Monday, October 3, 2011

Makeover & decluttering projects

Salam,

Dah lama nak buat sket projek kat rumah ni. Tetapi sama ada malas atau mood rajin tak ada (sama ler tu...)Dah lama ada dalam to do list tapi kalau ikut sangat vitamin "M" tu...apa pun tak jadi.

Projek pertama, makeover lemari yang dah berusia lebih 19 tahun tu. Nak buang mmg sayang sebab lemari tu saya beli masa mengandung anak yang sulong tu. Ntah berapa kali pindah dan berapa kali banjir but still doing fine. Except dah kena tampered by the small engineer in da house with the stickers! So, ini lah lemari tu sebelum di make over.



Inilah hasil nya selepas bergelen2 peluh akak keluar dan ntah berapa layer akak cat pun tak tahu...cantik tak? Tapi kalau korang kata tak cantik pun tak apa...ada akak kesah :) Janji dah boleh slashed to do list tu...ahaks.



Projek yang kedua pulak,decluttering and organising barang mainan anak2. Mainan dari zaman anak sulong sampai anak ke-4. Memang time consuming betul tapi suker sangat2 sebab dah jumpa container yg berkenan di hati. Sampai lupa makan lah buat kerja ni, so ini lah hasil nya...tadaaa. ( sorry x ada gambar sebelum sbb x lalu nak tengok!)


Pasni memang kena sambung lagi kerja2 makeover sebab ada lagi barang lama yang perlu di make up kan. Boleh wat profession baru ni...ada saper2 perlu akak punya services? Harga boleh di runding. Hehehe...

No comments:

Related Posts with Thumbnails