Wednesday, October 21, 2009

Hormon Estrogen


Sayidina Umar ada berkata:

Jauhilah makan berlebihan, sesungguhnya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, menyebabkan malas sembahyang, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk — Riwayat Abu Naim.


Minggu sudah ketika aku sedang menggosok kain, tiba-tiba Kak Yong bertanya, “Mak….mak tahu tak kenapa orang lelaki lebih mudah terkena penyakit jantung berbanding dengan orang perempuan?”. “Mmmm sebab…sebab...” aku cuba memikirkan jawapannya. “Sebab orang pompuan selalu memeningkan kepala orang lelaki!” itu jer yang terpikir kat kepala ni hehehe… “Mak ni…jawablah betul-betul!” kata Kak Yong. Ini sure kes tengah lepas ulangkaji subjek biologi lah ni. “Ok lah, Oklah…mak memang tak tahu jawapannya, apa dia?” tanya ku. “Cikgu kakak cakap, orang perempuan ni ada hormon yang di namakan estrogen. Hormon itulah yang membantu mencairkan lemak2 yang tersumbat kat arteri jantung kita " begitulah lebih kurang jawapan nya. “Habis tu kenapa tak suntik jer kat orang lelaki hormon tu?” aku menduga. “Hah…nanti orang lelaki jadi pondanlah pulak!” kata nya. Wakaka… banyak betul hormon estrogen kat umah ni. Mudah2an tak der lah arteri jantung hubby aku yang tersumbat.....

2 comments:

Anonymous said...

Kihkih. Betul tu.

Tapi smlm baru tgk drama bertajuk "Mabuk Estrogen".

Anonymous said...

Salam Ainur68 and Ainur92,

Pandainya Kak Yong nie. Ana der citer nak ditulis untuk nti. satu hari der sorang cikgu muda yang comey berjumper ngan kawan ana. Fizikalnya mcm pompuan tp suaranya lain skit. Pas dia belah ana tanyer la kwn ana tu. Ringkasnya, dia lelaki yang nak jadi pompuan suntik hormon oestrogen untuk menghaluskan kulit, besarkan payudara, bulatkan pinggul dll.

neway, kalau pompuan putus haid camner? nnt ana tanyer dokter ana...jap yek.

sibuknyer la dokter ana nie tak angkat tepon...jap yek.

ok, dokter ana kata, bukan ana yg kata yek, orang pompuan yg putus haid paras oestrogennya akan menurun. maka banyaklah penyakit akan menjelma seperti darah tinggi, sakit jantung, osteoporosis, "hangin seluruh badan-nie yg wat laki tension nie" dll.

Related Posts with Thumbnails