Monday, May 31, 2010

Wasiat Imam Hasan Al-Banna

‘Ya Allah, rahmatilah pengunjung blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pengunjung blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.

Wasiat Imam Hasan al-Banna

1.Apabila saudara mendengar azan solat fardhu , segeralah bangun untuk bersolat serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah ( fahamilah ) Al-Quran atau tataplah ilmu atau dangarlah perkara yang baik atau berzikir , janganlah sesekali saudara membuang masa dan melakukan perkara sia-sia.

3.Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana ia merupakan salah satu syari’at Islam.

4.Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah S.W.T. itu sentiasa tenang dan tenteram.

6.Saudara janganlah banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh-sungguh dan serius dalam setiap perkara.

7.Janganlah saudara bercakap lebih nyaring ( kuat / meninggikan suara ) daripada kadar yang dikehendaki pendengar kerana ia menjemukan serta boleh menyakiti pendengar.

8.Jauhkan dari mengumpat , mengecam pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan.Sabda Rasulullah S.A.W. ; “Berkatalah kamu perkara yang baik atau ( jika sebaliknya ) diam”.

9.Berkenalanlah dengan setiap rakan kerana asas-asas Da’wah ialah berkasih-sayang dan berkenalan.

10.Kewajipan seseorang lebih banyak dari waktu , oleh itu , bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktu mereka dan jika saudara berurusan , maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.





Allahummansuril islam wal muslimin,

Allahummansuril Mujahidin fi Palestine

Allahummansuril Mujahidin fi kullimakan wafi kullizaman

Wa azilla assyirkawal mushrikin

Wa dammir a’daa aka a’daa addin

Hasbunallah wa nikmal wakil

Allahhu akhbar 3X

Wednesday, May 26, 2010

10 Golden Rules



Came across these rules. Some good points to ponder;

1. Examine life
2. Worry only about those things under your control
3. Treasure friendship
4. Experience true pleasure
5. Master yourself
6. Avoid excess
7. Be a responsible human being
8. Don't be a prosperous fool
9. Don't do evil to others
10. Kindness to others tends to be rewarded

Point no. 2 tu agak interesting jugak aku rasa. Selalu2 nya kita rasa kita boleh kawal semua perkara. Belajar2 lah "let go" kalau nak aman dunia kita!

So nak citer sket, last week aku agak sibuk sbb nak menghantar anak ke UIA, PJ. So, bermacam2 lah borang dan perjanjian yang perlu di tandatangan. Nak jadi citer, sudah lah borang2 tu payah betul nak di download dan masa semakin singkat. Bila boleh download hubby pulak gi KL ada training. Surat penjamin dia kena sign pastu kena minta tandatangan saksi lagi, kena mati stem lagi.

Cadang2 nya bila hubby balik malam tu boleh lah suruh dia tandatangan dan esok nya boleh lah aku cari saksi dan mati stem. Tup tup...bateri keter aku pulak flat malam tu! Sabor jer lah...I told ya, we cannot control everything!

Anyway, walau pun hubby aku cam nak naik angin malam tu sbb dia pun dah letih dan bila dia cari multimeter tak jumpa (aku lah suspect pertama dia bila barang dia hilang...hehehe) Aku pun control cun malam tu :)). Gasak lah, kalau gaduh pun bukan nya bateri keter tu elok semula. Hubby aku kena gi kejer juga keesokan nya. Mari kita lihat siapa yang kena....

Esok nya abang aku yang dah pencen tu datang dalam siri jelajah Malaysia. Lepas pekena lunch dgn butter prawn & ayam masak merah aku (kes bodek lah ni)...jeng jeng jeng..abang aku yang kena daaa...

Well, life is like that...jika Allah beri masalah kat kita, dah tentu Dia juga bagi penyelesaian nya. If life hands you lemons, make a lemonade!

Tuesday, May 18, 2010

Cupcakes, cupcakes dan cupcakes lagi...

