It is my intention in life to be happy but it is my greater intention to be happier when I see my Creator! He who gives me life, takes it away and everything else in between.
Monday, October 12, 2009
Kenangan mengusik jiwa II
Salam,
Oleh kerana sebab2 yang yang tidak dapat di elakkan, sambungan kisah kenangan mengusik jiwa tidak dapat di siarkan. Bimbang kalau2 ada jiwa yang terusik kang...mati akak! Sebagai ganti akak siarkan citer lain.
Ingat tak phrase “You just don’t know what you have until they are gone”. Bahasa melayu nya,” Kita tidak tahu apa yang kita ada sehingga ianya hilang dari kita.” Sorrylah yer kalau tak best citer ni sebab akak tak pandai sangat nak bercerita ni . True stories….
Citer 1
Jiran akak dulu ada 4 anak, macam akak jugak. Dengan takdir Allah telah habis jodohnya dan bercerai lah beliau dengan isterinya. Memang kami semua tak tahu bahawa itu merupakan talak kali ke-2 rupanya. Punca2 nya – none of our business lah yer. Habis edah, ex-wife bawak keluar semua anak2 nya, tinggal lah beliau sorang2 kat rumah tu. Akak teringat kata2 nya. “Kak Nik, saya tak kemaskan mainan Amar yang berterabur kat dalam bilik tu…bila saya rasa rindu saya akan buka bilik tu dan tengok mainan yang bersepah-sepah tu untuk hilangkan rindu saya.”
Citer 2
Ini citer kawan hubby akak yang hidupnya asyik sibuk dengan kerja. Maklum lah orang Petronas yang selalu travel dan outstation. Sekarang ni dia dah pencen. Katanya sekarang ni anaknya semua dah besar2 dan dah bekerja. Semuanya dah tinggalkan rumah. Yang tinggal cuma mainan anak2 nya sahaja. Rasa sesal pun ada katanya kerana dia dah miss waktu anak2nya membesar.
Citer 3
Yang ini citer akak sendiri. Masa akak bekerja dulu, nasib ni kurang baik sikit sebab kena punish for being a good performer (perasan lah pulak….) Habis semua kerja nak letak kat atas batu jemala akak ni. Salah akak jugak…tak reti-reti nak kata “NO”. Orang kata satu jari tunjuk kat orang lain, lagi 4 menghala pada kita. Ye dak? Oleh sebab dah tak leh tahan akak pun quit dan buat business sendiri (blessing in disguise sebenarnya). Bila dah quit beberapa bulan…ex-boss cakap, “Nik, sebenarnya we all susah bila you tak ada.” My ex-officer pulak kata “Kak Nik, you are a big loss to this company!”. Say no more honey, it was history. Khabarnya walau dah setahun akak ni berhenti masa tu…dorang masih argue saper kena jaga procedures. I still have a good business with them anyway. Ahaks….who laugh last laugh the best!
Citer 4
Opps sorry, dah habis daa…
So, pandai2 lah buat conclusion sendiri yer. As far as I’m concerned, now I’m treasuring every person I have and every moment I live! Hope you do too….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
cerita no 3 lbh kurang dgn saya je...
klu kerja tak boleh bt pandai wlupun kita tahu semua..last2 kerja yg x habis tu kita juga yang kena buat...klu kita buat mereka hargai ok la juga...tapi siap kata belakang tu yang x suka...
Alahai...sambunglah cerita tu.. mmg ada persamaan tapi tak serupa..
Nak tahu apa kesudahannya.
Naim,
Adat dunia bekerja memang camtu sebenarnya. Kerjalah kat mana2 pun..sama jer ceritanya. Pandai2lah kita membawa diri.
*********************************
PBB,
Cerita nya belum ada kesudahan! Sabar yer...hehehe.
Post a Comment