Wednesday, June 29, 2011

Good Ingredients...

Do not underestimate good ingredients. Good ingredients really make good products. Trust me...

Baru2 ni saya jumpa dengan sepupu yg tinggal di Perak. Since dia datang ziarah emak saya dia bawa bersama buah tangan. Sedap betul biskut makmur yang dia buat. Sebab kuih tu cair dalam mulut...walla.

Itu mengingatkan saya pada biskut arab yang saya buat masa saya belajar kat UK dulu. Saya bukan lah pandai tapi tak tahu mengapa biskut tu cair dalam mulut. Kalau tak percaya tanya suami saya. Sebab dia dengan tidak segan silu ambil biskut tu dari dalam container tanpa minta permission dari saya! Masa tu kita orang jemput kengkawan berbuka puasa di hall universiti.

Bila balik Malaysia, saya buat semula biskut arab tu sebab suami saya suka tapi tak menjadi sebagaimana dulu. Bila saya tanya sepupu saya rahsia nya, dia kata kena guna minyak sapi jenama QBB. Tak boleh yang lain. Kakak saya kata, kena guna tepung cap kunci.(I guess tepung kat UK tu mmg kelas lah..sangat ringan bukan macam kat sini sbb kalau saya tersilap bancuhan pun, it still turned out fine)




OK set. Mak oii...susah rupanya nak cari minyak sapi QBB kat Kuantan ni. Tepung cap kunci pun dah lama tak nampak! Kalau cap wau dengan cap sauh tu senang sket. As usual, my everdearest hubby akan cari sampai jumpa.... QBB dia jumpa kat Giant Kijal dan tepung cap kunci jumpa di Tunas Manja Kemaman. Mahal betul QBB tu rupanya..harga nya double dari Windmill Gheeblend. Patut pun orang tak jual.

Maka hasil nya...taraaaaa



Hmmm....melt in the mouth! Amirah kata, "Sedapnya biskut emak ni!". Eh, belum raya lagi ker? Ada akak kesah... hehehe :))

Moral of the story : Always give your best in order to get good results!

2 comments:

Didie said...

Kak Nik, dah boleh order untuk raya tak? Saya berminat nih ;-)

Ainur68 said...

InsyaAllah, no problem nya.. :)

Related Posts with Thumbnails