Tuesday, April 13, 2010

"Surprised" Birthday Present


My birthday went well for the whole day. Jenjalan kat Low Yat Plaza cari laptop Kak Yong and then makan2 kat Pavilion. Hubby tanya nak hadiah aper, tapi aku tak tahu nak hadiah aper. Tak der hadiah pun OK. A lot of wishes kat dalam Facebook tu sampai hari ni. Thanks to all for the doa.

The best part before nak bertolak balik ke Kuantan malam tu, my bro in law tegur, "Kenapa roadtax keter korang ni mati Jul 2009?" dia bertanya kat hubby aku. "Ayang, roadtax keter awak dah mati," hubby bagi tahu kat aku. MasyaAllah...camner boleh jadi camtu. Ini betul2 surprise ni! "Ntah, bukan abang dah tampal yang baru punya ker?" tanya ku. "Tak ingat lah," jawab nya. Habis tu camner...kita orang pun ketawa terkekek-kekek. "Tawakkal jer lah, dah nak balik Kuantan dah ni," kata ku.

On the way, cuak jugaklah sebab dah tahu roadtax mati...standard lah tu, kalau tak tahu tak per pulak...hehehe. Tetiba kat Gombak ternampak "BERHENTI, PEMERIKSAAN JPJ" Alamak...mampus kali ni! Tapi kan, JPJ belum start operasi lagi...fuhhh lega! "Kalau roadtax baru mati seminggu Ok lah jugak, ini 9 bulan beb...kalau orang mengandung, dah beranak ni!" kata ku. Aku ngan hubby ketawa bila dah lepas JPJ tu! Dah merata-rata kita orang jalan dalam 9 bulan ni, balik Ipoh, balik Dungun, balik KL pun ntah berapa trip dah...

Esoknya pagi2 lagi hubby dah bukak file keter cari roadtax yang baru punya, takut2 tersimpan kat dalam file tapi terlupa tampal. Belek punya belek...tak jumpa2. Maner pulak pegi roadtax ni yer? Since keter pun dah nak kena hantar service kat Toyota, kita orang pun pergi ke Toyota Centre kat Semambu and then check kat pejabat roadtax & insurance kat situ. "Abang, kak... memang roadtax dan insurance tak renew lagi!" kata kerani tu.....

Kwang, kwang, kwang....hambik kau! Ini kes terlupa tahap gaban...

Tuesday, April 6, 2010

Hutang Kereta.


Minggu sudah aku pergi ambil geran kereta kat bank. Fuhhh....lega rasa nya bila dah habis satu hutang (nanti leh buat hutang baru pulak...muahaha ;D). Lamalah pulak orang bank tu mencari geran keter akak nih. Pastu dia tanya, "Kak, baru renew road tax ke?". "Ya, last week," kata ku. "Patut lah tak ada dalam peti tu, dah kluar. Nanti saya cari kat tempat road tax renewal", katanya.

Sambil aku menunggu, aku berborak ngan sorang staff kat kaunter tu. "Bukan kah sepatutnya timing habis bayar keter sama ngan road tax renewal?" tanya ku. "Memang sepatut nya begitu kak", kata budak muda tu. "Tahu tak kak, amat jarang sekali perkara seperti ni berlaku", tambah nya. "Nanti kalau kak beli keter baru, buatlah loan dengan kami lagi", kata nya sambil tersenyum."Pandai lah kau!" jawab ku berseloroh.

Jadi makna nyer... kat Mesia ni, begitu ramai orang tak boleh bayar duit kereta mengikut schedule! Kenapa jadi camtu agak2 nya? Aku bersetuju dengan pendapat Azizi Ali ( penulis Millionaire Comes From Another Planet). Kita sepatut nya berbelanja satu notch (paras) di bawah kemampuan. Sebagai contoh, walau kita mampu membeli keter Honda Accord, tetapi kita settle dengan Honda City. Baru kita ada ruang untuk "bernafas" jika berlaku "unexpected spending". Kerana hidup ini akan sentiasa ada masa sukar atau waktu perbelanjaan luar jangkaan. Jika kita "stretch" perbelanjaan kita sampai maksimum, alamat nya bernafas dalam lumpur lah!

Jadi, jangan heran kenapa orang lain sentiasa ada lebih duit dari kita! Maka aku teringat citer sorang rakan berbangsa Cina yang menasihati kawan Melayu nya supaya tidak perlu beli Toyota Estima kerana anak nya tak ramai dan masih kecil lagi. Bayaran bulanan nya akan mencecah ribuan ringgit. Nasihat nya di balas dengan kata-kata, "Kalau berfikir camtu, sampai bila2 pun tak dapat kereta besar!" Hmm...sound familiar? Kesimpulan nya, tidak ada misteri nya kalau orang Melayu sentiasa mengeluh tak cukup duit!

Sorry...no hard feelings.

Monday, April 5, 2010

Ter"jatuh cinta"

Ini betul-betul kes jatuh cinta pandang pertama. Selalu nya aku akan berfikir 2-3 kali sebelum buat keputusan, tapi kali ni tak boleh tahan. Nampak macam sesuai sangat, rupa dan gaya...harga pun kena juga. Lima hengget jer sebiji, so aku angkat 3 biji...Hubby tak kata aper2 pun, macam biasa dia pergi ke kaunter...terus bayar. Hehehe...tak per ke Ustaz, cinta dunia nih!



Bila dah beli tu, kena lah guna...ye dak. So, semalam aku pun menge"test" lah bekas tu. Masak Macaroni au gratin..walla! cakap pun tak guna.




Nanti boleh masak lasagne dengan shephard pie lak...huhuhu.
Related Posts with Thumbnails