Salam,
Hari ni cuma nota untuk diri sendiri sahaja, tak nak share dengan korang semua...hehehe :P. Tapi kalau korang terus baca, saya tak bertanggung jawab OK.
Saya terbaca komen seseorang kat FB.( Rasa cam mengumpat jer ni...) tapi saya cerita untuk peringatan diri saya bukan untuk orang lain (..excuse ler tu). Mana lah tahu kalau saya baca entry ni semula. Melayu kan mudah lupa...
Sambung balik ngumpat...eh citer, kat komen tu dia kata dia nak cari ilmu sbb nak kaut pahala banyak2. Saya cuma terfikir, bukan kah bila kita beramal hanya semata2 kerana ALLAH sahaja bukan kerana ganjaran pahala amal tersebut? Pahala tu cuma gula2 sahaja dari ALLAH agar kita lebih mudah untuk beramal.
Seperti doa Rabiatul Adawiyah;
“ Ya Allah, sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku."
Semoga ini menjadi peringatan kepada saya. Sama2lah kita mencari keredhaan ALLAH.
If you still wonder if I make any comment there...the answer is: jeng jeng jeng...malas saya layan minah tu sebab memang dia bajet macam bagus sangat!
No comments:
Post a Comment