Thursday, March 12, 2009

Sacrifice of The Heart

What a topic! Last night I watched a movie with the above title. The heroine was Melissa Gilbert. Ring any bell? Ala...yang berlakon cerita Little House on the Prairie. My favorite movie masa kecik2 dulu.

Jalan ceritanya biasa2 jer. Tak ada yang istimewa sangat. Kalau hubby aku tengok sure dia kata cerita emak lah tu. Anak2 akan agree punya. Cuma mesej yang aku dapat semalam pasal kita yang kadangkala cuba untuk membetulkan hidup orang lain. Tapi hakikatnya, kita tak boleh buat apa2 pun walaupun kita berniat utk membetulkan keadaan.

At one point in the story, anak guam dia bunuh diri selepas bercakap dengan lawyer dia. Lawyer tu tak dapat datang bila anak guam dia yang belasan tahun tu call pada malam ayah lawyer tu masuk hospital. Lawyer tu rasa bersalah. Ayah lawyer tu kata, kita tidak akan tahu "monster" apa yang berada didalam kepala orang lain. The story getting complicated bila emak anak guam dia racun bapa tiri dia. Actually the mother knew what really happening to her daughter. The lawyer quit the job eventhough she knew the whole story and look after her father to make up her lost time with him. She asked some other lawyer to be the attorney.

Well, that is us. There are always people in this world who don't have enough to eat, don't have house to live, don't have water to drink or food to feed. We cannot provide everything the world wants. Nothing much we can do actually. But we can always help ourselves by not becoming one. We can help other people if they need something that we can provide but we do not have any control over them. We cannot decide for them. If we give, give it sincerely. If we help, we help them sincerely. No string attached and we move on with our life. No need to feel guilty about it.

Wednesday, March 11, 2009

Memaksa

Hari ini aku naik angin dengan Amirah. Biasalah kalau bukan perangai memaksa dia. Semua kena ikut cakap dia, tak peduli apa keadaan pun. Tambahan aku yang masih ada selsema ni. Memang antara penyakit yang paling aku tak suka adalah selsema ( macam tak redho lah pulak...) Berkotak2 tisu di perlukan.

Dah puas naik angin, aku masuk bilik. Biarkan dia keseorangan kat luar. Aku bertaawuz dan beristighfar banyak2. Dalam keadaan begitu mengingatkan aku bagaimana kita ni selalu meminta bermacam2 dengan Allah. Tapi apa yang kita telah beri pada Allah? Allah tak minta banyak cuma mentauhidkanNya, solat 5 waktu, puasa yang setahun sekali, zakat juga setahun sekali dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup. Kita ni mintak bermacam2 dengan Nya. Bila tak dapat kita mintak lagi dan lagi. Seolah2 memaksa Allah untuk memberinya kepada kita. Tapi kita tidak menilai adakah kita dah melaksanakan apa yang Allah minta? Maka wajarlah kadangkala Allah tak beri pada kita dan sekali sekala "naik angin" pada kita.

Sebagai seorang ibu dan isteri, aku akan memasak nasi etc. etc. tanpa di minta, mencuci kain baju tanpa diminta, melakukan urusan rumahtangga tanpa diminta. Semuanya seikhlas hati. Cuba satu hari tak masak nasi, tak basuh kain dan tak buat apa2 pun... Ha..aku ingat baru anak2 dan suami minta nak makan nasi sebab lapar, mana baju tak jumpa sebab nak pakai. Semuanya "take for granted" bila perkara itu dilakukan berulang2.

Begitu juga dengan Allah, cuba satu hari bila bangun pagi tak ada oksigen di udara. Masa itu semua orang terus ingat pada Allah. Aku harap, setiap hari aku akan jadi orang yang paling bersyukur kepada Allah. Walau apa keadaan yang Allah berikan pada aku pada hari itu. Aku berazam agar aku dapat menunaikan kewajipan ku kepada Allah dengan lebih sempurna lagi. Semoga Allah memberi aku kekuatan dan kemudahan untuk melaksanakan nya. Terimakasih juga kepada suami ku dan juga anak2 ku!

Tuesday, March 3, 2009

Budi Bahasa

Petang tadi aku singgah rumah Cikgu Idris untuk memulangkan kain baju si kembar Mukminah & Muslimah. Aku cuma singgah sebentar dan berjumpa dengan anak sulong nya. Kak Long terus menghulurkan tangan lantas mencium tangan ku. Aku suka orang yang ada budi bahasa.

Aku sendiri tak tahu sama ada aku orang yang berbudi bahasa atau tidak. Aku sendiri tak pasti sama ada aku mendidik anak2 aku jadi orang berbudi bahasa atau tidak. Mungkin ada sedikit tapi aku rasa tidak cukup bagus.

Budi bahasa adalah sesuatu yang harus di didik dari awal. Cuma kengkadang aku musykil juga setakat mana budi bahasa itu boleh di didik atau bergantung juga dengan watak pelaku. Selalunya orang yang berwatak lembut lebih teserlah budi bahasanya berbanding dengan orang yang "brutal". Jika ibubapa nya sama kenapa anak2 boleh berbeza budi bahasanya?

Apa itu budi bahasa? Budi bahasa selalu dikaitkan dengan akhlak yang baik. Akhlak yang baik adalah seperti bunga yang cantik lagi harum baunya. Jika hati kita senang melihat sesuatu perlakuan oleh si pelaku nya bermakna si pelaku itu adalah orang yang berbudi bahasa. In simple term, act of kindness. Jadi apakah yang boleh kita lakukan utk jadi lebih berbudi bahasa? Secara ringkas, kita boleh lakukan perkara2 berikut;

1- Bersalaman bila bertemu kawan atau saudara.
2- Bertanyakan khabar.
3-Mendahului keperluan orang lain sebelum diri kita.
4- Bercakap dengan baik, lemah-lembut itu lebih baik.
5-Meminta izin jika ingin melakukan sesuatu di waktu kehadiran org lain.
6- Meminta diri sebelum berpisah.

Namun skop no. 3 itu yang paling luas. Yang itulah selalu kita terlupa atau tidak kita sedari. Secara dasarnya manusia memang lebih suka mementingkan diri sendiri kerana hanya orang2 yang ikhlas saja yang mampu untuk mendahului orang lain sebelum dirinya sendiri.

Monday, March 2, 2009

Snippets

"Semasa saya kecil kasut yang terkenal dari England ialah "Kasut Barat" (Barrat Shoes). Akibat kegawatan yang melanda United Kingdom syarikat yang mengeluarkan kasut Barrat selama hampir seratus tahun sudah bankrap dan ditutup.

"Woolworths" adalah sebuah gedung runcit yang terkenal dan mempunyai beratus cawangan diseluruh Britain. Baru-baru ini Woolworths juga sudah ditutup dan beribu pekerjanya menganggur.

Beberapa daripada cawangan Woolworths ini sudah diambil alih oleh "Kedai Kelin" di United Kingdom yang menjual aneka jenis barang dengan harga 99 pence."

Those are words from our ex-PM Tun Mahathir's blog. I don't really follow other countries' economy. Seriously, this is bad. Really, really bad. Such giant who can survive for almost hundred years can go bankrupt. How about us? How sound our economy is? With our flip flop govt, can we survive? Even Petronas, can they survive this economic turmoil? Well, I was taught to think positive in whatever situation is. One thing for sure, I only have ALLAH to rely on.


Related Posts with Thumbnails