Monday, September 27, 2010

Khazanah Raya I

Salam,

Dah nak habis raya dah...dan dah lama aku tak update blog. Tapi kalau sesiapa yang belum puasa 6 tu...dan lagi kalau nak puasa tu! Eh...tak baik cakap aku lah,kena tukar cakap "saya". Dah kena sound dgn Amirah. Marah kalau emak dia cakap "aku"...hehehe :)OK, let me try to change the "gantinama". Here we go...

First of all thanks to my hubby for driving us to kampung in Perak (orang Perak ghuper nye akak ni yer...hehehe).Bukan saya tak ader cerita, tapi terlalu banyak cerita sampai tak tahu nak citer yang mana satu. Maklum lah balik beraya kat kampung sendiri kali ni, 2 tahun sekali..tentu byk citer. Cuma spt kata kawan saya...banyak mengumpat bila time2 raya ni. Ye lah...syaitan dah terlepas dari rantai nya, apa lagi...sebulan dia tak guna jarum halus nya tu. Bila kita bertanya khabar sedara-mara, maka akan melarat2 lah cerita nya. Sedar tak sedar...alamak! ter"mengumpat" lah pulak. Astaqfirullah hil azim.

Jadi, yg mana boleh jadi pengajaran..beringatlah (walau ada pengajaran mmg x leh compromise bab mengumpat ni). Kalau kita boleh mengumpat orang lain, ingat...orang lain pun boleh mengumpat kita balik. Jadi kita maaf jer lah kalau ada orang yang dah mengumpat kita tu. Tak payah dakwa-dakwi kat akhirat nanti, tak yah nak makan daging busuk sedara sendiri....x lalu weh! (Lamer ooo kat padang masyar 50,000 tahun akhirat tu...) Cubalah sedaya boleh utk memelihara diri dari mengumpat tu. (Nak mengingat diri sendiri jer ni...)

Masa Raya2 ni lah kita orang dapat ziarah kubur arwah ayah. Dah lamer rupa nya ayah saya meninggal, dah 29 tahun pun. Berbanding usia ayah yang cuma 52 tahun semasa meninggal. Aduhai...agak nya berapa lama lagi ayah akan berada di alam barzakh sementara kiamat? Belum kira usia datuk nenek dan moyang2 yang terdahulu. (Berbaloi ker hidup kita ni agak nya kalau nak ingkar perintah ALLAH...fikir2X lah) Semoga ayahanda saya di tempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan beroleh rahmat ALLAH hendak nya. Amin.


Nik Bolia Bin Abd Rahman Saeidi telah kembali kerahmatullah pada 19 Syawal 1401H / 19hb August 1981. Al-Fatihah.


Sebahagian dari anak2 cucu cicit membaca Yasin dan Tahlil di kawasan tanah perkuburan kampung Sg. Ular.

Ok, nanti sambung lagi...busy lah skarang ni. Chow dulu...assalamualaikum.

Monday, September 6, 2010

Kemaafan Ku Pohon



Salam,

Di kesempatan yang masih ada ini, izinkan ku pohon keampunan dan kema'afan dari semua di atas segala kesalahan dan kesilapan. Semoga semua nya bergembira di Hari Raya yang mulia ini disamping keluarga tercinta. Dan semoga ALLAH s.w.t. menerima semua amalan2 kita.

Jika panjang umur, murah rezeki kita berjumpa lagi.InsyaALLAH.

Thursday, September 2, 2010

Irish Beef Stew

Bulan2 puasa ni hari2 duk mikir nak masak apa. Kalau susah sangat akak jadi kutu rayau blog. Jenguk sana jenguk sini...tengok resepi2 kat blog orang lain. Kalau ader yang nampak cam senang atau pun ingredients mmg dah ader kat rumah, on ajer. So, 2~3 hari sudah terjumpa satu resepi, tp jgn tanya jumpa kat blog mana...mmg akak x hengat nyer. Sorry ler owner punya blog yer I x boleh nak give the credit to you...hehehe sowwwy!

So...inilah hasil nya. Ini jer yang berjaya diselamatkan utk ambik gambar ;-)




Tapi akak buat sikit jer sbb cam x confident jer tengok ingredients dia. Takut masuk tong sampah. But...it turned out nice! Rasanya ala2 Irish Lamb Stew gitu yg mcm kat Secret Recipe (mmg dah lama akak cari resepi ni...my hubby's favorite). Mula2 tu kita orang cicah ngan roti Gardenia jer, tp cam x best sbb roti tu masin sket. Lepas berbuka jer akak pun aper lg... menguli tepung nak buat bun (kes x puas hati ler nih). Pergh...barulah kaw!

Amirah makan x hengat dunia. Esok nya Ery tanya, "Beef Stew semalam ada lagi x emak?". "Sorrylah sayang dah habis Amirah makan!" jawab ku. "Kuah pun x der?" tanya nya. "Elek!" kata ku. "Nanti emak masak lah lagi...masak banyak!" tambah nya.

Next time nak cuba masak guna kambing pulak.....tungguuuuu!

Related Posts with Thumbnails