Petang tadi aku singgah rumah Cikgu Idris untuk memulangkan kain baju si kembar Mukminah & Muslimah. Aku cuma singgah sebentar dan berjumpa dengan anak sulong nya. Kak Long terus menghulurkan tangan lantas mencium tangan ku. Aku suka orang yang ada budi bahasa.
Aku sendiri tak tahu sama ada aku orang yang berbudi bahasa atau tidak. Aku sendiri tak pasti sama ada aku mendidik anak2 aku jadi orang berbudi bahasa atau tidak. Mungkin ada sedikit tapi aku rasa tidak cukup bagus.
Budi bahasa adalah sesuatu yang harus di didik dari awal. Cuma kengkadang aku musykil juga setakat mana budi bahasa itu boleh di didik atau bergantung juga dengan watak pelaku. Selalunya orang yang berwatak lembut lebih teserlah budi bahasanya berbanding dengan orang yang "brutal". Jika ibubapa nya sama kenapa anak2 boleh berbeza budi bahasanya?
Apa itu budi bahasa? Budi bahasa selalu dikaitkan dengan akhlak yang baik. Akhlak yang baik adalah seperti bunga yang cantik lagi harum baunya. Jika hati kita senang melihat sesuatu perlakuan oleh si pelaku nya bermakna si pelaku itu adalah orang yang berbudi bahasa. In simple term, act of kindness. Jadi apakah yang boleh kita lakukan utk jadi lebih berbudi bahasa? Secara ringkas, kita boleh lakukan perkara2 berikut;
1- Bersalaman bila bertemu kawan atau saudara.
2- Bertanyakan khabar.
3-Mendahului keperluan orang lain sebelum diri kita.
4- Bercakap dengan baik, lemah-lembut itu lebih baik.
5-Meminta izin jika ingin melakukan sesuatu di waktu kehadiran org lain.
6- Meminta diri sebelum berpisah.
Namun skop no. 3 itu yang paling luas. Yang itulah selalu kita terlupa atau tidak kita sedari. Secara dasarnya manusia memang lebih suka mementingkan diri sendiri kerana hanya orang2 yang ikhlas saja yang mampu untuk mendahului orang lain sebelum dirinya sendiri.
1 comment:
Assalamualaikum,
Terjumpa adik punya blog. Ingat lagi ke kat Kak Lut? Hubungi saya zamrut_fazilah@yahoo.com.
Post a Comment