Eh...hidup lagi akak ni! Alhamdulillah setakat ini masih boleh melihat, mendengar, berkata2, menghidu, berjalan dan membuat berbagai2 kerja dengan tangan ini. Masih boleh menghitung segala nikmat yang ALLAH s.w.t. beri.
Bila saya memandu sepanjang Jalan Beserah...saya nampak pantai yang biru airnya. Ya Allah saya bersyukur kerana saya tidak perlu pergi jauh utk melihat cantik nya alam ciptaanMu ini. Ramai orang yang terpaksa mengambil cuti untuk melihat pantai itu tetapi saya tidak perlu...saya harap saya tidak mengambil mudah terhadap pantai itu.
Setiap hari bila saya menatap anak saya Amirah...ternampak segala kebesaran Mu ya Allah. Bersyukur yang amat sangat kerana Kau izinkan aku menjadi seorang ibu kerana masih ramai lagi yang tidak berpeluang untuk menjadi ibu. Lebih2 saya bersyukur kerana Kau kurniakan anak yang cukup sempurna sifatnya dan cerdas aqalnya kerana ada orang lain yang memiliki anak yang kurang sempurna sifatnya dan kurang cerdas aqalnya.
Dan apabila suami saya pulang dari kerja...saya amat bersyukur akan limpah rahmatNya. Kerana suami saya pulang kepangkuan saya pada setiap hari dengan selamatnya.
Dan bila malam menjelang...saya amat bersyukur kerana masih boleh tidur dengan lena sebab masih ada orang yang tidak boleh melelapkan matanya di luar sana.
Apa lagi yang saya cari dalam hidup ini, melainkan rahmat dan keampunan Mu Ya Allah.