Wednesday, February 29, 2012

Saya pernah jumpa.



Salam,

Saya pernah jumpa seorang wanita yang tidak menutup auratnya tetapi bersopan-santun dan lemah-lembut orangnya, yang berjaya mencairkan kemarahan saya di atas ketidakcekapan nya.

Saya juga pernah jumpa seorang wanita yang berpurdah tetapi suka berbahasa kasar dan suka menunjuk2 amalan nya, sehingga habis di umpat orang dengan kata2 "Bajet macam dia bagus sangat!"

Saya teringat kata2 Ustaz Shah Rujhan dalam satu kuliahnya; Akhlak yang baik itu ibarat bunga, ramai yang pasti suka pada nya. Kalau tidak masakan pakaian puan2 semua berbunga2, kenapa tak beli baju gambar tong gas sahaja?

Saya cuba muhasabah diri saya...bagaimana pula akhlak saya?

Last but not least; Cukuplah seseorang dikatakan berilmu jika ia takut kepada Allah, dan cukuplah seseorang dikatakan bodoh jika ia bangga dengan amalnya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails