Sunday, November 29, 2009

Pengorbanan


Selamat Hari Raya Idul Adha...tak lambat lagi kut. Masih boleh bertakbir dan bertahmid arini lagi kan. Aku ni memang sibuk betul akhir-akhir ini. Ingatkan dah tak beraya dengan emak kat KL tu, tapi perancangan Allah lebih teliti dari makhluk Nya. Last minute hubby ada meeting pada Rabu & Khamis kat KL. Tak kuasa lah aku nak meredah jammed kat Karak Highway tu malam2 raya semata2 nak balik ke Kuantan. Hubby aku kata "Suka lah dia!". Memang confirm lah aku suka!

Raya Haji tahun ni memang meriah sebab adik-beradik semua nya berpakat buat korban 2 ekor lembu kat rumah emak. Petang sebelum raya dah berkumpul untuk mengemas rumah dan sediakan makan malam. Semua kerah tenaga dari kecik sampai ke besar. Malam Raya as usual we all buat tahlil dan bertakbir lead by Abang Nikmat (my eldest brother). Pagi2 Raya...aku buat air teh tarik special punyer! Nasi lemak by Kak Asiah, nasi impit dan kuah kacang berdaging by Kak Yong, rendang pedas ayam by Yang Cik, bihun goreng by Akish, lemang jagung by my brother Amir. Nampak ada ketupat tapi tak tahu saper yang bawak. Ada lagi tapi dah lost count, tak tahu saper bawak aper. Huish...bertuah badan bila ramai adik-beradik macam aku ni. Aper yang penting...kerjasama!

Part paling syahdu...bila pagi2 Raya anak aku SMS, "Salam emak, kakak dah selesai bertakbir,nak pergi dewan makan. Selamat Hari Raya Haji. Salam utk semua". Uhuk...uhuk..kesian anak emak, raya kat asrama ngan kawan-kawan. For the first time aku beraya tanpa sorang anak. Bila aku sampaikan salam Afifah pada emak aku, dia kata, "Itulah pengorbanan yang harus dilalui oleh seorang ibu. Itu anak ada kat dalam negeri tu, bukan kat luar negeri!" Alamak...emak bahasa kat aku lah tu! "Tapi pengorbanan itu hasil nya adalah untuk satu kesenangan di masa depan, seperti apa yang emak ada hari ini" tambah nya. OKlah emak...say no more, tangkap leleh pulak aku kang! Terima kasih banyak-banyak di atas segala pengorbanan emak selama ini dan semestinya pengorbanan itu tak mungkin dapat aku balas seumur hidup ini....I love you very much emak! Alamak...dah tangkap leleh daaaa...

3 comments:

Ust Halim Nasir said...

'Itulah pengorbanan yg harus dilalui oleh seorang ibu. Itu anak ada kat dlm negeri tu, bukan kat luar negeri.'
Nik, my only daughter now at Jordan for her First Degree. Since her departured Sept 08 last year, my wife had lost 6 kg's! Rindu giler! We have to sacrifies a lot for the future of our generation. PENGORBANAN!

naimayob said...

wife ustaz lost 6 kg...bnyk tu...ustaz lost juga ke?hehehe...

Anonymous said...

Haha. Masa anak sulung masuk asrama Tingkatan Satu, saya punya lah rindu kat dia, sampai tiap malam tak boleh tidur. Jumaat sahaja terus terpa pergi jumpa dia. Begitu juga Sabtu dan Ahad. Nasib baik hanya 45 min memandu. Tapi skrg semua dah ada di rumah....tahun depan, InsyaAllah berpisah pulak bila dia habis SPM seminggu lagi. Tapi tu la... kenalah berkorban kan, demi masa depan.

Related Posts with Thumbnails