InsyaAllah saya akan bermusafir lagi 2 minggu. Dah mula berfikir nak packing apa. Nak pergi seminggu sahaja. As usual en. hubby working and I'm on leisure ;)
Just to reflect, hakikat musafir ni hanya bawa apa yang perlu. Saya mencuba untuk membawa se minimum yang mungkin. Bawa baju tebal sebab cuaca 15 deg C ke bawah, kedai halal memang ada tapi tak banyak. Bawa beberapa pack instant food. Tukar duit. Buat itinerary supaya jimat masa.
Hakikat hidup ini juga musafir. Sepatutnya saya hanya mengambil apa yang perlu sahaja sepanjang perjalanan duniawi ini. Tapi rasanya dah berlebih-lebih dah ni. Semoga apa yang lebih itu saya menjadikannya bermanfaat kepada orang lain. Ya Allah, ampunkan lah segala dosa2 ku.
Berbekallah, dan Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku Hai orang-orang yang berakal.(Q.S. al-Baqarah : 197)