Wednesday, October 6, 2010

Berubah...


Pagi berubah jadi tengahari, tengahari menjadi petang. Kalau panas...adakala berubah menjadi mendung dan bertukar menjadi hujan. Bila hujan ada masa menjadi panas semula dan terbit pula sang pelangi. Pasti berubah. Itulah hakikat hidup sebenarnya. Tidak ada sesuatu yang tidak berubah. Tidak ada yang kekal. Bukan soal adil atau tidak perubahan itu berlaku, tetapi bagaimana harus kita tangani perubahan itu.

Saya sedang memikirkan perubahan yg bakal berlaku tahun hadapan. Tahun depan Amirah akan masuk darjah 1 dan Ery, kalau ada rezeki akan masuk sekolah berasrama utk tingkatan 1. Kak Yong masih di Universiti dan Kak Nyah berada di dalam tingkatan 5, juga masih di asrama. Dan saya....semakin sunyi. Sesunyi bilik2 kosong di rumah..

Masih lagi berkira2 apa yang harus saya lakukan utk mengatasi masalah "sarang" yang semakin kosong ini......(Encik Amri...ehem..ehem)

2 comments:

wani husin said...

nak tambah sorang lagi ke..ahaks

Ainur68 said...

Nak meriah kan hidup yang sememangnya meriah! Hahaha... ;P

Related Posts with Thumbnails