mengubah perasaan.
Sebelum mengubah perasaan
kita perlu mengubah kepercayaan.
Sebelum mengubah kepercayaan
kita perlu mengubah pemikiran.
Sebelum mengubah pemikiran
kita perlu mengubah imaginasi.
Sebelum mengubah imaginasi
kita perlu mengubah janji diri.
Sebelum mengubah janji diri
kita perlu mengenali potensi diri.
Wallahualam.

Monday, December 14, 2009

Mengawal Orang Lain


Nak citer sket boleh? Hahaha...ini blog akulah, boleh buat aper yang aku suka...kan kan kan. Hari tu ada terbaca kat satu blog tu pasal seorang isteri yang mengawal suami nya sebab suami nya ada gelfren. Jadi setiap hari kena balik rumah pukul 5:30 ptg. Kalau lambat kena interrogate lah. Bukan aper...takut suami nya curi2 bernikah dgn awek nya.

Citer ni tak ader kena mengena ngan citer kawan akak aritu. Citer lain. Cuma aku musykil sket, setara mana kita orang pompuan ni boleh mengawal suami kita? Seronok ker hidup camtu? Macam yang aku cakap kat Har dalam cbox tu....kalau lelaki dah jatuh cinta, nothing much we can do. Dia akan cari jalan juga untuk bertemu atau pun kawen ngan gelfren dia. Macam anak sungai yang kita tahan aliran airnya, pasti air itu akan terus mencari jalan untuk sampai ke laut!

Cuma kalau kita nampak lain macam jer hubby kita pada awal2 nya...mungkin boleh kita cuba hentikan....aku kata MUNGKIN saja yer. No foolproof method. Mengikut pengalaman orang lain, kalau suami tu extra romantik atau extra baik dari selalu...be prepared! Anyway, semua tu di dalam genggaman ALLAH Taala. Do not feel bad about yourself. There is nothing wrong with you. Mcm hubby aku kata...lauk ni sedap,lauk tu pun sedap juga kwang kwang kwang...So, we decide what is best for ourselves and the children, stay in the marriage or flee! Paling baik ...bungkus dan serah kan semula kepada ALLAH. Hehehe...it is a lot more easier to be philosophical about others, cuba kena batang hidung sendiri...

So, I always wish the best for my marriage. I can't control others but I can control myself...itu pun kadang-kadang out of control...hua hua hua!

If you love someone...let them go, if they come back to you...they are yours!

Friday, December 11, 2009

Signals


While I was working this morning, I got a phone call from my friend. She was mad...really really mad!

"Nik, I tengah marah ni. Betul2 marah. I just want you to listen" kata nya. "Ok, just shoot" I said. Bukan marah kat I lar....kat husband dia. They are on the brink of divorce. I am not judging anybody here. I just listen. Kawan I upset sebab dia terjumpa satu surat dari the gurl that her husband is now madly in love. She ransacked the husband's bag while he was out. Kelakar manusia ni...sengaja jer nak cari jalan kasi sakit hati sendiri. Kalau tak tahu lagi baik kan...hehehe. Anyway, curiousity kills the cat!

She found a letter (may be a note) which the gurl wrote for herself expressing her feelings towards my friend's husband the first time she laid her eyes on him. It was dated October 17th, 2009. To cut short, the husband intended to marry the 26 years ol gurl and divorce her. My friend was really upset bcos her husband was very much defended the gurl saying that she is a good girl. The saddest part, he said he didn't love her any more. Are you kidding me...they have been married for 17 years! Well....wat da ya expect when you are in love?????

The signal was sent by the girl and it was responded by the husband. Full stop. So, watch out you married guys out there! Watch out for the signals caused you are next...wakaka. What do I learn today? Life is full of uncertainties. You may be on top of the world today but not tomorrow and may be you are on top again later ...who knows? It can happen to me or anybody else....bad random as I called it. Kita hanya manusia yang hanya mampu merancang, tetapi perancangan ALLAH itu lah yang akan terlaksana.

Well, nobody is perfect. The only person who is perfect is....STRANGER! May ALLAH gives her strength. I'm always here to lend my ears my dear friend.....

Sunday, December 6, 2009

Your Attitude

Salam,

Terjumpa lah pulak kat dalam you tube...a good one to share. Untuk sesiapa yang tak boleh bezakan positive n negative attitude. Enjoy watching n learn something!

Tuesday, December 1, 2009

Welcome The Rain

Salam,

This week aku tak ader kat rumah. Holidays.....kat KL jer. Anyway, still have something to share. Life is what you choose to make of it. Enjoy!

Sunday, November 29, 2009

Pengorbanan


Selamat Hari Raya Idul Adha...tak lambat lagi kut. Masih boleh bertakbir dan bertahmid arini lagi kan. Aku ni memang sibuk betul akhir-akhir ini. Ingatkan dah tak beraya dengan emak kat KL tu, tapi perancangan Allah lebih teliti dari makhluk Nya. Last minute hubby ada meeting pada Rabu & Khamis kat KL. Tak kuasa lah aku nak meredah jammed kat Karak Highway tu malam2 raya semata2 nak balik ke Kuantan. Hubby aku kata "Suka lah dia!". Memang confirm lah aku suka!

Raya Haji tahun ni memang meriah sebab adik-beradik semua nya berpakat buat korban 2 ekor lembu kat rumah emak. Petang sebelum raya dah berkumpul untuk mengemas rumah dan sediakan makan malam. Semua kerah tenaga dari kecik sampai ke besar. Malam Raya as usual we all buat tahlil dan bertakbir lead by Abang Nikmat (my eldest brother). Pagi2 Raya...aku buat air teh tarik special punyer! Nasi lemak by Kak Asiah, nasi impit dan kuah kacang berdaging by Kak Yong, rendang pedas ayam by Yang Cik, bihun goreng by Akish, lemang jagung by my brother Amir. Nampak ada ketupat tapi tak tahu saper yang bawak. Ada lagi tapi dah lost count, tak tahu saper bawak aper. Huish...bertuah badan bila ramai adik-beradik macam aku ni. Aper yang penting...kerjasama!

Part paling syahdu...bila pagi2 Raya anak aku SMS, "Salam emak, kakak dah selesai bertakbir,nak pergi dewan makan. Selamat Hari Raya Haji. Salam utk semua". Uhuk...uhuk..kesian anak emak, raya kat asrama ngan kawan-kawan. For the first time aku beraya tanpa sorang anak. Bila aku sampaikan salam Afifah pada emak aku, dia kata, "Itulah pengorbanan yang harus dilalui oleh seorang ibu. Itu anak ada kat dalam negeri tu, bukan kat luar negeri!" Alamak...emak bahasa kat aku lah tu! "Tapi pengorbanan itu hasil nya adalah untuk satu kesenangan di masa depan, seperti apa yang emak ada hari ini" tambah nya. OKlah emak...say no more, tangkap leleh pulak aku kang! Terima kasih banyak-banyak di atas segala pengorbanan emak selama ini dan semestinya pengorbanan itu tak mungkin dapat aku balas seumur hidup ini....I love you very much emak! Alamak...dah tangkap leleh daaaa...

Monday, November 23, 2009

No string attached! (Tiada tali terikat....mmm betul ker???)


Aku tidur semalaman kat rumah Abang aku kat Subang Jaya masa pergi KL aritu. Kami bercadang untuk pergi Low Yat Plaza untuk mengambil semula PSP Kak Nyah yang di hantar "repair" sebelum tu. Kakak ipar aku bertanya pasal berapa harga PSP 2nd hand. Aku tak pasti tetapi yang baru punya harganya RM700. "Eh, ingatkan RM1K" katanya. "Itu harga dulu lah kakak, sekarang dah murah dah" jawab ku. "Ingatkan nak beli kan untuk Muslim" katanya. Kebetulan Muhd. Muslim lalu kat situ. "Alim, Mak Yang kata yang baru punya RM700 jer, yang 2nd hand mesti murah lagi" katanya kepada anak bongsu nya tu. "Mak Yang tengok kat mana?" tanya Muslim."Alah...Cik Amri baru beli utk Syirah kat Low Yat" jawab ku.

"Emak bukan tak nak beli, tapi kena janji dengar cakap emak...baru emak boleh belikan!" bebel kakak ipar aku pada Muhd Muslim. "Hahaha..." aku terus ketawa. "Kakak, if you want to give to him, give it sincerely. No string attached!" kata aku. "Children are always children, mula2 beli dengarlah cakap kita, pastu jangan haraplah" tambah ku."Hehehe...kakak ni bela anak cara orang lama!" ketawa nya.

Mmmmm....sounds familiar???

Saturday, November 21, 2009

Eight Gifts that Don't Cost a Cent!



Let us share something today...life is about sharing, isn't it?

This simple checklist can help measure how you are nurturing your relationships.

The Gift of Listening
But you must really listen. Don't interrupt, don't daydream, and don't plan your response. Just listen.

The Gift of Affection
Be generous with appropriate hugs, kisses, pats on the back and handholds. Let these small actions demonstrate the love you have for family and friends.

The Gift of Laughter
Clip cartoons. Share articles and funny stories. Your gift will say, "I love to laugh with you."

The Gift of Solitude
There are times when we want nothing better than to be left alone.
Be sensitive to those times and give the gift of solitude to others.

The Gift of a Favour
Every day, go out of your way to do something kind. Good deeds are cool.

The Gift of a Written Note
It can be a simple "Thanks for your help" note, or a longer expression of your appreciation for that person being in your life. A brief handwritten note may be remembered for a lifetime.

The Gift of a Compliment
A simple and sincere, "You look great in red," "You did a super job," or "That was a wonderful meal" can make someone's day.

