It is my intention in life to be happy but it is my greater intention to be happier when I see my Creator! He who gives me life, takes it away and everything else in between.
Tuesday, September 29, 2009
Back to square one?
Salam,
Minggu ni semua kembali seperti sediakala. Kak Yong dan Kak Nyah dah pun balik ke asrama. Hubby dah pun mula kerja hari Ahad...biasalah ulang alik Kerteh-Kuantan daily (ingat senang ker orang Petronas ni nak cari rezeki...huhuhu). Ery dan Amirah pun dah start sekolah semula. Cuma Amirah tu yang liat nak bangun pergi sekolah. Bila start sekolah dia tanya berapa hari pulak baru boleh cuti....(anak bertuah camtu lah).Semalam akak ni pun sibuk jugaklah dengan melayan inquiry yang tertunggak sebelum raya hari tu. Customer pun dah start wat follow up. Opps sekejap...ada satu inquiry nak antor! Terlupa lah pulak.
Sambung balik. Rumah ni pun jangan cakaplah punyalah berlambak2 kerja rumah nak buat.Macam tongkang pecah. Kerja home office camni lah.... ada pros and cons nya. Tapi OKlah sebab boleh jaga anak2 sendiri, urus rumahtangga sendiri dan boleh masak makan sendiri. Tapi kalau masa tak sempat...cari kedai jugak, wakaka. Semalam, ternampak orang antar baby kat rumah baby sitter. Kesian akak menengoknya. Cium baby bertalu2 sebelum hantar masuk... Adakala nya rasa macam tak berbaloi jer kalau setakat nak cari seringgit dua. Anyway, this is life and welcome to the real world! Zaman tu dah pun berlalu buat akak ni. Kepada kengkawan yang masih bekerja 8~5 tu, don't feel so bad. Your time will come.
Life goes back as usual tapi camner dengan amalan kita? Harap2 taklah back to square one. Rasulullah saw pernah bersabda (mafhum):'Katakanlah: Aku telah beriman kpd ALLAH, kemudian hendaklah istiqomah'. Riwayat Muslim. Semoga kita boleh terus beristiqomah. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
dah busy semula kak Nik? Anak-anak neeza tak sekolah lagi sebab swine flu alert. Govt saudi suruh cuti. 17 october baru start sekolah.. memang suka lah budak2 ni..
seronok raya? kami kebohsanannnn... sebab raya di saudi.. huhuu..
Neeza,
Busy balik lah...apa lagi. Kak Nik Raya biasa2 jer. Hope Neeza and family di lindungi Allah sentiasa.
Post a Comment