Tuesday, November 10, 2009

Boleh ker orang lelaki kahwin 4?


Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (An-Nisa :3)

Blogger lelaki sure tersengih-senggih bila membaca tajuk entri kali ni. No problem, berangan lah…tak kena bayor pun!

“Boleh ke orang lelaki kahwin 4?” Tanya anak lelaki kawan hubby pada ayahnya semasa berkunjung makan tengahari di rumahku beberapa minggu lalu. “Boleh!” jawab ayah nya. “Tak salah ke?” tanya anaknya semula.

Menarik pulak perbualan dia orang ni. Budak 10 tahun pun pandai cari topik. “Apa cerita nya ni, menarik betul!” aku mencelah. Isteri kawan hubby tersenyum jer.

Aku terkenang perbualan aku dengan hubby baru2 ni pasal bab ini. Dailog nya begini; “Kalau abang kena transfer ke MLNG Bintulu awak nak ikut tak?” hubbyku bertanya. “Saya ikutlah…buat aper saya tinggal kat sini, kenapa?” aku jawab dengan persoalan. “ Tak der aper, Zamri kata ada post SM kosong kat sana.” Jawabnya. “Tapi kalau awak tak nak ikut pun tak per lah, boleh Abang cari sorang lagi kat sana” tambahnya mengusik. “Ala abang…alang2 kalau abang nak cari , jangan cari sorang…cari 3 sekali!” jawab ku. “Kalau ada 2 orang, nanti jadi gaduh…biar 4 orang sekali. Tak kuasa saya nak bergaduh…biar 3 orang tu jer yang bergaduh” sambung ku. “Hehehehe…OK tak bang?” tanya ku “Kalau camtu awak jer lah yang cari 3 orang tu” kata nya. Ek eleh…tadi dia yang nak cari sangat! Tak kuasa aku…….

Teringat kat kawan aku Hj. Ramli… “Nik, kalau you baca surah An-Nisa tu, Dia tak suruh kahwin satu dulu…Dia suruh kahwin 2, 3 atau 4 terus, kemudian baru 1” kata nya. “Habis tu…kenapa Haji kahwin satu jer?” jawab ku. “Hehehe…..” tersengih2 Hj Ramli….

2 comments:

naimayob said...

mcm best je tajuk ni kak...klu suami tu sanggup berlaku adil maka kahwin la 2,3 dan 4...tp rasa ramai yang tak sanggup...berat nk menanggung amanah tu..klu yang nak kawin ramai tu pun sebab nafsu je...last2 kesian kat isteri pertama...bnyk yg diabaikan.silap2 anak2 pun terabai juga..maklum la dapat permaisuri baru...

Ainur68 said...

Naim,
Tau tak per...hehehe.

Related Posts with Thumbnails