The Gift of a Cheerful Disposition
The easiest way to feel good is to extend a kind word to someone.

These are eight important ways we can contribute toward whole and healthy relationships. They cost nothing, yet they may well be the most valuable gifts we can ever offer another person.

Thursday, November 19, 2009

My new book collection

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-Alaq 1~5)



Best nyer...hubby beli kan aku satu buku baru kat Kinokuniya bookstore. My favourite's author Andrew Matthews. Signed copy lagi! My dear hubby, you always know what I like, many thanks and love you so much...muahhh! The best part....dia tak pernah pun baca buku-buku aku tu. "I don't need to read the book because I'm already happy!" katanya. Hahaha....=)

Monday, November 16, 2009

Hujan lagi!



I hope for a sunshine, but it is rain. Rain also okay! Welcome to the real life....

Dah berbulan dryer aku rosak so semalam hubby aku tanya, "Bila awak nak panggil orang repair dryer tu?". "Ntahlah abang, busylah skarang ni" jawab ku. "Harus kita beli BMW baru dulu baru boleh panggil orang repair dryer tu!" tambahnya.

Hahaha...berangan BMW baru! Tak per, berangan tak kena bayor. Mintak lah dengan Allah, nak mintak ngan saper lagi, ye dak?

Wednesday, November 11, 2009

Facebook


"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan mu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, dan daripadanya Allah ` menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. " (An Nisa': 1)

Salam,

Macam tak percaya jer....aku baru saja join facebook. Dah ramai dah "friends" dalam list aku. Saban hari ader jer orang yang nak add as friend, yang tak kenal pun ader! Tapi tak leh lar add semua, yang kenal2 ajer. Penuh facebook aku, tak jadi kerja lah pulak kang! Alhamdulillah, semalam aku tersangatlah gembira kerana aku jumpa balik seorang member lama masa A-Level dulu. Hehehe...we are talking about year 1987! Rupanya dia dah lama cari aku, tersangat rindu katanya. Ofkoshlah...pompuan! (soalan pertama hubby aku...lelaki ker pompuan, hehehe...cemburulah tuh)

Dia berada di Oslo, Norway sekarang mengikut hubby nya bekerja kat sana utk 3 tahun. Dapat chat sekejap on line, dia tanya kalau aku free waktu petang nanti. Pukul 4 petang dia pun call aku dari Oslo. Ya Allah, terharu nya akak ni...ada orang yang rindu sampai camtu sekali kat akak! We spent for 1++ hour chatting and she is just like last time...talkative & cheerful. She said she didn't even bother about the bill now as she already found me for all these years. Maklumlah 20++ tahun punya cerita yang di simpan lama. Harap2 kami boleh berjumpa bila sampai masanya nanti, InsyaAllah. Thanks Intan for calling and I missed you so much too!

Wahai Tuhan, semoga Engkau terus memberkati persahabatan ini. Amin.

Tuesday, November 10, 2009

Boleh ker orang lelaki kahwin 4?


Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (An-Nisa :3)

Blogger lelaki sure tersengih-senggih bila membaca tajuk entri kali ni. No problem, berangan lah…tak kena bayor pun!

“Boleh ke orang lelaki kahwin 4?” Tanya anak lelaki kawan hubby pada ayahnya semasa berkunjung makan tengahari di rumahku beberapa minggu lalu. “Boleh!” jawab ayah nya. “Tak salah ke?” tanya anaknya semula.

Menarik pulak perbualan dia orang ni. Budak 10 tahun pun pandai cari topik. “Apa cerita nya ni, menarik betul!” aku mencelah. Isteri kawan hubby tersenyum jer.

Aku terkenang perbualan aku dengan hubby baru2 ni pasal bab ini. Dailog nya begini; “Kalau abang kena transfer ke MLNG Bintulu awak nak ikut tak?” hubbyku bertanya. “Saya ikutlah…buat aper saya tinggal kat sini, kenapa?” aku jawab dengan persoalan. “ Tak der aper, Zamri kata ada post SM kosong kat sana.” Jawabnya. “Tapi kalau awak tak nak ikut pun tak per lah, boleh Abang cari sorang lagi kat sana” tambahnya mengusik. “Ala abang…alang2 kalau abang nak cari , jangan cari sorang…cari 3 sekali!” jawab ku. “Kalau ada 2 orang, nanti jadi gaduh…biar 4 orang sekali. Tak kuasa saya nak bergaduh…biar 3 orang tu jer yang bergaduh” sambung ku. “Hehehehe…OK tak bang?” tanya ku “Kalau camtu awak jer lah yang cari 3 orang tu” kata nya. Ek eleh…tadi dia yang nak cari sangat! Tak kuasa aku…….

Teringat kat kawan aku Hj. Ramli… “Nik, kalau you baca surah An-Nisa tu, Dia tak suruh kahwin satu dulu…Dia suruh kahwin 2, 3 atau 4 terus, kemudian baru 1” kata nya. “Habis tu…kenapa Haji kahwin satu jer?” jawab ku. “Hehehe…..” tersengih2 Hj Ramli….

Saturday, November 7, 2009

Cupcakes Decorating Class


Hasil kerja cupcakes tempohari.


My first attempt, belasah jer buat bunga rose tu...


On da plate...yummy,yummy

Salam,

First of all, thanks to Farah for the "ilmu" yang di turunkan. Nice knowing you and the rest of the students. Hehehe...lepas ni sure aku kemaruk wat cupcakes. Tapi sorry arr...tak ambik tempahan. Jual spare part lagi senang dari wat cupcakes. Buat suka-suka jer. Life is good.........

Thursday, November 5, 2009

Hebatnya CINTA....

Rasulullah SAW dalam hal ini bersabda “Allah SWT mempunyai seratus rahmat dan menurunkan satu rahmat kepada jin, manusia, binatang dan haiwan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbelas-kasih dan berkasih sayang dan dengan pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan menangguhkan 99 bahagian rahmat itu sebagai kasih sayang-Nya pada hari kiamat nanti.”

Apa hal nya dah tua2 camni nak berbicara hal tentang cinta lak kali ni. Eh...jangan underestimate cinta ni tau! Cinta ni tak kenal tua atau muda. Memang itulah fitrahnya manusia yang telah Allah jadi kan. Kerana cintalah manusia berkembang-biak di bumi Allah ini.

Aku kesian kepada seorang teman yang baru sahaja putus cinta. Walaupun cintanya agak singkat tapi kesannya tetap ada. Maka saban hari aku melayan chatting di Facebook dengannya bagi mengurangkan beban hati yang di tanggung nya. Orang pompuan camtu lah! Cinta itu benci tapi rindu, cinta itu bila kita berdebar bila bersamanya. Cinta itu bila kita hanya memikirkan tentangnya. Cinta itu bila kita rasa ingin terbang kepadanya. Itulah di antara tanda-tanda wujudnya cinta. Cuba lihat pula "quote" di bawah;


Betapa kuatnya perasaan kita bila kita berada di alam percintaan. Jika tidak masa kan ada perumpamaan mandi tak basah, makan tak kenyang dan tidur tak lena. Walaupun terseksa begitu...itulah yang menyebabkan CINTA itu INDAH!

Itu baru cinta sesama manusia. Agak2nya bagaimana cinta Rasulullah s.a.w pada umatnya? Jika tidak masa kan Rasullulah s.a.w menyebut umatku, umatku, umatku sebelum wafatnya baginda. Dan bayangkan betapa HEBAT nya CINTA Allah pada hamba Nya!Itu pun baru SATU rahmat yang di turunkan di bumi ini. Subhanallah. Dan aku pun terkedu....hebat nya C.I.N.T.A!

Tuesday, November 3, 2009

Harta & anak-anak


Salam,

“Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan bagimu,disisi Allah pahala yang besar.” ( Taghabun : 15 ),

“ Wahai orang-orang yang beriman janganlah harta-harta kamu dan anak pinak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah,barangsiapa yang berbuat demikian merekalah orang-orang yang rugi.” ( Munafiqun : 9 )

Rasa nya kerapkali terdengar ayat2 diatas. Hari tu aku terdengar lagi di corong radio. Terkesima sekejap. Alamak, akhir2 ini aku begitu terlalai dengan hal2 peribadi, perniagaan, anak2 dan rumahtangga. Betapa aku ni hamba Allah yang begitu lemah yang perlu di ingat berulang kali. Terkadang terlalai dari mengingati Allah seolah2 aku ni akan hidup selama2 nya.

Ya Allah ampunilah hamba Mu ini dan janganlah aku termasuk di kalangan orang2 yang rugi. Amin.

Sunday, November 1, 2009

Berkesankah mesej kita?



Salam,

First of all, thanks to Har sebab benarkan Kak Nik cnp gambar fenomena bulan malam tadi (gambar di atas).Anyway, I missed to watch the phenomena b'cos I was already in bed when I got the message.

Semalam aku keletihan kerana ada majlis graduasi di sekolah Kak Yong (my eldest). Aku dapat mesej dari Sal jiran ku. Mesej nya "Kalau x tdo lagi, kluar lah tgk bulan". Aku reply "Knaper ngan bulan?". "Gi la tgk" jawabnya. Considering I was in bed and tired...ah, malas lah nak keluar. Macamlah aku tak pernah tengok bulan! Mesej Sal tak cukup kuat untuk aku tinggalkan tempat tidur.

Siangnya, semasa majlis graduasi Kak Yong beritahu aku tentang ada majlis pada malam nanti utk pelajar tingkatan 5, ala-ala prom night gitu. Semua orang kena dressing cantik2. Jadi baru lah aku faham kenapa dia meminta aku belikan baju kurung baru tempohari. Kenapa hanya meminta tetapi tidak di beritahu sebabnya. Dia enggan memberitahu sebabnya bila di tanya. Sememangnya aku menolak permintaan nya kerana aku telah membeli 2 pasang baju kurung untuk nya semasa Hari Raya baru2 ni. Kalau di beritahu... lebih dari baju kurung emak boleh belikan utk kakak!

