It is my intention in life to be happy but it is my greater intention to be happier when I see my Creator! He who gives me life, takes it away and everything else in between.
Saturday, October 17, 2009
InsyaAllah.
“Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".(Al-Kahfi 23~24)
Semalam pergi ambil Kak Yong balik dari asrama. Singgah sekejap kat Secret Recipe, melayan Amirah nak kek butterscotch kegemaran nya. Terserempak dengan seorang kawan lama yang aku dah tak jumpa lebih kurang 4~5 tahun.
“Eh Kak Nik, ini Mie lah… apa khabar?” tanya nya. “Alhamdulillah, baik-baik jer” jawab ku. Kiss kiss hug hug . “Mie macam mana?” tanya ku pula “ Baik2 juga. Kak Nik dari mana ni?” tanya Mie lagi. “Ambil anak dari sekolah” sambil menunding jari pada Kak Yong.“Kat mana?” tanya nya lagi “Kat SBPI Indera Mahkota tu jer” jawab ku. “Mie dah pindah kat Bukit Istana, Kak Nik tahu kan?” Mie bercerita. “Tahu” jawabku ringkas. “Boleh bagi nombor telefon Kak Nik tak?” Aku pun memberi nombor telefon kepada nya. “Mie ngan Sharuni nak pergi Haji tahun ni, nanti Kak Nik datanglah Mie nak buat kenduri pada 14hb nanti” “InsyaAllah” jawab ku. “Jangan InsyaAllah, Kak Nik mesti datang tau!” tambahnya. Akak ni pun confused… aku cakap insyaAllah pun salah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Benar Nik dalam hal ini. Mie kena mengaji lagi. Tolong lihat sebab-sebab turun ayat itu (Al-Kahf 23-24).
p/s- Tak panggil Kak Nik coz ana lebih tua dari Nik
Ianya jadi begitu kerana ramai yang mempersalahgunakan "InsyaAllah". Yang tersirat bila InsyaAllah disebut ialah "tengoklah" atau" tidak kot.."
Kena ubah penyalahgunaan ini...
Post a Comment