Tuesday, September 15, 2009

Bungkus dan serahkan pada Allah...

Dalam 2 hari suami ku tak ada mood nak sembang2 ngan aku. Mundar-mandir dari satu PC ke satu PC. Laptop akak pun jadi mangsalah jugak. Nak test portable hard disc nya yang tak boleh di buka. Rosak gamak nya. Nampak sangat susah hati nya. Mana kan tidak, semua hal kerja dan personal ada kat dalam tu. Memang kalau bab computer ni akak ni memang "hampeh". Tak dapek eden nak menolong nyo!

Teringat aku masa first year dulu. Aku memang lemah kalau subject IT. Computer masa tu bukannya banyak sangat. Kalau nak guna memang kena "book" dulu. Nasib baik lah ada kawan sekelas yang membantu. Dialah beria-ria tolong booked computer untuk aku dan siap tolong wat assignment aku...alamak kantoi! Wakaka...

Berbalik pada cerita hubby aku tadi, since aku memang tak boleh nak menolong nya jadi aku teringat pada kata2 Ustaz Aa Gymnastiar. Katanya, "Kalau kita ada masalah, bungkus...dan serahkan semula pada Allah." Jadi, aku yang perasan isteri solehah ni, beritahulah pada hubby suruh dia bungkus dan serah jer pada Allah tentang permasalahannya tu.

Semalam dia telefon dari office. "Xxxxx (censored), Abang punya hard disc dah boleh bukak dah! Engineer abang tolong." Alhamdulillah. Bila balik dari office, dia ceria seperti selalu. Tu lah pasal...kan dah cakap. "Memanglah abang bungkus dan serahkan pada Allah." katanya. "Habis tu apasal tak ada mood nak bercakap dengan xxxxx?" jawabku. "Abang berzikir...." jawabnya. Hahaha....control macholah tu!

Bak kata kakak aku, orang lelaki ni kalau langit tu runtuh, ego nya tetap tergantung tinggi! Jangan marah aaa....nanti kena jual!

3 comments:

Pencinta Pantai Bersih said...

Kihkih.. adui..alahai lelaki... egonya...ermmm. sama je depa tu.

mzs said...

...komputer mmg penting zaman la ni. kalu wat business lg penting. kalu simpan dokumen penting dlm komputer lg la kena pakai komputer. sy der 1 petua yg mungkin berguna wat laki hang...kalu komputer 2 crash lg, masukkan original microsoft windows software yg dpt masa beli dulu dlm cd-rom/dvdrom player komputer 2, pastu restore dlm safe mode. kalu xleh restore, repair jer. kalu xleh repair, reinstall smula microsoft windows program 2. tp pastikan fail 2 xberada dlm partition yg sama ngan program windows 2 sbb leh hilang dokumen 2. complete computer backup mesti dilakukan kalu pakai komputer supaya kalu crash leh repair blk. microsoft windows mesti beli yg original. satu lg cara nak recover dokumen 2, tanggalkan hard disk yg xleh bukak 2 dan pasang dlm komputer yg berfungsi, kemudian save/backup dokumen 2 dlm storage media spt pendrive atau externalbox ker. pastu pasang smula pd komputer asal n reinstall ms windows menggunakan original ms windows disk (xp..vista..windows 7). Selamat Hari Raya...MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Pencinta Pantai Bersih said...

oh ya, lupa nak rekemen.

simpan fail penting dalam akaun emel kita. senang dan selamat.

Related Posts with Thumbnails