It is my intention in life to be happy but it is my greater intention to be happier when I see my Creator! He who gives me life, takes it away and everything else in between.
Friday, October 2, 2009
Solat Hajat dan selotape
"Assalamualaikum...emak, Kak Nyah ni. Emak datang tak malam ni untuk solat hajat?" telefon Kak Nyah dari sekolah. "Wa'alaikummussalam. InsyaAllah." jawab ku.
Semalam beberapa sekolah di Kuantan buat solat hajat untuk peperiksaan PMR dan SPM. Mujur juga sekolah Kak Yong tak buat semalam. SBPI Indera Mahkota, Kuantan buat hari Ahad nanti...phew, lega.
"Nanti tolong bawak makanan dengan selotape." tambah Kak Nyah. "Kalau emak bawak kuih raya OK tak?" aku bertanya. "Boleh jer, thank you." jawabnya. "Ayah datang tak?" tanya nya lagi. "Ayah dah sampai KL dah Kak Nyah, outstation 2 minggu." jawab ku.
Selesai solat hajat ada jamuan kat kantin. Semasa jamuan...
"Emak tahu tak Kak Nyah nak buat apa dengan selotep tu?" tanya Kak Nyah. "Nak bungkus hadiah ker?" aku jawab dengan soalan pulak. "Tak...Kak Nyah nak selotep mulut Kak Nyah ni. Supaya tak ada orang kacau Kak Nyah study. Dia orang suka sangat cari Kak Nyah, susah Kak Nyah nak buat ulangkaji" katanya. "Mungkin dia orang nak bantuan Kak Nyah pasal study kut?" tanya ku semula. "Ala...tanya tak banyak mana, sembang jer lebih!" pintasnya.
Kreatif jugak anak aku ni.....macam emak dia(hehehe...just kidding)! Benarlah kata bijak pandai, "Kita tidak boleh kawal arah angin, tapi kita boleh kawal layar kita!" Bijak, bijak...
Emak doakan semoga Kak Nyah berjaya mendapat 8A dalam PMR nanti. Semoga Allah beri kebaikan yang banyak untuk kita di dunia dan di akhirat. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam. Teringat ana waktu belajar engineering di Australia dulu, ada seorang kawan ana ni, bila dekat nak exam, dia mula la tak nak bercakap ngan orang, macam ada emas dalam mulut dia! Namanya Mahadi, budak Muar. Sekarang ni bekerja dgn PLUS. Kalau tanya apa pun, geleng kepala je, tak cakap langsung, boring betul.
Apa pun, good luck to Kak Nyah. Show your colours! Memang ada hasrat hati nak ke rumah Ainur68, tapi masih tak kesampaian hajat. InsyaALLAH, kalau diizin ALLAH, ana dan isteri akan inform dulu.
Love Islam,
Salam. Ana tanya sket boleh...cemana boleh jadi Ustaz tapi belajar Engineering tu?? Terima kasih kerana tolong mendoakan utk Kak Nyah. Silalah keteratak buruk ana ni. Kecil tapak tangan nyiru ana tadahkan!
Post a Comment