It is my intention in life to be happy but it is my greater intention to be happier when I see my Creator! He who gives me life, takes it away and everything else in between.
Tuesday, June 16, 2009
Rejab Kian Hampir
Bismillah hirrahman nirrahim
Pejam Celik pejam celik dah nak masuk bulan Rejab minggu depan. Lepas Rejab, Syaaban lepas tu masuk pulak Ramadhan. Ntah sampai ntah tidak kita ke Ramadhan tahun ni. Begitulah hidup ini, entah semakin banyak amal, entah semakin banyak dosa. Allah s.w.t. sahaja yang tahu. Semoga Allah mengampuni segala dosa2 kita.
Hari ini terima satu e-mail jadi aku sekadar memanjangkannya....
Sama-samalah kita ingat mengingati amalan-amalan mulia untuk bulan yang penuh berkat ini. Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barangsiapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Barangsiapa yang berpuasa pada tanggal 27 Rejab / Isra Mi'raj (Isnin 20hb Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barangsiapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barangsiapa berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1,2&3 Rejab (24,25&26 Jun2009)maka ALLAH akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat
5. Barangsiapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, InsyaALLAH permintaannya akan dimakbulkan ALLAH swt...insyaALLAH
6. Barangsiapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barangsiapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barangsiapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.
Sabda Baginda SAW lagi.."Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as.."Wahai Jibrail, untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibril as.."Ya Muhammad, sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau di bulan Rejab ini."
Dalam sebuah riwayat Tsauban ra bercerita.." Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH swt. Lalu aku bertanya kepada baginda.."Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa pada ALLAH swt meringankan seksaan atas mereka."
Sabda baginda lagi.."Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam sahaja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur." Tsauban ra bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda baginda.."Wahai Tsauban, demi ALLAH zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."
Kematian adalah permulaan satu kehidupan yg baru yang tidak akan mati-mati lagi. Kembara manusia meninggalkan dunia, akan melangkah ke alam barzah iaitu 'fasa transit' sebelum dibangkitkan di alam mahsyar dan berakhir sama ada di SYURGA atau di NERAKA. Maka mati itu adalah pasti dan hidup kita InsyaALLAH..
wALLAHua'lam. ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Satnya dan lajunya masa berjalan.
Salam Kak Ainur,
Saya sedia menerima tempahan kek tu :), akak buat bisnes apa yer?...berminat nak tau...
Post a Comment