Cukup berkesan kah mesej kita? Sukar sangat kah untuk berterus-terang? Jadi, jangan salah kan orang lain jika mereka tidak melaku kan apa yang kita mahukan atau kita tidak dapat apa yang kita mahu kan dalam hidup ini.

Got my message????

Friday, October 30, 2009

Are We Making Right Decision?


A group of children were playing near two railway tracks, one still in use while the other disused. Only one child played on the disused track, the rest on the operational track.

The train is coming, and you are just beside the track interchange.
You can make the train change its course to the disused track and save most of the kids. However, that would also mean the lone child playing by the disused track would be sacrificed or would you rather let the train go its way?

Let's take a pause to think what kind of decision we could make........

Scroll down






Most people might choose to divert the course of the train, and sacrifice only one child. You might think the same way, I guess.Exactly, to save most of the children at the expense of only one child was rational decision most people would make, morally and emotionally. But, have you ever thought that the child choosing to play on the disused track had in fact made the right decision to play at a safe place?

Nevertheless, he had to be sacrificed because of his ignorant friends who chose to play where the danger was. This kind of dilemma happens around us everyday.In the office, community, in politics and especially in a democratic society,the minority is often sacrificed for the interest of the majority,no matter how foolish or ignorant the majority are, and how farsighted and knowledgeable the minority are. The child who chose not to play with the rest on the operational track was sidelined. And in the case he was sacrificed, no one would shed a tear for him.

The great critic Leo Velski Julian who told the story said he would not try to change the course of the train because he believed that the kids playing on the operational track should have known very well that track was still in use, and that they should have run away if they heard the train's sirens..
If the train was diverted, that lone child would definitely die because he never thought the train could come over to that track! Moreover, that track was not in use probably because it was not safe.If the train was diverted to the track, we could put the lives of all passengers on board at stake!And in your attempt to save a few kids by sacrificing one child, you might end up sacrificing hundreds of people to save these few kids.

While we are all aware that life is full of tough decisions that need to be made,
we may not realize that hasty decisions may not always be the right one.

'Remember that what's right isn't always popular... and what's popular isn't always right.'

Everybody makes mistakes; that's why they put erasers on pencils.

Note : This story really reminds me of the Lynas Plant set-up in Gebeng next year. Does our government know what they are doing? It is not as simple as erasers on pencils.

Wednesday, October 28, 2009

Letih Bekerja


Dan dalam satu riwayat dikatakan: "Barangsiapa mencari rezeki yang halal dengan niat untuk menjaga diri supaya tidak minta-minta, dan berusaha untuk mencukupi keluarganya, serta supaya dapat ikut berbelas kasih (membantu tetangganya), maka kelak dia akan bertemu Allah (di akhirat) sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama." (Riwayat Thabarani)

Kesian hubby aku..... Semenjak 2 menjak ni memang dia letih betul dengan kerjanya. Training 2 minggu hari tu sebenarnya crash course utk dapat Master. Banyak pulak assignment yang kena buat. Tidur 2~3 pagi. Pergi kerja hari2 lagi. Big boss dia cuti lak...kena "berlakon" lak ganti boss. Appraisal anak buah nak kena buat lagi, layan anak isteri lagi..kesian, kesian, kesian.

Dia mintak tolong aku buat summary utk case study. Konon2 nak tolong lah...aku baca 2~3 pages, aku give up arr...dah berkarat dah otak ni! Selalu nya bila letih camtu dia akan tanya aku, "Ada tak kerja yang senang tapi boleh dapat duit banyak?" Dan aku akan jawab "Ada...jual dadah!" Kwang kwang kwang... Semalam dia tanya aku lagi, "Ada tak kerja yang senang tapi boleh dapat duit banyak.....selain dari jual dadah?" Hahaha...aku kehabisan modal pulak dah! Ada saper2 boleh tolong jawab kan.....

Tuesday, October 27, 2009

Kad Memori

Lahaulawala quataillah billah hi'aliyil'azim. Ingatkan nak download gambar masa family day n Taman Tamadun Islam (TTI) hari tu. Kad memori rosak lah pulak! Habis tu camner...dah nak rosak. Camtu lah, tak ada benda yang kekal kat dalam dunia ni.

Ini sure kes posing maut hari tu kut.Memori kad pun tak sanggup nak simpan dalam memori dia! Wakaka... Anyway, at least there is a good reason for us to go to TTI again!

A thumb up for TTI, recommended to bring our children for a visit. Mula2 masuk tu teringat jer kat Tokyo Disneysea...tapi mula2 jer!;-))

Saturday, October 24, 2009

Lawak...lawak...



Aduh...letih betol balik dari K.Terengganu ni. Ada VCMSB Family Day kat Primula Beach Resort. Nanti aku upload gambar bila free. InsyaAllah.

Semalam makan kat Nasi Kandar, hubby aku tanya bebudak ni apsal tak makan sayur..

Kak Nyah kata, "I'm a vegetarian. I do not eat vegetables. 1x hua, 2x hua, 3x hua, hua hua hua!". Kak Nyah buat lawak. Hubby aku confused, pastu hubby kata, "Vegetarian bukan orang yang makan sayur ker?" dia tanya kat aku. "Yer lah" jawab ku. Tu lah pasal, selalu lagi bagi confuse bebudak ni....Kak Nyah learned from the best! "Habis tu kalau humanitarian tu makan orang lah!" tambah hubby ku. Lawak..lawak...and I love u for yr stupid jokes!

1x hua, 2x hua, 3x hua, hua hua hua!

Thursday, October 22, 2009

Happy Birthday & Thank You Messages



Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (Q.s. Luqman, 31 : 12)

This entry is special dedicated to my dearest husband. To my dear bloggers, you can choose to ignore it! Move on, move on..…nothing to see here ;-)

My dearest husband,

Today is your 41st birthday. May I take this opportunity to say something in this precious blog of mine. You may or may not read it I know. I may be never tell you this before but I think you should know cause I’m afraid that if I die and you will never know.

First of all Alhamdulillah, let me thanking to Allah for giving me the opportunity being your wife. I hope the dearest one and only! Thank you to Allah for allowing me to borrow you from Him. Thank you to your parents for bringing you to this world. I’m sorry if I’m not a perfect wife to you, I know you are not perfect too but we are perfect for each other.

I’m not good with words as you know it but let me take this opportunity to thank you for a lot of reasons. Thank you for teaching me to totally believe in and depend solely on Allah. Thank you for reminding me to be sincere in whatever I do and don’t even hope anything in return. Not even a single thank you. Thank you for allowing me to love as if I will never get hurt. Thank you for giving me 4 wonderful and smartest girls. Thank you for being a greatest father to our children. Thank you for the house that we can call a home, thank you for the comfortable transport, thank you for being my chauffeur at times, thank you for the food that you brought home with your hard work, thank you for changing bulbs and fixing my cabinet, thank you for throwing away the garbage and the mess you did which I have to get it cleared! Thank you for being an adorable in-law to my mother, brothers and sisters. Thank you for bringing us home to my family occasionally. Thank you for spending and being patience when we ladies go shopping. Thank you for carrying the groceries with your own bare hands.

Thank you for every bouquet of flowers and present that you gave me for every birthday (my friends used to envy this!). Thank you for every romantic dinner on our anniversaries. Thank you for calling me everyday from wherever you are, thank you for making me laugh with your stupid jokes, thank you for every splendid holidays, thank you for fulfilling our needs and wants, thank you for making us missing you when you were away, thank you for being by my side every night! Thank you for mad at me for not watering the garden where you planted my favourite vegetables and papaya tree. Mostly appreciated for coming home every weekend without failed when you were posted to Singapore, KL and Lumut for years. Thank you for spending a lot of money for calling me daily from Japan when you were there. Thank you for flying us there to meet you. Thank you for YM me from Vietnam daily for months. The most important is thank you for not giving us chances to complaint about this life. Last but not least, thank you for your love, affection, caring, support and understanding. Thank you and more thank you, no word could ever thank you enough.

Sorry if I missed anything to thank you for. Apologies if I’m not being a good wife to you and a good mother to our children. Thank you for accepting my flaws all these years. I do not know if I can get a better husband than you. On this birthday, let me pray to Allah Almighty to give us forgiveness, guidance, love and blessing. May Allah grant you good health, long beneficial live and abundance. Amin Ya Rabbal Alamin.

Love you always from the bottom of my heart……
Ayang.

Wednesday, October 21, 2009

Hormon Estrogen


Sayidina Umar ada berkata:

Jauhilah makan berlebihan, sesungguhnya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, menyebabkan malas sembahyang, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk — Riwayat Abu Naim.


Minggu sudah ketika aku sedang menggosok kain, tiba-tiba Kak Yong bertanya, “Mak….mak tahu tak kenapa orang lelaki lebih mudah terkena penyakit jantung berbanding dengan orang perempuan?”. “Mmmm sebab…sebab...” aku cuba memikirkan jawapannya. “Sebab orang pompuan selalu memeningkan kepala orang lelaki!” itu jer yang terpikir kat kepala ni hehehe… “Mak ni…jawablah betul-betul!” kata Kak Yong. Ini sure kes tengah lepas ulangkaji subjek biologi lah ni. “Ok lah, Oklah…mak memang tak tahu jawapannya, apa dia?” tanya ku. “Cikgu kakak cakap, orang perempuan ni ada hormon yang di namakan estrogen. Hormon itulah yang membantu mencairkan lemak2 yang tersumbat kat arteri jantung kita " begitulah lebih kurang jawapan nya. “Habis tu kenapa tak suntik jer kat orang lelaki hormon tu?” aku menduga. “Hah…nanti orang lelaki jadi pondanlah pulak!” kata nya. Wakaka… banyak betul hormon estrogen kat umah ni. Mudah2an tak der lah arteri jantung hubby aku yang tersumbat.....

