Sunday, October 18, 2009

Aper nak jawab...

Aku sibuk di dapur, nak masak singgang since hubby nak balik malam tu. Pastu nak masak terung berlada + udang. Dah 2 minggu hubby di KL ada training. Memang singgang ikan adalah favourite hubby....orang Terengganu lah katakan. Kak Yong menolong memotong bawang sebab dia nak makan budu. Huish....singgang ngan budu, mak mentua lalu pun tak nampak!

"Miau, miau..." kedengaran suara kucing kat belakang dapur. "Alamak...datang lagi kucing ni" kata ku. " Emak, kesian kucing tu sure dia lapar" kata Kak Yong."Mak malaslah nak bagi makan kat kucing tu, nanti dia datang lagi. Dia buat port pulak kat rumah ni" jawab ku. Bukan tak kesian tapi saper nak uruskan k****** dan b**** kalau dia buat port kat rumah ni. Akak jugak!

"Emak, aper mak nak jawab kat akhirat kalau Tuhan tanya nanti?" tanya Kak Yong. "Mak, comey kucing tu kan, sian dia lapar!" tiba-tiba Amirah masuk ke dapur. Adula...ramai betul ustazah kat dalam rumah ni! "Eryyyy! tolong emak bagi makan kucing ni...." aku mengalah.

Esoknya, as expected selepas subuh kucing tu datang mengiau lagi. "Bang...kucing semalam tu datang balik" kata ku. "Bagi lah dia makan" jawab hubby ku selamba."Mmmm malas lah..." aku menjawab. "Awak tak nak ke kucing tu doakan untuk awak?" tambahnya. Kena lagi aku....sabor jer lah!

2 comments:

Anonymous said...

Salam,
Hehehe...sy suka cium hidung kucing ngan hidung sy. sejuk hidungnya. awk cuba ler kalau xcayer. tp hati2 skit kot2 dia baru pas cium t*** dia, nnt kot dpt sakit toxoplasmosis lak.
Kalau kucing suka dtg ke rumah awk itu maknanya terdpt rahmat ALLAH di rumah awk. Salah satu rahmatNya adalah rezeki yg boleh didpti kat c2. Kdg2 kalau der masalah leh gak citer kat kucing tu. kdg2 sy rasa mcm kucing tu paham jer ckp kiter...

Anonymous said...

smbg...tp kalau nk berckp ngan kucing tngk sekeliling dulu kot2 der yg ngah memerhati. Nnt nahas awk dia leh tanya jiran awk...akak2...akak sebelah tu baru kuar spital ker?
Just to make you smile while I am still alive...

Related Posts with Thumbnails