Salam,
Sementara tunggu giliran berjumpa dengan pakar orthopedik tadi, saya grab satu buku yang ada kat situ. Ntah lah tak ingat pulak apa tajuk nya... just to kill my time. Sebab hari ni adhoc jer pergi jumpa doktor without appointment, so saya tak bawak buku seperti selalu.
Terus tengok last page...sebab akak ni kidal kan, mmg automatik lah tengok last page. Agak catchy tajuk bab akhir nya...macam kat atas tu. Apa yang menarik perhatian saya, sedikit kupasan ayat 2 dalam surah al-Mulk;
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)"
Kenapa Allah sebut mati dulu baru hidup? Pendek cerita, sebab mati lagi lama dari hidup! Kalau pun kita hidup sampai 100 tahun...kita cuma benar2 hidup selepas baligh sehingga paling tidak sampai umur 80 sebab yang balance tu tinggal nyanyuk. Berapa tahun sahaja yang ada. Pahala untuk ibadat khusus kita tak banyak mana pun ALLAH bagi tetapi pahala ujian ALLAH bagi lagi banyak! Sebab itu adalah proses penapisan bagi syurga ALLAH. Semoga kita lebih redho dengan ujian ALLAH...
Kenapa saya pergi jumpa pakar orthopedik? Lain kali saya citer...insyaAllah. :))
No comments:
Post a Comment