Monday, October 19, 2009

The Nail Parable



Mari dengar cerita sket...

When I confronted my daughter after she hurt another child with a mean comment, she cried and immediately wanted to apologize. That was a good thing, but I wanted her to know an apology can't always make things better.

I told her the parable of Will, a 9-year-old whose father abandoned his mom two years earlier. Will was angry, and he often lashed out at others with hurtful words. He once told his mom, "I see why Dad left you!"

Unable to cope with his cruel outbursts, she sent him to his grandparents for the summer. His grandfather's strategy to help Will learn self-control was to make him go into the garage and pound a two-inch-long nail into a four-by-four board every time he said a mean thing.

For a small boy, this was a major task, and he couldn't return until the nail was all the way in. After about ten trips to the garage, Will began to be more cautious about his words. Eventually, he even apologized for all the bad things he'd said.

That's when his grandmother stepped in. She told him to bring in the board filled with nails and instructed him to pull them all out. This was even harder than pounding them in, but after a huge struggle, he did it.

His grandmother hugged him and said, "I appreciate your apology, and of course I forgive you because I love you, but I want you to know an apology is like pulling out one of these nails. Look at the board. The holes are still there. The board will never be the same. Your dad put a hole in you, Will, but please don't put holes in other people. You're better than that."

Semoga kita lebih berhati2 dengan setiap perbuatan dan perkataan kita. Sekadar mengingatkan diri sendiri.

Sunday, October 18, 2009

Aper nak jawab...

Aku sibuk di dapur, nak masak singgang since hubby nak balik malam tu. Pastu nak masak terung berlada + udang. Dah 2 minggu hubby di KL ada training. Memang singgang ikan adalah favourite hubby....orang Terengganu lah katakan. Kak Yong menolong memotong bawang sebab dia nak makan budu. Huish....singgang ngan budu, mak mentua lalu pun tak nampak!

"Miau, miau..." kedengaran suara kucing kat belakang dapur. "Alamak...datang lagi kucing ni" kata ku. " Emak, kesian kucing tu sure dia lapar" kata Kak Yong."Mak malaslah nak bagi makan kat kucing tu, nanti dia datang lagi. Dia buat port pulak kat rumah ni" jawab ku. Bukan tak kesian tapi saper nak uruskan k****** dan b**** kalau dia buat port kat rumah ni. Akak jugak!

"Emak, aper mak nak jawab kat akhirat kalau Tuhan tanya nanti?" tanya Kak Yong. "Mak, comey kucing tu kan, sian dia lapar!" tiba-tiba Amirah masuk ke dapur. Adula...ramai betul ustazah kat dalam rumah ni! "Eryyyy! tolong emak bagi makan kucing ni...." aku mengalah.

Esoknya, as expected selepas subuh kucing tu datang mengiau lagi. "Bang...kucing semalam tu datang balik" kata ku. "Bagi lah dia makan" jawab hubby ku selamba."Mmmm malas lah..." aku menjawab. "Awak tak nak ke kucing tu doakan untuk awak?" tambahnya. Kena lagi aku....sabor jer lah!

Saturday, October 17, 2009

InsyaAllah.



“Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".(Al-Kahfi 23~24)


Semalam pergi ambil Kak Yong balik dari asrama. Singgah sekejap kat Secret Recipe, melayan Amirah nak kek butterscotch kegemaran nya. Terserempak dengan seorang kawan lama yang aku dah tak jumpa lebih kurang 4~5 tahun.

“Eh Kak Nik, ini Mie lah… apa khabar?” tanya nya. “Alhamdulillah, baik-baik jer” jawab ku. Kiss kiss hug hug . “Mie macam mana?” tanya ku pula “ Baik2 juga. Kak Nik dari mana ni?” tanya Mie lagi. “Ambil anak dari sekolah” sambil menunding jari pada Kak Yong.“Kat mana?” tanya nya lagi “Kat SBPI Indera Mahkota tu jer” jawab ku. “Mie dah pindah kat Bukit Istana, Kak Nik tahu kan?” Mie bercerita. “Tahu” jawabku ringkas. “Boleh bagi nombor telefon Kak Nik tak?” Aku pun memberi nombor telefon kepada nya. “Mie ngan Sharuni nak pergi Haji tahun ni, nanti Kak Nik datanglah Mie nak buat kenduri pada 14hb nanti” “InsyaAllah” jawab ku. “Jangan InsyaAllah, Kak Nik mesti datang tau!” tambahnya. Akak ni pun confused… aku cakap insyaAllah pun salah!

Friday, October 16, 2009

Love Never Dies



I stumbled upon this phrase and I think it is romantic...

Love Never Dies
He gave her Twelve Roses
Eleven real, One fake
And he said: “He would Love her
Until the last Rose dies”

Wednesday, October 14, 2009

End-2010 start-up for Lynas' plant in Gebeng



Salam,

LYNAS kini telah memperoleh satu suntikan dana yang baru melalui satu syarikat Cina CNMC berjumlah AUD400 Million. Membawa maksud bahawa kilang ini akan terus menggugat keselamatan penduduk Balok secara khususnya serta penduduk Kuantan secara amnya. Kami masih lagi berusaha utk membantah, walau pun nampak tipis.Apakah yang boleh kita lakukan demi memastikan projek ini tidak mendatangkan mudharat kepada manusia serta alam sekitar yang bakal kita wariskan kepada anak cucu kita. Semoga kes Bukit Merah tidak berulang. Kepada Allah kita berserah.

Dibawah ialah kenyataan Media oleh LYNAS bertarikh 1 Mei 2009

LYNAS Malaysia Sdn Bhd, a wholly-owned subsidiary of Australian mineral sand miner Lynas Corp Ltd, expects to start production at its RM1.2 billion lanthanides processing plant in Gebeng, Pahang, by the end of next year.

Executive chairman Nicholas Curtis said construction work on the plant, which was halted after the company encountered financial problems, is expected to resume by the end of 2009.

The processing plant will initially produce 10,500 tonnes of lanthanides in the first phase, before doubling the figure once it is fully operational.

Curtis said the plant will become the world's largest producer of lanthanides besides China, and would generate over RM880 million in annual revenue.
Total world production of lanthanides stands at 120,000 tonnes per year, with over 95 per cent produced by China.

At a media briefing in Kuantan recently, Curtis explained that site construction activities were halted when a Lynas bondholder withheld funding for the project due to the global financial crisis.

He said the company now has a new shareholder in China Non-ferrous Metals Co, which is a company with substantial international assets in mineral processing.

The transaction is awaiting approval from the Australian and Chinese authorities, which is due in the next few months.

Once operational, Curtis said, the plant will employ around 350 skilled and semi-skilled workers.

The 100ha plant in the Gebeng Industrial Estate will process lanthanide ores to be shipped from Lynas' mine at Mount Weld in Western Australia and turned into purified lanthanides, which are then used to develop green technologies.

Lynas owns the richest deposit of rare earth in the world at Mount Weld. This rare earth is used in products such as energy-saving light bulbs, iPods, MP3 players, catalytic converters, plasma screens, hard-disk drives.

It is also used in technologies that enable weight reduction in cars, higher yields from oil refineries and in diesel additives.

Curtis said the RM1.2 billion plant has obtained environmental approval from the Department of Environment and the Atomic Energy Licensing Board.

Curtis gave his assurance that the ores are not radioactive and will not pose a danger to workers and the public as the company has taken steps to comply with the conditions set by the authorities in controlling water discharges, noise level and emissions into the atmosphere.

Tuesday, October 13, 2009

Gaduh Lagi!


Scene 1:
"Emak! tengok Kak Yang ni!" jerit Amirah. "Dah...mak dah tengok Kak Yang dah." jawab ku loyar buruk. "Ha..ha..ha...emak dah tengok Kak Yang dah, Amirah." gelak Ery.

Scene 2:
Hari dah pukul 10.00 malam. Ery dah nak tidur."Kak Yang.." Amirah bersuara. "Hish...tidurlah!" marah Ery. " Mirah nak tanya jer..." sahut Amirah. Cute sungguh bunyinya aku dengar. "Kak Yanggggg....." aku terus sound Ery.

Scene 3:
"Bukan yang ini Kak Yang, salah!" Amirah terus menangis. "Betul lah ni, blues clues lah!" jawab Ery. "Bukan!bukan! bukan skrin dia!" jerit Amirah sambil menangis. "Ya Allah, aper lagi korang ni... " jerit aku dari dalam bilik. "Amirah ni, dia kata Ery tukar screen blues clues dalam computer ni. Bukan Ery yang buat...memang dorang dah tukar screen baru!"

Hari-hari aku dengar gaduh budak dua orang tu. Tapi kan...kalau tak dengar gaduh dorang tak best jugak. They really make my day!

Monday, October 12, 2009

Kenangan mengusik jiwa II


Salam,

Oleh kerana sebab2 yang yang tidak dapat di elakkan, sambungan kisah kenangan mengusik jiwa tidak dapat di siarkan. Bimbang kalau2 ada jiwa yang terusik kang...mati akak! Sebagai ganti akak siarkan citer lain.

