Saturday, October 10, 2009

Buat suspense emak jer....



Petang tadi pergi ke asrama Kak Nyah. Sajer nak bagi moral support kat dia. Pastu bawak air mineral yang dia pesan. Sesampai kat sana dia dah tunggu dengan muka yang ceria. Ditangan nya ada buku Fokus Sejarah dengan kertas peperiksaan Geografi yang di duduki hari Jumaat semalam.

"Emak, Kak Nyah dah buat sesuatu yang tak sepatutnya" katanya selamba. "Hah! Kak Nyah dah buat apa?" aku tanya. "Emak tengoklah ni." Dia menghulurkan kertas Geografi kat aku. Ada tertulis nombor 53 kat muka depan."Kak Nyah dah check kertas Geog Kak Nyah!" "Alamak! takkan dia dapat 53 markah jer kut utk Geog ni, dapat C lah kalau camtu. Trial dia pun dapat B" aku berkata dalam hati. Tapi Kak Nyah nampak cam cool jer aku tengok, baik aku check dulu ada berapa soalan dalam kertas ni. Emmm...ada 60 soalan rupanya. "Yang ini 53/60 ker atau 53 peratus?" Aku cuba dapatkan confirmation dari dia. "Hehehe...53/60 lah emak!" Budak ini, buat suspense emak jer....

"Mana tahu jawapan ni betul ke tidak?" tanya ku. "Kawan dapat dari MRSM jawapan ni" katanya. "Lain kali jangan buat perangai camni, tak payah check nanti rosak mood Kak Nyah dengan paper2 lain pulak. Biar jer....tak payah check langsung2 sampai result kluar. It doesn't make any difference." Leter ku. "Kak Nyah dah usaha kan? Kita serah jer pada Allah." sambungku.

Aku teringat pada Cikgu Chua, cikgu pompuan cina yang mengajar Geografi kelas Kak Nyah. "Teruk, teruk...kelas ni memang teruk!" kata Cikgu Chua. Masa aku pergi Muzakarah kat sekolah Kak Nyah tempohari. "Tak insurance betul lah mulut cikgu ni." kata ku dalam hati."Suka bermain masa saya mengajar" macam bullet jer aku rasa cikgu ni cakap. Aku dan hubby diam jer. Panjang juga leteran Cikgu Chua tu melepaskan perasaan. Tapi kalau di fikir2kan...sekurang2nya cikgu ni tak berpura2 pasal pelajarnya berbanding dengan cikgu2 lain yang selalu cakap tak per ada masa lagi untuk terus berusaha. Well...depending on how we want to take it, take heart or take it as a challenge!

I believed Kak Nyah took it as a challenge....that's my girl! Harap2 betul lah perkiraan tu. " Emak bawaklah kertas ni balik." kata Kak Nyah. "Nak buat aper?" jawab ku. "Emak buatlah ayah suspense pulak!" katanya. Bertuahlah punya anak cam Kak Nyah ni!

4 comments:

Ust Halim Nasir said...

This is life that U must take a challenge. Teringat ana waktu ana di Ting 3A (1980) SMK Gombak Setia (ana asal KL). Waktu tu period subjek yg paling ana meluat dalam dunia- Lukisan!. Guru yg mengajar ialah Puan Rohaya, juga guru BI kami.Waktu tu dia ajar kami nak lukis wajah manusia, so dia perlu model untuk tampil ke depan. Maka yg terkena ialah ana sendiri disebabkan ana lah yg paling tinggi sekali di dalam kelas.Bila dia point kat ana suruh berdiri di depan jadi model, ana kata ana tak mau, sbb ana rasa malu, takut ditertawakan rakan sekelas.Puan Rohaya terus jadi marah, tinggalkan kelas dan terus merajuk.
3 hari dia tak masuk kelas untuk subjek BI. Kelas semua pakat tuding jari kat ana. Hari keempat, ketua darjah turun ke bilik guru dan pujuk Puan Rohaya untuk datang mengajar ke kelas kami. Dia kata, dia akan masuk ke kelas semula setelah ana datang untuk memujuk dia dan sekaligus memohon maaf atas kejadian 3 hari lepas. Kes berat!
Ana pun jumpa dia, bagilah 1001 alasan kenapa tak nak jadi model hari tu. Bila dia dengar alasan yg ana malu untuk tampil ke depan, dia pun membebel sakan. Dia kata, sifat malu tak bertempat ni lah yg memundurkan kita.
Kalau nak berjaya kata dia, buang sifat malu dan bersedia menerima dan menghadapi cabaran dalam kehidupan.
Bagi ana, itulah kata2 keramat dia- Take a challenge in your life.
Akhirnya, Alhamdulillah, dapat study abroad, dan dikurnia ALLAH kehidupan yg baik.
Anyway, good luck to Kak Nyah for the rest of the paper.
Dont work hard, but Work Smart!

naimayob said...

ustaz pun x suka lukisan ...subjek paling meluat di dunia tu...hehe..

Ainur68 said...

Love Islam,

Menarik juga cerita anta yer..ana pun pernah rasa lecturer merajuk. Lecturer lelaki pulak tu! En. Farid namanya. Dia mengajar statistik. Tersenyum sendiri bila ingat nostalgia tu.

*********************************
Naim,
Akak suka lukisan tapi tak pandai melukis. Tengok lukisan orang jer lah...yang akak punya, "hampeh"...

naimayob said...

saya pun meluat lukisan ni..klu kelas lukisan siap lari kelas lg..dlu form 5 kna bt projek lukisan,tp jd lain....
terkenang zaman sekolah dlu...

Related Posts with Thumbnails