Wednesday, July 17, 2013

Hi! I'm BACK!

Assalamualaikum,

Setelah berbulan mendiam kan diri...bukan mendiam kan diri, tetapi x duduk diam yang sebenarnya! So many things to settle sebelum dan selepas pindah. Anyway, selamat berpuasa. Semoga amalan kita lebih baik dari tahun2 sebelum nya. Let me make my story short;

1) Saya dah selamat berpindah di Kuala Terengganu dan tinggal di Jalan Tok Jembal near the Airport and Golf Resort. Cewah2...bunyi cam orang kekaya jer, ahaks....Padahal tinggal kat kampung jer. Guess what, nama kampung ni Sepetir Rendang....klasik giler!

2) Baru habis settle kemas rumah, mana tidak nya...just imagine camner akak nak shrink barang2 dari 8 bilik ke 4 bilik. Eventhough dah berlori2 buat give away sebelum pindah. Ini pun masih ada lagi barang yang nak kena buang...I want to be a minimalist this time. Tobat...

3) Still adjusting with the area. I'm glad for having a good neighbourhood and the surau is about 100mtr jer dari rumah. Surau ada air-cond lagi. Terasa cam kejap jer solat terawih 8 rakaat + 3 witir tu, cam nak sambung lagi...hehehe (yer lah tu...)

4) Since tahun ni kita org dapat menunaikan Haji, InsyaAllah. Kita orang dah miss 4 kursus haji semasa proses pindah...kena marah dek org Tabung Haji sebab lambat tukar alamat. Tapi nasib baik sempat gi Kursus Intensif dan ambik test. Alhamdulillah, we passed with flying colours! (Eksen jer...25 soalan jer pun!)

5) Nasib baik gak sbb sempat buat pemeriksaan kesihatan...ouchhh, kena cucuk lar.... Passport pun dah surrender kat TH dan sekarang tengah tunggu tarikh flight. Tolong doakan agar kami mendapat Haji yang mabrur.

6) Tahun ni akak tak buat tempahan biskut raya...MALAS tahap gaban!

7) Good news; Alhamdulillah sebab Kak Nyah dapat masuk Universiti Malaya Sem 1 nanti. So, Sept ni kena daftar dia kat PJ. Ery pulak dapat anugerah "dean list" for scoring 3.83. She will be sitting for PMR this year. Harap2 dia boleh score straight A's. InsyaAllah.

8) En. Amri asyik sibuk turun KL everyweek...kekadang akak pun kena turun ikut sekali. Letih...

Last but not least... mari lah kita sama2 memeriahkan Ramadhan ini dengan amalan2 yang soleh.

 “Wahai manusia, lakukanlah amal yang kamu mampu melakukannya. (Jangan memaksakan diri) kerana Allah tidak akan bosan melimpahkan anugerah-Nya kepada kamu sampai kamu bosan melakukan ketaatan kepada-Nya. Sesungguhnya amal yang paling dicintai Allah ialah amal yang dilakukan terus menerus, walaupun sedikit.” (Al-Targhib wa al-Tarhib, 4:128).

Related Posts with Thumbnails