Ingat tak phrase “You just don’t know what you have until they are gone”. Bahasa melayu nya,” Kita tidak tahu apa yang kita ada sehingga ianya hilang dari kita.” Sorrylah yer kalau tak best citer ni sebab akak tak pandai sangat nak bercerita ni . True stories….

Citer 1
Jiran akak dulu ada 4 anak, macam akak jugak. Dengan takdir Allah telah habis jodohnya dan bercerai lah beliau dengan isterinya. Memang kami semua tak tahu bahawa itu merupakan talak kali ke-2 rupanya. Punca2 nya – none of our business lah yer. Habis edah, ex-wife bawak keluar semua anak2 nya, tinggal lah beliau sorang2 kat rumah tu. Akak teringat kata2 nya. “Kak Nik, saya tak kemaskan mainan Amar yang berterabur kat dalam bilik tu…bila saya rasa rindu saya akan buka bilik tu dan tengok mainan yang bersepah-sepah tu untuk hilangkan rindu saya.”

Citer 2
Ini citer kawan hubby akak yang hidupnya asyik sibuk dengan kerja. Maklum lah orang Petronas yang selalu travel dan outstation. Sekarang ni dia dah pencen. Katanya sekarang ni anaknya semua dah besar2 dan dah bekerja. Semuanya dah tinggalkan rumah. Yang tinggal cuma mainan anak2 nya sahaja. Rasa sesal pun ada katanya kerana dia dah miss waktu anak2nya membesar.

Citer 3
Yang ini citer akak sendiri. Masa akak bekerja dulu, nasib ni kurang baik sikit sebab kena punish for being a good performer (perasan lah pulak….) Habis semua kerja nak letak kat atas batu jemala akak ni. Salah akak jugak…tak reti-reti nak kata “NO”. Orang kata satu jari tunjuk kat orang lain, lagi 4 menghala pada kita. Ye dak? Oleh sebab dah tak leh tahan akak pun quit dan buat business sendiri (blessing in disguise sebenarnya). Bila dah quit beberapa bulan…ex-boss cakap, “Nik, sebenarnya we all susah bila you tak ada.” My ex-officer pulak kata “Kak Nik, you are a big loss to this company!”. Say no more honey, it was history. Khabarnya walau dah setahun akak ni berhenti masa tu…dorang masih argue saper kena jaga procedures. I still have a good business with them anyway. Ahaks….who laugh last laugh the best!

Citer 4
Opps sorry, dah habis daa…

So, pandai2 lah buat conclusion sendiri yer. As far as I’m concerned, now I’m treasuring every person I have and every moment I live! Hope you do too….

Sunday, October 11, 2009

Kenangan mengusik jiwa.


Hehehe…..banyak juga citer akak ni kan! Bukan apa, tak lama mana pun hidup kita ni. Tak cukup panjang umur ni kalau nak belajar melalui kesilapan sendiri. Life is too short. Kita kena juga belajar dari kesilapan orang lain supaya cut short unnecessary experience. Supaya hidup kita lebih indah dan bahagia.

Ini cerita bertahun2 lama nya. Tak perlu tanya cerita siapa yang penting kita mempelajari nya. Kalau tak suka tak payah sambung membacanya.

Ceritanya mengenai sepasang kekasih yang bercinta utk beberapa tahun lamanya. Ditakdirkan si girlfren nya kena belajarlah kat oversea tapi si boyfren nya tinggal lah kat Mesia nih. Sebab boyfren tu dah pun bekerja. Maka berjanji lah si boyfren utk tunggu si girlfren tu balik….ala tak lama mana pun, 2 tahun jer! Mula2 rajin lah 2 sejoli ni berutus surat. Masa zaman tu manalah ada e-mail cam sekarang nih! Lama2 si boyfren tu makin kurang menulis surat. Jadi si girlfren ni pun tadi punyalah baik sangka nya…ingatkan si boyfren ni sibuk dengan kerja. Tulis surat pun tak jawab2. Jangan kenanglah air matanya banyak mana yang tumpah. Huru hara juga study si girlfren tadi…kesian kan!

Jadi pada masa yang sama, bukan main ramainya orang yang ushar kat girlfren tu…nak wat camner, comey jugak girlfren tuh! Tapi sebabkan setia punya pasal….atau bodoh kut, si girlfren ni menolaklah jejaka2 lain. Ada jejaka yang frust menonggeng…sebab tak dapat si girlfren tu sebab dia dah follow dari tahun satu lagi. Si girlfren tu tak pernah citer kat boyfren tu sebab tak mahu gaduh2! Belum citer bab student yang ambik master kat situ yang nak ushar lagi…letih jugak si girlfren tu nak menepis kiri kanan. Sampaikan ada jejaka Cina Ipoh mali talak sombong punya pun dah jatuh hati kat si girlfren tu. Sampai hati boyfren dia wat camtu kan ..kan..kan…

Oleh sebab dah lama tak dapat surat boyfren dia, si girlfren pun nekad lah hantar surat bertanya …nak ker tak nak nih! Hangin jugak satu badan…aku dah letih dah ni kata si girlfren tadi. Maka barulah dapat balasan yang si boyfren tadi dah tak nak kat girlfren tu dengan alasan tak masuk akal…sebab girlfren dia comey sangat! Jadi…si girlfren tadi pun malaslah nak balas surat tu nak tanya lebih2 pulak . Orang dah tak nak, nak wat camner…ye dak? Frustlah si girlfren tu tadi. Nasib baik juga si girlfren tu lulus dapat ijazah.

Pendek kan citer….si girlfren tadi pun pilihlah mana2 jejaka yang dah follow dia yang di rasakan sesuai. Maka si jejaka yang bertuah tu tak tunggu lama, takut orang lain rembat…balik jer Mesia, dapat jer kerja sanggup beli nasi lemak pagi buat lunch tengahari sebab simpan duit nak kahwin dengan si girlfren tadi. Maka berkahwinlah si girlfren dengan sijejaka yang baru dikenal dalam setahun jer tuh.

Maka tidaklah kedengaran cerita si boyfren tu. Si girlfren tu pun bakarlah habis surat2 cinta ex-boyfren tu sebab kena jaga hati laki dia. Fuh! surat2 cinta tu memang power, wa cakap lu....memang cair kalau baca. Sebab itulah si girlfren tu boleh tunggu si boyfren tu sbb pandai bab ayat-ayat cinta ni. Yerlah.....citer orang dah tak nak, tak yah lah nak kenang2 lagi! Buat sakit hati jer…

Jeng! jeng! jeng! setelah dah hampir 2 dekad terkejutlah si girlfren tadi sebab tiba2 …..

Nanti akak sambung bila senang…….hehehe…suspense tak?

Saturday, October 10, 2009

Buat suspense emak jer....



Petang tadi pergi ke asrama Kak Nyah. Sajer nak bagi moral support kat dia. Pastu bawak air mineral yang dia pesan. Sesampai kat sana dia dah tunggu dengan muka yang ceria. Ditangan nya ada buku Fokus Sejarah dengan kertas peperiksaan Geografi yang di duduki hari Jumaat semalam.

"Emak, Kak Nyah dah buat sesuatu yang tak sepatutnya" katanya selamba. "Hah! Kak Nyah dah buat apa?" aku tanya. "Emak tengoklah ni." Dia menghulurkan kertas Geografi kat aku. Ada tertulis nombor 53 kat muka depan."Kak Nyah dah check kertas Geog Kak Nyah!" "Alamak! takkan dia dapat 53 markah jer kut utk Geog ni, dapat C lah kalau camtu. Trial dia pun dapat B" aku berkata dalam hati. Tapi Kak Nyah nampak cam cool jer aku tengok, baik aku check dulu ada berapa soalan dalam kertas ni. Emmm...ada 60 soalan rupanya. "Yang ini 53/60 ker atau 53 peratus?" Aku cuba dapatkan confirmation dari dia. "Hehehe...53/60 lah emak!" Budak ini, buat suspense emak jer....

"Mana tahu jawapan ni betul ke tidak?" tanya ku. "Kawan dapat dari MRSM jawapan ni" katanya. "Lain kali jangan buat perangai camni, tak payah check nanti rosak mood Kak Nyah dengan paper2 lain pulak. Biar jer....tak payah check langsung2 sampai result kluar. It doesn't make any difference." Leter ku. "Kak Nyah dah usaha kan? Kita serah jer pada Allah." sambungku.

Aku teringat pada Cikgu Chua, cikgu pompuan cina yang mengajar Geografi kelas Kak Nyah. "Teruk, teruk...kelas ni memang teruk!" kata Cikgu Chua. Masa aku pergi Muzakarah kat sekolah Kak Nyah tempohari. "Tak insurance betul lah mulut cikgu ni." kata ku dalam hati."Suka bermain masa saya mengajar" macam bullet jer aku rasa cikgu ni cakap. Aku dan hubby diam jer. Panjang juga leteran Cikgu Chua tu melepaskan perasaan. Tapi kalau di fikir2kan...sekurang2nya cikgu ni tak berpura2 pasal pelajarnya berbanding dengan cikgu2 lain yang selalu cakap tak per ada masa lagi untuk terus berusaha. Well...depending on how we want to take it, take heart or take it as a challenge!

I believed Kak Nyah took it as a challenge....that's my girl! Harap2 betul lah perkiraan tu. " Emak bawaklah kertas ni balik." kata Kak Nyah. "Nak buat aper?" jawab ku. "Emak buatlah ayah suspense pulak!" katanya. Bertuahlah punya anak cam Kak Nyah ni!