Kenapa lah aku pergi terima tempahan skolah Kak Nyah tu...dah tahu kerja tu penat! Terkantoi ler pulak sebab hari Ahad tu kena antor MIL balik Dungun pastu kena hantar 100++ cupcakes utk Hari Guru sekolah anak2 pada hari Isnin. Ambik kau...tidur pukul 3.30 pagi! Tak per lah, niat lillahhi ta'ala udah ler. Meh layan gambar2 cupcakes akak ni...


My unofficial mini bakery...









Thursday, May 13, 2010

Jual spare parts vs cupcakes

Salam,

Sibuk nyer aku semenjak 2 menjak ni. Tup tup tengok jam dah pukul 12 tgh hari. Dah kena ambik Amirah balik dari sekolah. Nanti ambik Kak Yang pulak. Aper yang aku buat yer? Begitu lah hidup ni yang tidak pernah kehabisan. Apa agak nya yang kita kejar2 kan sangat.

Beberapa minggu ni sibuk dengan hal Kak Yong utk masuk U. Walau anak dah besar panjang tetapi sebenarnya mereka pun bukan tahu apa2 pun bila bab2 ni. They 're as confused as we are. This is actually a real time when they start to face the world of beaurocracy. Nak beli stem sekeping pun tak tahu rupanya...kwang kwang kwang. InsyaAllah, next week dah kena hantar dia ke UIA PJ.

Pastu inquiry masuk banyak pulak tu. Dapat nya belum tentu, tapi aku tak peduli sbb aku tetap percaya rezeki tu Allah yang beri. Kalau ada, adalah dan kalau tak ader pun tak per. Yang penting nya aku happy. Paling thrill bila spare part tu yang paling susah nak cari. Bila jumpa...huyooo...best giler! Seronok cari barang serata dunia ni...cubalah kalau x cayer!

Minggu ni pulak boss lama aku offer kejer part-time kat office dulu. Hahaha...ader lagi orang nak pekerja veteran nih rupa nya! Thanks but no thanks...big boss aku tak kasi daaa...

Hari tu suka2 jer aku jual cupcakes kat skolah Kak Nyah. Minggu ni Hari Guru, so sekolahnya tempah cupcakes utk buat jualan. Mak oii...bila byk aku mula pening. Bila nak baking lagi, bila nak decorating lagi...habis tangan berlemuih dengan buttercream! Alamak...lecehlah rupa nya. Tapi penat aku serta-merta hilang bila aku lihat kengkawan Kak Nyah excited bila tengok cupcakes aku. Feeling satisfied...walau pun cupcakes aku tak secantik mana.

Aku pun mula pikir, patut lah org kata, kalau nak kaya pilihlah perniagaan yg boleh mendatangkan duit dengan byk dengan masa yang sedikit! Hahaha...aku pilih jual spare part lah! ;) Apa2 pun, semua itu ketentuan Allah belaka. Kita hanya berusaha mengikut kadar nya. Allah yang berkuasa di atas setiap sesuatu.


spare parts (voltage detector)

VS
Cupcakes


Dalam selang seli kehidupan seharian aku ni kengkadang aku berhenti sejenak dan bertanya...ikhlas kah aku dengan setiap pekerjaan yang aku buat ni? Bagaimana nilaian ALLAH agak nya terhadap aku? Apakah sebenarnya yang aku mahu kan didalam hidup yang sementara ini.

Firman Allah:

[10]Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?[11] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). ~Surah As Saff~

Semoga ALLAH menerima segala amalan2 ku.

It's not where you start , it's where you finish ~that counts!

Wallahualam.

Wednesday, May 12, 2010

Monday, May 3, 2010

Kepenatan...

Salam,

Lama tak update blog. Bukan tak ader cerita...terlalu banyak cerita sampai tak boleh cerita, muahaha... Hari ni kepenatan kerana tolong kawan terima menantu semalam. Hahaha...macam aku pulak yang terima menantu!

Nanti free...aku citer. Chow.
Related Posts with Thumbnails