Tuesday, April 13, 2010

"Surprised" Birthday Present


My birthday went well for the whole day. Jenjalan kat Low Yat Plaza cari laptop Kak Yong and then makan2 kat Pavilion. Hubby tanya nak hadiah aper, tapi aku tak tahu nak hadiah aper. Tak der hadiah pun OK. A lot of wishes kat dalam Facebook tu sampai hari ni. Thanks to all for the doa.

The best part before nak bertolak balik ke Kuantan malam tu, my bro in law tegur, "Kenapa roadtax keter korang ni mati Jul 2009?" dia bertanya kat hubby aku. "Ayang, roadtax keter awak dah mati," hubby bagi tahu kat aku. MasyaAllah...camner boleh jadi camtu. Ini betul2 surprise ni! "Ntah, bukan abang dah tampal yang baru punya ker?" tanya ku. "Tak ingat lah," jawab nya. Habis tu camner...kita orang pun ketawa terkekek-kekek. "Tawakkal jer lah, dah nak balik Kuantan dah ni," kata ku.

On the way, cuak jugaklah sebab dah tahu roadtax mati...standard lah tu, kalau tak tahu tak per pulak...hehehe. Tetiba kat Gombak ternampak "BERHENTI, PEMERIKSAAN JPJ" Alamak...mampus kali ni! Tapi kan, JPJ belum start operasi lagi...fuhhh lega! "Kalau roadtax baru mati seminggu Ok lah jugak, ini 9 bulan beb...kalau orang mengandung, dah beranak ni!" kata ku. Aku ngan hubby ketawa bila dah lepas JPJ tu! Dah merata-rata kita orang jalan dalam 9 bulan ni, balik Ipoh, balik Dungun, balik KL pun ntah berapa trip dah...

Esoknya pagi2 lagi hubby dah bukak file keter cari roadtax yang baru punya, takut2 tersimpan kat dalam file tapi terlupa tampal. Belek punya belek...tak jumpa2. Maner pulak pegi roadtax ni yer? Since keter pun dah nak kena hantar service kat Toyota, kita orang pun pergi ke Toyota Centre kat Semambu and then check kat pejabat roadtax & insurance kat situ. "Abang, kak... memang roadtax dan insurance tak renew lagi!" kata kerani tu.....

Kwang, kwang, kwang....hambik kau! Ini kes terlupa tahap gaban...

3 comments:

naimayob said...

suprise btul besday kak erk...roadtax mati dh lma pn leh jln2 lg erk..kira rezeki la x kna tahan JPJ...klu x lg2 la suprise JPJ bagi kat kak...hehehe..

Ainur68 said...

Best part akak dah pernah lepas JPJ skali dah...dia x tengok pun roadtax tu. Hubby akak kata knaper kita sedar skarang , kalau masa nak renew lagi skali lagi best...free setahun!

MULAN said...

happy besday sis... happy always..
kami pernah pi bkt kayu hitam, banyak kali road block.. sampai rumah baru perasan road tax dah mati.. alhamdulillah.. syukur sangat2..

Related Posts with Thumbnails