Friday, October 9, 2009

Salam Ukhwah dan Duit 40 sen


Terima kasih banyak2 kepada Kahariah a.k.a. Har kerana sudi menerima kunjungan akak dengan Amirah dirumah Har yang besar dan cantik tu. Walaupun pertama kali bersua seakan telah kenal lama. Tak cukup berborak di dalam rumah kami keluar berborak di wakaf depan rumah. Rasanya akak nak "treasure" cerita Har tentang duit 40 sen tu ruang blog ini. Mudah-mudah jadi peringatan utk diri kita dan juga pengunjung blog ini.

Ceritanya, Har telah singgah di salah sebuah gerai pisang di tepi jalan di B_______. Kebetulan petang tu agak panas dan dia terpaksa parking kereta agak jauh dari gerai pisang tersebut. Setelah selesai menimbang dan Har ingin membayar harga pisang tersebut. Malangnya Har tidak membawa wang yang cukup. Kekurangan lagi 40sen. Oleh kerana keretanya parking agak jauh dia meminta penjual tu memberi diskaun sahaja 40sen tersebut tetapi penjual itu enggan memberi kurang. Dengan perasaan kecewa Har terpaksa berpatah balik ke kereta nya demi mengambil wang 40sen. Berpeluh Har berjalan ditengah panas. Di pendekkan cerita, Har telah pun menceritakan hal tersebut kepada kawan nya. Jadi beberapa minggu selepas kejadian, kawan Har telah menelefon beliau dan memberi tahu bahawa tokey kedai pisang tu telahpun di tipu sebanyak RM40 ribu oleh kontraktor utk ubahsuai rumahnya. Alahai 40sen!

Kengkadang kita tak dapat nampak pun kaitan 40sen dan RM40 ribu tu. Tetapi rahsia Allah siapa tahu!

Sekali lagi terima kasih Har, terima kasih juga dengan buah tangan yang di bawa pulang. Harap2 Har sudilah pulak datang ke teratak buruk akak ni. Semoga Allah memberkati pertemuan kita.

Wednesday, October 7, 2009

Cinta Tak Semestinya Bersatu..


Salam,

Entry kali ini istimewa untuk seorang teman yang hati nya penuh dengan kedukaan.

Pernah ku terdengar kata-kata 'cinta tak semesti bersatu' dan 'love is letting go'. Apa yang penting ialah, kalau kita cintakan seseorang kita mahu melihat dia bahagia walaupun bukan bersama kita kerana kita kasihkan dia tanpa syarat. Tiada syarat untuk dia bersama kita, buat apa kalau itu menambah deritanya.. Kita tak mahu orang yang kita kasihi disakiti jauh sekali melihat dia menderita...

Hiduplah sepenuh hati, cinta tak semestinya bersatu, doaku mudah-mudahan engkau bahagia di samping keluarga mu teman.

Kini baru aku mengerti apa makna nya cinta tak semestinya bersatu.....

“Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti….”

English proverb;
If you love somebody let them go, if they come back to you they are yours.

Any comment?

Tuesday, October 6, 2009

Forgive And Forget.



The stupid neither forgive nor forget; the naive forgive and forget; the wise forgive but do not forget - Thomas Szasz

Terjemahan:
Orang bodoh tidak memaafkan atau melupakan, orang jahil memaafkan dan melupakan, orang cerdik memaafkan tapi tidak melupakan. – Thomas Szasz.

Betul ker kata-kata kat atas tu? Aku tak pasti pasal tu. Samada aku ni stupid, na├»ve or wise. Yang pasti aku sering ingatkan anak-anak supaya “forgive and forget”. I know it’s hard. Nak jadi cerita, ditakdirkan Allah telah menguji aku samada aku ni boleh buat tak apa yang aku cakap. Pergh….susah gilos! Tu lah pasal, jangan sangka kita ni beriman sehingga kita di uji! Forgive yes, forget ?????.

Harap2 aku boleh terus beristiqomah. Aku harap aku boleh menjadi sahabat yang terbaik kepada sesiapa sahaja.

Firman Allah yang bermaksud:
“Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (kehendak) Allah.”

Monday, October 5, 2009

7 Sentuhan Membina Peribadi Cemerlang



Salam,

Semalam ada tazkirah sebelum Solat Hajat di SBPI, Kuantan. Sebelum terlupa, mari kita share kat sini.

1. Sentuhan solat
2. Sentuhan Al-Quran
3. Sentuhan Ilmu
4. Sentuhan kasih sayang
5. Sentuhan amal makruf nahi mungkar
6. Sentuhan doa
7. Sentuhan tawakkal dan redha.

Yessss...boleh ingat semua tanpa ambil nota pun! Guna teknik image yang hubby bagi tahu yang dia sedang training sekarang. Dah tua-tua ni memori agak "kong" sikit. Nanti dia kata nak ajar speed reading pulak.

Hadis nabi maksudnya "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad " .

P/S : Terharu sungguh semalam, Ery balik dari KT dan beli kaftan utk aku dan beg DORA utk Amirah. Tapi tak beli apa2 pun untuk dirinya. She said, I do not need anything because I have everything. Huhuhu....emak deeply touched! Thank you Ery a.k.a Kak Yang.

Sunday, October 4, 2009

Berpeluh semula...


Alhamdulillah. Allah gives me more health than sickness. Minggu ni berpeluh semula selepas sebulan cuti latihan tae-kwan-do. Tapi tiba2 Elisa bagi tahu ada grading next week. Alamak…nak pergi ke tidak ni? Hehehe.....hanya akak lah seorang mak cik tua beranak 4 yang grading white belt nanti! I may not reach till the black belt but who cares... at least I’m happy and healthy, InsyaAllah. It is never too late to start something, I guess. Allah pun bagi peluang kita bertaubat sehingga nyawa sampai ke kerongkong.

Bosan tul lah pulak bila Amirah tak der, ayah Amirah pun tak der. Ery ada lawatan ke KT pulak, Amirah pergi tidur kat rumah Kak Ani (ex-babysitter Amirah) for the first time. Habis tu, saper lah nak punggah bebarang rumah ni…..”you just don’t know what you have until they are gone!” (Akak ada citer best punya pasal phrase ni). Nanti senang-senang akak citer k. InsyaAllah.

Saturday, October 3, 2009

3 Kampung Lenyap

Innalillahhiwainnailahhirojiun.

3 Kampung lenyap di Sumatera Barat.
Ribut Parma mengganas di Luzon.
Tsunami di Samoa.

Apa kata kalau kampung itu kampung kita?

BERITA PADA KAWAN by Ebiet G Ade

perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
sayang engkau tak duduk di sampingku kawan
banyak cerita yang mestinya kau saksikan
di tanah kering berbatuan
ho ho ho ... ho ho ho ...

tubuhku terguncang dihempas batu jalanan
hati tergetar menambah kering rerumputan
perjalanan ini seperti jadi saksi
gembala kecil menangis sedih
ho ho ho ... ho ho ho ...

kawan coba dengar apa jawabnya
ketika kutanya mengapa
bapak ibunya telah lama mati
ditelan bencana tanah ini
sesampainya di laut kukabarkan semuanya
kepada karang kepada ombak kepada matahari
tetapi semua diam tetapi semua bisu
tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

barangkali di sana ada jawabnya
mengapa di tanahku terjadi bencana
mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga dengan dosa dosa
atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang
ho ho ho ... ho ho ho ...

Remote control oh remote control.....


Ala...mana pulak pergi remote control ni? Hilang lagi.....dah serata tempat aku cari. Ini mesti Amirah sorok ni. Tak ader saper2 lagi yang akan jadi prime suspect kat umah ni kalau bukan budak Amirah a.k.a Cik Punggah tu!Hari tu dia sorok dalam laci sebab tak nak kasi orang lain tukar channel 616 dia tu. Dah 2 hari remote hilang.

Dah check dalam laci tapi tak der gak. Dalam bilik mainan dia tak der gak. Bila tanya Amirah dia kata tak tahu pulak, ini sure kes dia terlupa kat mana dia sorok. Mana pulak ler pegi nyer...waktu camni memang aku wish kalau boleh wat missed call kat remote control tu!

Ada saper2 tak yang boleh design remote control ker, kunci keter ker, kunci rumah ker atau kunci apa2 pun yang boleh wat missed call? There is always an opportunity in every problem. Any taker?

Remote control oh remote control.....

Friday, October 2, 2009

Solat Hajat dan selotape


"Assalamualaikum...emak, Kak Nyah ni. Emak datang tak malam ni untuk solat hajat?" telefon Kak Nyah dari sekolah. "Wa'alaikummussalam. InsyaAllah." jawab ku.

Semalam beberapa sekolah di Kuantan buat solat hajat untuk peperiksaan PMR dan SPM. Mujur juga sekolah Kak Yong tak buat semalam. SBPI Indera Mahkota, Kuantan buat hari Ahad nanti...phew, lega.

"Nanti tolong bawak makanan dengan selotape." tambah Kak Nyah. "Kalau emak bawak kuih raya OK tak?" aku bertanya. "Boleh jer, thank you." jawabnya. "Ayah datang tak?" tanya nya lagi. "Ayah dah sampai KL dah Kak Nyah, outstation 2 minggu." jawab ku.

Selesai solat hajat ada jamuan kat kantin. Semasa jamuan...

"Emak tahu tak Kak Nyah nak buat apa dengan selotep tu?" tanya Kak Nyah. "Nak bungkus hadiah ker?" aku jawab dengan soalan pulak. "Tak...Kak Nyah nak selotep mulut Kak Nyah ni. Supaya tak ada orang kacau Kak Nyah study. Dia orang suka sangat cari Kak Nyah, susah Kak Nyah nak buat ulangkaji" katanya. "Mungkin dia orang nak bantuan Kak Nyah pasal study kut?" tanya ku semula. "Ala...tanya tak banyak mana, sembang jer lebih!" pintasnya.

Kreatif jugak anak aku ni.....macam emak dia(hehehe...just kidding)! Benarlah kata bijak pandai, "Kita tidak boleh kawal arah angin, tapi kita boleh kawal layar kita!" Bijak, bijak...

Emak doakan semoga Kak Nyah berjaya mendapat 8A dalam PMR nanti. Semoga Allah beri kebaikan yang banyak untuk kita di dunia dan di akhirat. Amin.

Wednesday, September 30, 2009

Syawal Megasale!


Eh..ada sale lagi ker bulan Syawal ni? Sale aper erk? Laporan seperti berikut;

Dilaporkan daripada Abu Ayyub al-Ansari bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa berpuasa sepanjang Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seakan-akan dia berpuasa selama satu tahun." (Hadis riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah).

Jom kita rebut sale bulan ni pulak. Bulan sudah ada sale 1000 bulan, cuma bulan ni sale 12 bulan jer. Tak payah kita susah2 gi SOGO, dah lah kereta jammed pastu kena berbaris panjang pulak masa nak bayar! Ayuh! apa tunggu lagi. Sempat lagi nih.

Tuesday, September 29, 2009

Back to square one?



Salam,

Minggu ni semua kembali seperti sediakala. Kak Yong dan Kak Nyah dah pun balik ke asrama. Hubby dah pun mula kerja hari Ahad...biasalah ulang alik Kerteh-Kuantan daily (ingat senang ker orang Petronas ni nak cari rezeki...huhuhu). Ery dan Amirah pun dah start sekolah semula. Cuma Amirah tu yang liat nak bangun pergi sekolah. Bila start sekolah dia tanya berapa hari pulak baru boleh cuti....(anak bertuah camtu lah).Semalam akak ni pun sibuk jugaklah dengan melayan inquiry yang tertunggak sebelum raya hari tu. Customer pun dah start wat follow up. Opps sekejap...ada satu inquiry nak antor! Terlupa lah pulak.

Sambung balik. Rumah ni pun jangan cakaplah punyalah berlambak2 kerja rumah nak buat.Macam tongkang pecah. Kerja home office camni lah.... ada pros and cons nya. Tapi OKlah sebab boleh jaga anak2 sendiri, urus rumahtangga sendiri dan boleh masak makan sendiri. Tapi kalau masa tak sempat...cari kedai jugak, wakaka. Semalam, ternampak orang antar baby kat rumah baby sitter. Kesian akak menengoknya. Cium baby bertalu2 sebelum hantar masuk... Adakala nya rasa macam tak berbaloi jer kalau setakat nak cari seringgit dua. Anyway, this is life and welcome to the real world! Zaman tu dah pun berlalu buat akak ni. Kepada kengkawan yang masih bekerja 8~5 tu, don't feel so bad. Your time will come.

Life goes back as usual tapi camner dengan amalan kita? Harap2 taklah back to square one. Rasulullah saw pernah bersabda (mafhum):'Katakanlah: Aku telah beriman kpd ALLAH, kemudian hendaklah istiqomah'. Riwayat Muslim. Semoga kita boleh terus beristiqomah. Amin.

Saturday, September 26, 2009

Menangislah jika kesedihan.....



Mari layan cerita ni sikit. True story.

20 years ago, there was one dear friend of mine gave me one famous quote. "Menangislah jika kesedihan kerana pahlawan yang gagah pun akan menangis bila kesedihan." I always remember this quote whenever I'm sad. I'll normally cry and feel much better after that.

Ironically today, that friend of mine makes me sad. I don't blame that dear friend anyway. I'm just a normal human and I'm also happened to be a positive person. I know that I'll get over it somehow and move on with this life as usual. This is part and parcel of life and thank you to Allah for making me alive.

In case you are reading this my dear friend, thank you for touching my life and making me a better person. In life, sometimes you just do not know with whom your path crossed and you are thankful for that. Once again thank you.

Friday, September 25, 2009

Raya Monogatari

Masjid Kristal, Pulau Wan Man, KT.


Monogatari tu haper??? Monogatari means tales in Japanese. Kak Nyah yang paling rajin bab bahasa Jepun ni. Cita2 nya nak belajar kat Jepun katanya. Mari kita layan cerita2 bab Raya tahun ni.

Kaya Vs Miskin

Raya2 ni boleh jalan rumah sedara mara. Tak kira miskin atau kaya. Seperti biasa akan jalan pergi rumah arwah sepupu hubby. Sememangnya serba kekurangan. Tetapi ada juga nampak sedikit perubahan kerana anak2 Kak Jah tu dah besar2 dan banyak membantu. Walau pun miskin tapi kaya budi bahasa. Tetap manis senyumannya. Pergi juga rumah anak sepupu yang besar dan mewah. Tak kurang juga budi bahasanya, ramah-tamah seperti arwah ibunya. Kalau kita miskin mampukah kita utk redho, kalau kita kaya adakah kita bersyukur? Wallahualam.

Jammed...jammed..jammed

Raya kedua jenjalan kat Kuala Terengganu. Ingatkan boleh lah gi tengok masjid kristal kalau sempat.Tengok gambor jer lah...Sampai kat Marang dah kantoi jammed 1 jam. Ramai yang potong Q. Yang potong Q tu semua plet luar. Paling byk plet KL ngan Johor. Sabor jer lah. Singgah rumah sepupu hubby kat Ru Rendang. Pastu gi naik keatas nak singgah rumah anak sepupu pulak kat Atas Tol, Kedai Buluh. Mak oii...jammed pulak lagi kat 1/2 jam. Dua-dua hala jammed. Tak boleh jadi camni. Ingat nak gi ke Seberang Takir...pastu aku hello-hello anak buah yang naik motor balik ke Seberang Takir awal pagi tu, tanya camner keadaan kat jambatan ke Seberang Takir tu.."Maksu...jammed macam biasalah". Confirm, we all kansel nak gi sana. Nanti tak pasal2 we all beraya atas jalanraya jer lah satu hari tu. Patah balik Dungun. Kuala Terengganu dah tak macam dulu lagi....lebih jammed dari Kuantan.

Bored to Death???
Hahaha...sampai raya ketiga, anak2 dah gelisah ajak balik kerumah. Jenuh lah pulak memujuk dia orang tunggu lagi sehari. Kesian kat MIL, takkan nak biar dia sorang2 sementara tunggu abang ipar aku balik dari KT. Kenalah bertimbang-rasa. Kita pun akan tua juga nanti kalau panjang umur. Time camnilah rasa macam nak beranak ramai2 macam emak aku. Anak2 zaman cyber camtulah. So, yang besar2 tu bolehlah paham. Kak Nyah kata...kalau Kak Nyah dah jadi macam emak nanti mungkin Kak Nyah akan paham. Sejuk perut emak mendengarnya....hehehe. Tapi yang nombor 3 tu..mencuka jer rupanya. Kebetulannya modem PC rosaklah pulak kat rumah tu. Tak der internet, mati kutu bebudak tu. Nak jalan beraya hujanlah pulak petang tu. Hubby masak burger special utk anak2 petang tu. Bila malam baru OK bila cousins dorang dah sampai rumah tu...layanlah pulak tidur sampai kol satu pagi.

Balik Kuantan

Hari ke-4 balik Kuantan, abang Nikmat sampai dari Mersing...layan tetamu time. Che Chor pulak telefon dan tanya bila nak balik KL beraya dengan adik-beradik? Bila pulak akak nak start puasa 6 nih!

Friday, September 18, 2009

Kemaafan dan Selamat Hari Raya

Emmm...susah nak memaafkan orang lain rupanya. Pagi tadi Ustaz Zahazan tak sempat menghabiskan ceramah beliau kerana banyak talian yang masuk. Masalahnya samaada tidak boleh memaafkan atau tidak di terima kemaafan dari orang lain. Macam2 manusia ni. Anyway, who the hell gives us the idea that if we don't forgive people, they will suffer?

Hubby aku kata, hak masing2 utk memaafkan atau tidak seseorang tu. Betul lah tu, tapi aku lebih prefer memaafkan orang lain. Tak kuasa aku nak bawak "kentang busuk" kehulu kehilir seumur hidup. Tambah hubby aku, nanti kita boleh mintak amal orang tu kat akhirat. Kita sure tak cukup amal nanti. For me it is more honourable if you enter the jannah with your own deeds (comes with Allah blessings) rather than taking it from other people. Bukankah kemaafan itu lebih baik.

As far as I'm concerned, I will forgive others for my own good and my own happiness. Not only forgive but forget as well. I do not have any grudges to anybody. What's the point anyway. Everybody is rest assured that you will be forgiven by me and I do hope the same from others. I'm not perfect anyway and we will die someday. Just want my path to Allah is steered clear.

So, pendek kata...pendek jer, aku ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua saudara-mara, kawan-kawan dan para pengunjung blog ini. Maafkan segala salah dan silap atau terkasar bahasa. Sengaja atau pun tidak. Panjang umur, murah rezeki kita jumpa lagi. Be safe, stay safe. Love u all.

Ikhlas dari;
Amri Alias
Nik Daniyah Bolia
Ainur Afifah Amri
Ainur Asyirah Amri
Ainur Arifah Amri
Ainur Amirah Amri

Free Orkut and MySpace Eid Graphics Glitters



Wednesday, September 16, 2009

Bila kita balik kampung?

Salam.

Masa hantar Ery pergi KAFA tadi dia tanya, "Mak, bila kita balik kampung?" "InsyaAllah hari Sabtu." jawab ku. "Balik Ipoh?" tanya nya lagi. "Taklah, tahun ni kita kan Raya kat Dungun." tambahku. " Ala..." katanya.

Biasalah tu budak2 ni. Suka kat mana paling ramai. Kalau beraya belah keluarga aku, sepupunya memang ramai....60 orang. Mana boleh lawan 5 orang jer belah ayahnya. 16 vs 2 beradik ler katakan!

Bagi aku dua-dua belah pun OK. Satu tahun tu Raya macam nak rak. Kecoh giler. Satu tahun nya rilek giler. Bergilir-gilir. Tahun ni nasib baik Raya balik Dungun jer. Kak Yong nak ambil SPM dan Kak Nyah nak ambil PMR. PMR pulak tu 2 minggu lepas Raya. Tak lah aku habis banyak masa travelling.

Apa-apa pun selamat pulang ke kampung!

Tuesday, September 15, 2009

Bungkus dan serahkan pada Allah...

Dalam 2 hari suami ku tak ada mood nak sembang2 ngan aku. Mundar-mandir dari satu PC ke satu PC. Laptop akak pun jadi mangsalah jugak. Nak test portable hard disc nya yang tak boleh di buka. Rosak gamak nya. Nampak sangat susah hati nya. Mana kan tidak, semua hal kerja dan personal ada kat dalam tu. Memang kalau bab computer ni akak ni memang "hampeh". Tak dapek eden nak menolong nyo!

Teringat aku masa first year dulu. Aku memang lemah kalau subject IT. Computer masa tu bukannya banyak sangat. Kalau nak guna memang kena "book" dulu. Nasib baik lah ada kawan sekelas yang membantu. Dialah beria-ria tolong booked computer untuk aku dan siap tolong wat assignment aku...alamak kantoi! Wakaka...

Berbalik pada cerita hubby aku tadi, since aku memang tak boleh nak menolong nya jadi aku teringat pada kata2 Ustaz Aa Gymnastiar. Katanya, "Kalau kita ada masalah, bungkus...dan serahkan semula pada Allah." Jadi, aku yang perasan isteri solehah ni, beritahulah pada hubby suruh dia bungkus dan serah jer pada Allah tentang permasalahannya tu.

Semalam dia telefon dari office. "Xxxxx (censored), Abang punya hard disc dah boleh bukak dah! Engineer abang tolong." Alhamdulillah. Bila balik dari office, dia ceria seperti selalu. Tu lah pasal...kan dah cakap. "Memanglah abang bungkus dan serahkan pada Allah." katanya. "Habis tu apasal tak ada mood nak bercakap dengan xxxxx?" jawabku. "Abang berzikir...." jawabnya. Hahaha....control macholah tu!

Bak kata kakak aku, orang lelaki ni kalau langit tu runtuh, ego nya tetap tergantung tinggi! Jangan marah aaa....nanti kena jual!

Monday, September 14, 2009

Sibuk Kumpul Harta

Salam,

Lama tak update blog. Ala...2 minggu jer akak,bukan lama mana pun! wakaka. Sekarang ni akak sibuk sikit. Sibuk kumpul harta...hehehe. Memang semua orang tengah sibuk pun. Sama ada sibuk kumpul harta dunia atau sibuk kumpul harta akhirat. Kalau kumpul harta dunia ...masa ni lah pulun wat kuih raya, jual kuih raya, jual mercun raya, jual baju raya, jual spare part raya dan macam2 raya lagi. Tapi ada yang sibuk kumpul harta akhirat...masa nilah banyak sembahyang malam, tadarus Quran, berzikir, bersedekah dan macam2 lagi. Masa inilah nak dapatkan Lailatul Qadar. Pahala banyak oooo...sama dengan beribadat 83 tahun 4 bulan. Umur kita pun belum tentu sampai 83 tahun tu.

Sekarang topik Lailatul Qadar lah paling famous kalau ada tazkirah atau ceramah. Masing2 nak kejar kut2 jumpa Lailatul Qadar. Boleh pohon keampunan dan pohon berbagai2 hajat. Konon2 nya boleh pulun ibadat kalau tahu malam yang mana satu. Sibuklah bertanya kat Ustaz agak2 nya pada malam yang ke berapa jatuhnya Lailatul Qadar tu.

Cuma akak ni musykil sket....beribadat sebab nak dapat Lailatul Qadar ker atau Lillahi ta'ala? Eh, boleh tak kita ni beramal dengan ikhlas? Kalau Rasulullah dah kata cari lah pada 10 malam terakhir. Beribadat jer lah. Ada rezeki bertemulah kita, kalau tak ada nak wat macam mana , ye dak? Kalau panjang umur...cuba lagi tahun depan. Ala akak...macam ustazah lah pulak! Jangan marah aaaaa.....

Tuesday, September 1, 2009

RASULULLAH S.A.W. DAN WANG 8 DIRHAM

Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud belanja. Dengan bekal wang 8 dirham, beliau hendak membeli pakaian dan peralatan rumah tangga. Belum juga sampai di pasar, beliau mendapati seorang wanita yang sedang menangis. Nabi Muhammad s.a.w. sempatkan bertanya kenapa menangis. Apakah sedang ditimpa musibah? Perempuan itu menyampaikan bahawa ia adalah seorang budak yang sedang kehilangan wang sebesar 2 dirham. Ia menangis sangat takut didera oleh majikannya. Dua dirham dikeluarkan dari saku Rasulullah s.a.w. untuk menghibur perempuan malang tersebut. Kini tinggal 6 dirham. Beliau bergegas membeli gamis, pakaian kesukaanya. Akan tetapi baru beberapa langkah dari pasar, seorang tua lagi miskin setengah teriak berkata, "Barang siapa yang memberiku pakaian, Allah s.w.t. akan mendandaninya kelak." Rasulullah s.a.w. memeriksa laki-laki tersebut. Pakaiannya lusuh, tak pantas lagi dipakai. Gamis yang baru dibelinya dilepas dan diberikan dengan sukarela kepadanya. Nabi Muhammad s.a.w. tak jadi memakai baju baru.

Dengan langkah ringan Nabi Muhammad s.a.w. hendak segera pulang. Akan tetapi lagi-lagi Nabi Muhammad s.a.w. harus bersabar. Kali ini Nabi Muhammad s.a.w. menjumpai perempuan yang diberi dua dirham tersebut mengadukan persoalan, bahawa ia takut pulang. Ia khuatir akan dihukum oleh majikannya karena terlambat. Sebagai budak saat itu nilainya tidak lebih dari seekor binatang. Hukuman fisik sudah sangat lazim diterima. Rasulullah s.a.w.diutus di dunia untuk mengadakan pembelaan terhadap rakyat jelata. Dengan senang hati Rasulullah s.a.w. hantarkan perempuan tersebut ke rumah majikannya. Sesampainya di rumah, Rasulullah s.a.w. ucapkan salam. Sekali, dua kali belum ada jawaban. Baru salam yang ketiga dijawab oleh penghuni rumah. Nampaknya semua penghuni rumah tersebut adalah perempuan. Ketika ditanya kenapa salam Baginda s.a.w. tidak dijawab, pemilik rumah itu mengatakan sengaja melakukannya dengan maksud didoakan Rasulullah s.a.w. dengan salam tiga kali. Selanjutnya Rasulullah s.a.w. menyampaikan maksud kedatangannya. Rasulullah s.a.w. mengantar perempuan yang menjadi budak tersebut kerana takut mendapat hukuman. Rasulullah s.a.w.kemudian menyampaikan, "Jika perempuan budak ini salah dan perlu dihukum, biarlah aku yang menerima hukumannya." Mendengar ucapan Rasulullah s.a.w. itu penghuni rumah terkesima. Mereka merasa mendapat pelajaran yang sangat berharga dari baginda Rasulullah s.a.w.. Kerana secara refleks mereka menyampaikan, "Budak belian ini merdeka kerana Allah s.w.t.." Betapa bahagianya Rasulullah s.a.w. mendengar pernyataan itu. Rasulullah s.a.w. sangat bersyukur dengan wang 8 dirham mendapat keuntungan ribuan dirham, yakni harga budak itu sendiri. Rasulullah s.a.w. berkata, "Tiadalah aku melihat delapan dirham demikian besar berkatnya dari pada delapan dirham yang ini. Allah s.w.t. telah memberi ketenteraman bagi orang yang ketakutan, memberi pakaian orang yang telanjang, dan membebaskan seorang budak belian."

Akhirnya, rahmat dan kasih sayang, bantuan dan pertolongan kepada masyarakat bawah akan mendatangkan kesejahteraan dan kemajuan. Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadits Qudsyi. "Bahwanya Allah menolong hamba-Nya, selama ia menolong saudaranya."

Monday, August 31, 2009

Salam Kemerdekaan

Selamat Hari Merdeka. Pejam celik pejam celik dah 52 tahun dah merdeka. Yang paling susah adalah bagaimana nak mengisi kemerdekaan tu. Macam puasa ni, dah 10 hari puasa. Dah 1/3 puasa habis. Entah dapat tidak rahmat Allah aku ni. Ntah kenapa semenjak 2 menjak ni malas tul nak buat kerja rumah. Tak kehabisan rasanya. Ibadat pun tak seberapa.

"Allahumma, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan dukacita dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. Amin Ya Rabbal 'Alamin."

Wednesday, August 26, 2009

Nak masak apa..nak masak apa...nak masak apa....

Salam,

Selamat berpuasa. Memang itulah masalah orang pompuan hari2 memikir nak masak apa hari ni.....oi bang tolonglah sikit kasi idea!

Thursday, August 20, 2009

Hatiku Sebesar Cawan

Mari kita dengar cerita sket....

Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.


Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.


Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.


" Anak muda... " lelaki tua itu bersuara .


" Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.


" Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.


" Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.


" Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi.


" Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. "


Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.


" Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu.


" Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.


" Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.


" Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .


Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada!
Related Posts with Thumbnails